Merokok itu membahagiakan dan makanlah selagi boleh !
30 April 2014.. Gambar ni gambar bahagian mulut arwah ayah , sebelum dibedah untuk membuang bahagian yang ada kanser.. tu , kat lidahnya tu ! Menyorot kembali ketika dia disahkan ada kanser lidah akibat merokok , sesungguhnya arwah cukup menyesal sekali dengan sikapnya itu.. Sememangnya dia terus berhenti merokok tu..
Hilang nikmat dunia...hilang selera makan. Nasib ada anak cucu untuk dia kuatkan semangat teruskan kehidupan. Bahagian yang dibuang itu.. kalau diingatkan semula memang kesian.. Tu belum lagi bahagian leher di...hurmm...
ROKOK.. Segalanya kerana ROKOK.
Ketika menjaga arwah di Hospital Kuala Lumpur , wadnya dipenuhi dengan pesakit kanser. Kalau tak sebab rokok , sebab pemakanan yang tak seimbang.. kanser usus. Serius , cukup menakutkan aku. Walaupun aku tak merokok , diet pemakanan aku teruk ! Makan main belasah jer. Aku tak nak berlaku pada aku.
Arwah meninggal dunia tahun lepas. Ada entrinya aku tulis di blog.. Perginya Ayahanda Tercinta.. Selepas tu , aku belajar mengenai pemakanan yang bagus untuk tubuh badan aku dan cara cara detoks yang betul. Aku tak makan lagi dah makanan segera yang dulu aku cukup giler.. Mee segera !
Satu je la pinta aku.. Bagi yang merokok tu , ingatlah orang tersayang. Walaupun korang tak sayangkan nyawa korang , ada insan yang sayangkan korang tu ! Korang nak duduk dalam hospital sorang sorang ke ? Pastu yang kaki makan tu... beragak agak sikit makan tuuu. Jangan makan ikut sedap tekak dan selagi perut tak memboncit , selagi tu makan.. Dan belajarnya pengambilan makanan yang betul.. Ramadan dah hampir , boleh mula jaga usus dah pasni.. Tapi janganlah masa berbuka tu , makan tak hengat dunia ! Amalkan ulam ulaman...
Al Fatihah buat arwah ayah..
5 comments
Senang cerita. Merokok membahaya kesihatan.
BalasPadamalfatihah....
BalasPadamAllahu akbar.. seramnya dengar.. semoga roh ayahanda Ben dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman..
BalasPadamAl Fatihah..
BalasPadamrokok bukan sahaja bahaya tapi boleh mudaratkan kewangan juga
BalasPadam