Perlukah aku memboikot Alamanda dan KLCC ?

by - Ahad, Oktober 31, 2010

 

Hurm... lama dah aku dengar isu berkaitan pihak pengurusan pusat beli belah menaikkan kadar sewa kepada peniaga sehingga terpaksa mengosongkan premis perniagaan mereka .. Kesian ..

Antara yang dah jadi mangsa ialah Zaida Collection's . Di dalam artikal sebuah suratkhabar no 1 online , Berita Harian , Zaida memberitahu dia dah buat pengubahsuaian kedainya seperti yang diminta oleh pihak pengurusan sebanyak RM100,000 dan RM300,000 pada peringkat awal pembukaan butiknya namun kontraknya ditamatkan juga .. Hurmm..

Beliau yang dah meniaga disitu sejak 2004 , pada mulanya mengalami kerugian kerana Alamanda belum lagi popular tetapi bila lama kelamaan , bila makin ramai pengunjung , mereka mula menaikkan kadar sewa sehingga RM16ribu sebulan ! Tu pon dia masih mampu bayar ... Huih..

Buat pengetahuan korang, pihak pengurusan ALAMANDA turut mengendalikan SURIA KLCC ... hurmm.... isu ni dah berlarutan sejak Ogos ari tu.. dalam internet pon dah banyak dah bising cuma aku terlepas pandang dan tiada bukti .. skang ada la.. tu pon lama dah .. 1 oktober 2010 pnya artikal..

Isunya , aku rasa mereka ni memandang rendah peniaga tempatan .. kalau ada peniaga tempatan , seolah tempat tu tak high class... huh.. kira selayaknya mereka ini berniaga di Carrefour atau Tesco atau pasar malam je ?? Nak kena nihh.. kang boikot ramai ramai kan.. sapa rugi ? Suruh je pelancong asing tu g window shopping kat situ ! Huh... Tamak !!

You May Also Like

10 comments

  1. la.. ye ke? Baru tau hari nie.. sangat tamak orang itu. Haish~~

    BalasPadam
  2. salam cik ben..
    kadang2 pelik juga la dgn diorang ni..bila sewa mahal harga barang lagi mahal..yg dok p sana bkn foreigner pun org kita gak..nak beli brg klau mahal nak mam.. sapa nak beli..

    BalasPadam
  3. buat Zaida Collection's.. rezeki anda mungkin bukan di sini.. usah bersedih dan kecewa sebaliknya tingkatkan usaha.. anda pasti berjaya.. rezeki dari ALLAH :)

    mokcik lom pnh jejak kaki kat sini Ben kui3..

    BalasPadam
  4. pernah dengar juga.. masa dulu masa blaja rasanya lecture penah sebut.. apalah nasib....

    BalasPadam
  5. Terpinggir di bumi sendiri...orang lain rasa isi...tuan rumah rasa kuah..mana janji nak bantu peniaga bumiputra...buat shopping kompleks tak agak-agak besarnya...siapa penghuninya?

    BalasPadam
  6. kat jb lama dah ade lg teruk kalau turun ke jb cuba2 pi ke Holiday Plaza langsung takde bumiputera berniaga ....
    sabar aje buat zaida collec mungkin rezeki kat tmpt lain kot meh dtg jb.....

    BalasPadam
  7. bese la tu..0rg ats ske pndg rendah org bwh..ta sdar dlu p0wn die de dibawah jugak..

    d0a d0wg muflis jela..lg bg0s..HAHAHAHA!

    BalasPadam
  8. kat alamanda tu ramai peniaga buka kiosk jer..yg sewa lot kedai dh boleh bilang ngn jari...dekat foodcourt tu mmg majoriti bumi..

    BalasPadam
  9. Sebab tu Shag tak pernah shooping kat Alam. Even duduk Putrajaya, Shag turun Midvalley jugak nak shopping :Pp

    Plus, Putrajaya memang barang mahal. Termasuk makanan. Bukan setakat dekat Alam, semua kedai kat Putrajaya jual barang mahal. Sebabnya, sewa mahal.

    BalasPadam