Tidur lama dalam buaian ?
Ada kawan di FB bagitau anak kecilnya payah nak dapat tidur lama di waktu siang.. Paling lama , 40 minit.. Hurmm..Zahra lak camana ? Zahra kalau tidur siang , boleh dapat 3-4 jam !! Kalau dia tidur jam 8 pagi selepas mandi , dia akan jaga dalam 12 tengahari..
Caranya ? Buaian je la… Dulu dengan Qhaliff , aku tak guna buaian.. Guna rocker tu jer.. Lama jugak tidur. Tapi lepas aku nampak dia tidur dalam buain di rumah mak aku , baru aku tau .. diorang ni lebih lena dalam buaian..
Kalau jalan jauh camana ? Aku ada pilihan.. aku takkan usung buaian tapi guna rocker atau car seat yang leh jadi cam rocker .. hehehe … Adaaa jual gak gitu..
Kesian sebenarnya baby tak cukup tidurr.. Diorng akan mengamuk nanti ! Bila diorang dah mengamuk, masa tu… tak guna dahhh… hehehehe…. Risau kita lak mengamuk sebab diorang meraung non stop action punya ..
2 comments
Betul betul baby lagi selesa dan tidur lama dalam buaian...
BalasPadamexactly. anak2 saya kalau dalam buaian, mau2 3-4 jam.. tido bawah? tak dan 30minit pon.
BalasPadam