Jalur Gemilang bertukar nama ???
Tu diaa... korang dah baca suratkhabar Utusan Malaysia ari ni ?? Aisey.. apa laaa.. kata blogger ?? Blogger kena rajin membaca .. Ni dok baca komik atau baca katalog Jaya Jusco je tau.. mana boleh.. rajinkan diri membaca ..
Dalam tu ada satu tajuk menarik perhatian aku memandangkan aku pon dlm kategori itu ... erk.. seperti biasa , aku akan copy cat sat ..
Orang muda buta sejarah!
Haaa... nampak ??? Aku terasa la gak sebab aku muda lagi .. Hujung bulan depan baru masuk 24 tahun ! Muda la kan ? Muka je nampak cam dewasa .. nak kata pe dah .. ikut MYKAD laaa... kan ?
Nak baca artikal pasal tu ker ? Ok ..sila klik sini.. Adeh.. malas nak klik kan ? Aku tau.. nak loading lagi satu hal.. maka dengan penuh bangga diri , aku sekali lagi mengopy cat ... sat eh..
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.
Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.
Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.
Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.
Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.
Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.
Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?
Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.
Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.
Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.
Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.
Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.
Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.
Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.
Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.
Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.
Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:
- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.
BA : Tak reti reti lagi bukak buku sekolah ???
10 comments
nak salahkan budak2 tu pun,xboleh gak..org tua pon ramai yg tak tau.
BalasPadamkerajaan pun...mmmphh..entahlaa...malas nk ckp.
walaupun muda nk gak panggil abg ben, sbb abg x semestinya lebey tua , tpi utk gelaran sifoo...huhuhu
BalasPadamremaja-remaja mesti tak tercalon untuk kem plkn.
BalasPadampatutnya mereka dihantar ke btn pula la
sbb blaja utk lulus exam. x masuk hati.. masuk kat otak sekejap je. pastu hilang... ala2 macam otam RAM lappy jer..
BalasPadamsaya sebagai pelajar sekolah amat malu bila membaca keratan akhbar tersebut . sehingga pengetahuan am sebegitu pun remaja masa kini ambil mudah . apa sudah jadi
BalasPadamtakpe lepasni sejarah jadi matapelajaran teras, kalau fail jugak tak tahu lah
BalasPadamSedihnya...ada juga orang yang tak tau benda2 penting ni?patutnya tangkap dan buang jauh2 ke pulau mana2 diorang ni..huhuhu...sedih.
BalasPadamlaaa muda lagi ghupanya en BA ni.
BalasPadam*ok takmo dah sambung ayat panjang panjang*
abg ben bru 24???
BalasPadambetol ke tak nih?
hoho..
mude lg rupenye..keh3..
yg lupe trkh merdeka tuh mmg sgt2 ak bermoral. huh!
Hurmm ni dah kronik ni.. Memang buta sejarah.. Huhuhu biar pun opsyen aku pendidikan geografi.. tp still g mgetahui Sejarah Malaysia.. Biar pun Sejarah ngara kita rumit tp masih jg mgetahui benda2 basic seperti d atas ni.. Hurmm patut lah d dada akhbar skrg ni bising mgenai isu Subjek Sjarah.. yup itu smua Wajar
BalasPadam