Sampai bila bila takkan cukup ..

by - Ahad, Oktober 31, 2010

 

Hurm... ramai teringin nak dapat trafik tinggi .. Dari 10 nak ke 100.. dari 100 , kata nak 1000 pon cukup la.. dari 1000 nak ke 100,000 ...hinggalah ... ermm.. tak tau la berapa ..

Bagaimana nak dapat semua tu ? Entah .. guna cara bijak ? Atau guna cara , kerja keras ? Terpulang pada kreativiti masing masing...

Apakah sasaran sebenarnya ? $$ ? Kepuasan ? Glamour ? Suka suka ? Masing masing ada sasaran tersendiri ..tak perlu nak bertelingkah mengenainya .. Yang penting biarlah adil dan jujur .. tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk naik ..

Bukan mudah nak mencapai kejayaan.. Apa yang mereka nak cumalah kejayaan..tapi pahit getirnya ? Berapa ramai mampu laluinya bersama ? Nak berjaya bukan mudah.. mereka akan kata kita gila .. mereka akan kata kita tamak .. mereka akan kata kita membuang masa ... Tapi bila berjaya ? Berapa ramai akan kata , dia itu kawan aku .. aku kenal dia lama dah .. hakikatnya ? Berapa ramai yang menyokong sebenarnya ?

Haih .. aku sendiri mengalami semua itu .. tapi aku bukanlah berjaya mana pon .. sebesar zarah pon masih lagi belum boleh dibanggakan.. kalau ikutkan hati aku , nak je aku bagi .. " INI ENTRI TERAKHIR AKU .. SELAMAT TINGGAL SEMUA " .. tapi bolehkah aku ? Ada yang akan tersenyum riangkah ? Jangan risau .. Selagi otak aku masih mampu berfikir , selagi itu jari aku terus menari ...

Mana yang paling mudah ? Menjual burger tiap tiap malam selepas bekerja atau apa yang sedang aku buat sekarang ini ? Ada yang kata mereka mampu pakai kereta besar hanya jual burger tapi aku nak tau .. berbaloikah ? Puaskah ? antara jual burger dan menulis blog , walaupun aku tak kaya hari ini , tapi aku tetap berpuashati ! Maaf..aku bukan hina penjual burger tapi perumpamaan jer ..

Walaupun aku bukan penulis tapi aku bersyukur keranan aku mampu membangkitkan semangat mereka tatkala mereka memerlukannya ..

You May Also Like

11 comments

  1. setuju. xperlu jatuhkan org laen utk naek! i loike this~

    BalasPadam
  2. hurm~ sokong encik ben..ramai suke jatuhkan org lain...ohh tidak..jauhkan saya dari manusia2 tu...

    BalasPadam
  3. opkos la stuju.. semua yg d buat adalah tuk kepuasan diri.

    BalasPadam
  4. Paling stuju dgn 'Sampai bila takkan cukup'

    BalasPadam
  5. en ben, perasan tak saya dalam bloglist en Ben masuk dalam group Tulis Diari dan Conteng Dinding.. sebenarnya saya dlm group mana ye? dulu sy dlm list Tulis Diari..

    sy pn bru perasan td..huhu

    BalasPadam
  6. btul2..
    hehe stiap org ade kreativiti sendiri,.

    so pandai2 la kite determine smaade nk gune care cmne ;)

    BalasPadam
  7. ehm sng cite bersyukur je
    buat apa yg kita minat sbb menjanjikan kepuasan :D

    BalasPadam
  8. Salam Ben
    Akak suka dgn frasa ni,
    "Bukan mudah nak mencapai kejayaan.. Apa yang mereka nak cumalah kejayaan..tapi pahit getirnya ? "

    dalam apa jua perkara yang kita lakukan, tak semua orang sanggup merasai pahit getirnya, jatuh bangunnya.

    BalasPadam