Hurm... aku tak tertarik dengan pengantin yang kena saman tu. Memang padanlah ! Dah kata jangan berkumpul beramai ramai... Lepas akad nikah , balik jer. Nah.. kan dah mendapat. Aku malas nak ulas lebih. Al maklumlah , aku takda sana. Kalau ulas lebih pun. bukan dapat diskaun. Heee...
Yang menarik perhatian aku ialah.. tuuu.. yang komen tu ! Katanya dia kena saman disebabkan tak pakai face mask walaupun di depan rumah. Aku tak tau la rumah dia tu , rumah camana.. Tapi aku beranggapan macam rumah aku je la. Rumah atas tanah. Dan berada 30 meter dari rumah dia sambil buat kerja..
Buat kerja...
Depan rumah.. 30 meter..
Ada 2 orang jer...
Kena saman ?
Wajar ke tak wajar ? Ke nombor bercampur ?
Eh... Hahahaa.. ok.. Ini pandangan aku la. Asalnya aku cam terkejut gak la. Sebab petang petang , aku bermain badminton dengan anak anak dan sesekali keluar lepak santai depan rumah amik angin..tanpa pakai face mask. Maklumlah , sorang sorang !
Tapi jika kau berkebun.. basuh kereta.. apa saja aktiviti yang bukan bersenam , kena hati hati ! Apatah lagi jika ada kehadiran orang lain selain ahli keluarga sendiri. Nah... ini cukup mengundang duit terbang dengan jayanya !
Untuk menyelamatkan diri , bab pakai Face mask ni , ikut je la.. Nak lawan cakap masa tu pun tak guna.. diorang suruh gi bayar saman tu dan buat rayuan masa bayar saman tu nanti.
Berikut 4 tempat yang korang tak perlu pakai Face Mask..
- Ketika berada di dalam kenderaan persendirian
- Ketika berada di dalam rumah
- Ketika melakukan aktiviti fizikal
- Bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah
Nasihat..pakai je la. Walaupun terdapat double standard , apa nak buat. Kita ni.. nothing melainkan masa nak PRU nanti ! Tunggu je la... Masa tu, kita ingat muka muka yang 'buat hal' tu..