Was was nak sebar maklumat !
" Cikgu , Amat nk terberak tuu ..".
" Kamu jgn bg salah maklumat pada saya ! Amat tak ckp apa2 pun pada saya ".
" Dia takut cikgu marah .. ".
“ Kembali ke tempat duduk kamu .. “.
Seminit kemudian...
" Cikgu , saya terberak dlm seluar.. ".
" Ok , maklumat sahih .. Cepat gi tandas !! " .
Ini cuma satu dialog imaginasi aku. Bayangkan segala apa yang kita nak sampaikan selepas kejadian VILLA NABILA tu , ramai takut nak sebarkan text text atau maklumat yang disalin kembali melalui Whatsapp / Facebook dan sebagainya , hanya takut ianya maklumat palsu !
Semalam , aku dapat satu pesanan melalui whatsapp dari komuniti taman perumahan aku. Katanya ada kes samun bersenjata telah berlaku di kawasan berhampiran. Mangsa , dikatakan keluar membuang sampah ke luar rumah kemudian kembali ke dalam rumah. Nak dijadikan cerita , mangsa terlupa nak kunci pintu lalu diserbu masuk oleh dua orang penyamun bersenjata !
Kalau korang , nak percaya ke tak selepas terbaca satu keratan bergambar di Facebook yang mana tindakan undang-undang akan diambil pada mereka yang menyebarkan maklumat palsu ??
Benar , bergantung la pada maklumat kan ? Tapi maklumat bagaimana ? Apakah tunggu disahihkan terlebih dahulu oleh media bertauliah seperti tv dan surat khabar ? Baru ..
“ Oooo.. betullah tuuu .. “ .
Walhal kita pon tahu berita kat tv tu pon ada yang amik isu di Internet je pon … Haaa .. Setelah berjam lamanya baru dapat disahihkan ! Tu pun bukan semua.
Jadi camana ? Macam apa yang aku dapat tu , aku tak sebarkan dah la di FB .. FB aku penuh dengan kata kata cinta je la pasni .. Hurmmm.. Nak salahkan sapa kalau maklumat tak sampai selepas ini ? Tunggu berita ? Kami bukan artis hinggakan nak umum tarikh kawin pon siap masuk tv atau berita gitu haaa ..Mungkin siap dpt slot khas ? Hahahahha … Duniaaa …
6 comments
hmm..payah betullah..dah orang terdekat xnk bg berita sahih..suka buat org tertanya2.:P
BalasPadamserba salah walaupun hidup dalam kecanggihan teknologi telekomunikasi sekarang
BalasPadamkena pastikan berita betul2 sahihlah gamaknya lepas ni, tapi itu yang sebaiknya kot abang ben?
BalasPadamsetiap org ade tanggungjawap masing masing. jadi, fikir-fikirkan lah
BalasPadamBetul. Takut nk sebarkan maklumat sbb nnt kata sebar fitnah. Dari berkira2 betul ke tak betul ke tak makin byk kejadian yg berlaku. Klu kita sebarkan aritu kan ia mungkin jd amaran buat si mangsa
BalasPadamberita ahli parlimen koyak kertas itu sahih
BalasPadamberita kereta 12 tahun ke atas haram diatas jalan raya itu sahih
berita makan gula PM kata boleh menganggu masalah SEKS itu sahih
RM guna jet rasmi kerajaan untuk tujuan urusan kerja antara dua negara mewakili PM jga sahih
TPM mcm tak wujud juga sahih
yang tak sahihnya bila 'lama' nak tukar yang baru