Ok , aku malu !!
Baru sampai Ipoh .. Bilik hotel pon dah dapat .. Satu bilik , kongsi dua orang .. Ok la .. Bilik pun luas .. Aku berkongsi bilik dengan En. Fuad .. Seorang travel blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog .. 9 bulan katanya ..
Orangnya , aku rasa dalam usia 50an .. Saja la tanya apa dia buat dulu.. Dia nak terangkan pon cam .. hurm.. Cam rasanya bertahun pon tak abis .. Aku senyum je la..
Aku hulurkan kad aku .. Dia hulurkan kad dia .. Patut laa .. Dia cam takut nak bagitau dia seorang konsultan.. Yelah , nanti orang pk dia cam nak berlagak la pulak kan ? Tapi , alhamdulillah .. orangnya sangat merendah diri !
Dua kejadian yang memberi kesan pada aku dalam tempoh singkat .. Yang pertama bila sampai ke bilik .. Dia bergegas masuk ke tandas.. hehe.. Nature call katanya ..
Menariknya kaannn .. Bila aku lak masuk , tak lama kemudian .. Takde tanda tanda orang guna tandas pon walhal sebelum tu , bunyi air bagai laaaa .. Perghhh ..
Aku lak keluar .. Aku pusing belakang tengok .. Tandas dah bersepah dengan air ! Geleng kepala aku .. Adehhh ..
Dan yang kedua .. Makan tengahari .. Huhuh.. Dasat aihh .. Aku tengok cara dia makan .. Pinggan dia bersih jer.. Kemas je lauk pauk dia yang dia amik.. Satu jenis dulu .. pastu dah makan , baru amik lauk lain ! Berbeza dengan aku , dah serupa macam nak mandi bunga jer pinggan aku tu.. Bermacam jenis lauk pauk ada walhal hidangan depan mata jer !
Abis makan .. Pinggan dia , kosong ! Bersih ! Wehh.. dia ni makan ke tak ???? Adoiyaiii .. Selepas makan dia naik ke bilik dulu disusuli aku yang tak abis abis ratah lauk ! Hahaha .. Lantak ler .. Lapar nihhh ..
Di bilik , aku on hp dan charge semua gadget yang ada .. Kebetulan dia pon baru sampai bilik dan nak charge gak .. Aku suruh charge kat plug yang aku sedang guna ni .. Dia kata tak pe.. Dia tak nak kaco.. Dia cari cari yang lain dan ada ! Huhuh..
Tiba tiba dia tegur aku setelah melihat aku bersungguh sungguh menaip sesuatu kat laptop ni .. ( Qhaliff sebut , topp. topp.. Rindu kat dia ! )
" Kau buat apa tu ben ? "
" Update blog , Encik Fuad .. Saya mmg kerap update blog .. Sehari ada la dekat 9 entri .. Dulu lagi banyak .. " .
"Really ? Benda benda cam ni laaa aku nak kena belajar dengan kau ! Nanti ajar aku eh .. " .
Walhal ilmu dia lagi tinggi berbanding aku , merendah diri nak belajar lagi .. Memang cantik dah Allah ketemukan orang begini dengan aku ! Huhuh.. suruh cari lagi ilmu !
14 comments
ape blog dia..boleh shared x?mesti penulisan nyer bagus kan...seorang yang typical...sesuai utk travel bloggger..
BalasPadambila bertemu dengan orang2 macam buatkan kita berfikir tentang diri kita sendiri kan abang ben?
BalasPadam*oh qhaliff sebut laptop...top top ek? sabarlah, nanti balik boleh jumpa qhaliff ek? *_^
tabik !
BalasPadamini orang cakap,
ilmu ada di mana-mana.
depend pada kita sama ada nak manfaatkan peluang yang ada depan mata. :)
"Berbeza dengan aku , dah serupa macam nak mandi bunga jer pinggan aku tu" -- ini kelakar! lauk pun bleh diumpamakan mandi bunga. Ehem.. lepas ni ben kena belajar cara mcm roomate lah yea :P
BalasPadamdia seorang yang bersistem
BalasPadamsiapakah dia.
BalasPadamitu yang bagusnya abg ben bertemu dengan dia..heee =)
BalasPadamsangat merendah diri.susah nk jumpa org mcm tu skang ni...tp abang ben bertuah :)
BalasPadamUntung dpt kwn mcm nikan
BalasPadamOrg mcm nilah yang dah makin susah kita jumpa.Yang ramai, ilmu tak de , tapi buat2 ada.Boleh share link blog dia, Ben?
BalasPadamnadia rasa macam kenallll je encik fuad yang abg ben maksudkan niii :)
BalasPadamkirim salam dia tauuu. nanti cakap dengan dia, ni nadia yang dia ajak join di partner utk pegi perlis under pelancongan perlis hari tuuuuu :)
kecikkan duniaaa :)
siapakah ini..ingatkan cerita hantu..sebut pasal tandas bagai..haha
BalasPadamZmn skrg, mmg susah berjumpa org seperti encik Fuad tu
BalasPadamMenarik dapat berkongsi pengalaman.. ;)
BalasPadam