Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 3 Oktober 2016

Perginya ayahanda tercinta..

 

Abang.. mak call. Menangis-nangis mak. “. Kata wife. Aku terus capai Iphone 6S wife yang tak best tu. Tengok jam.. 8.10 pagi.

Mak.. “ . Sebenarnya aku dah jangka dah. Tapi aku nak dengar sendiri keluar dari mulut mak aku.

Ba hang dah tak dak.. “ . Mak aku berkata sambil terisak risak.

Hurm… sat lagi saya pi sana.. “. Jawab aku ringkas. Aku sebenarnya dah lama menahan rasa sebak melihat ayah aku. Aku tak nak keluarkan air mata depan diorang , depan wife dan anak anak. Aku terus berpura pura yang aku seorang yang cool.

Aku capai telefon pintar aku. Tengok ada missed call. Aku pandang wife. Hurm.. Nak bawak diorang gi sana atau tinggalkan je kat rumah. Wife masih dalam pantang. Tapi kalau tinggalkan , risau kat wife yang masih belum sihat sepenuhnya. Kalau sekejap , tak pe la gak. Tapi aku rasa , mau sampai ke malam.

Aku bincang dengan wife. Dia kata , dia ok je nak ikut. Aku tarik nafas panjang. Masih menahan rasa sebak. Teringat wajah ayah kali terakhir aku lihat , Jumaat lepas. Dia dah cukup derita dengan kansernya tu. Dah naik ke otak kata pakar.Bermula dari lidah.. gara gara rokok !

Aku kejut Qhaliff dan Zahra yang masih lena tidur. Aku mandikan sorang sorang. Wife uruskan Aariz. Dalam jam 10 lebih , siap semua.. Terus gi ke Cheras.

Aku call adik perempuan aku. Suaminya sedang menguruskan bab pengkebumian ayah. Merekalah insan yang banyak menguruskan ayah sejak ayah dimasukkan ke hospital kerana paru paru berair , sebelum Aidilfitri lepas.

Sebenarnya , aku bersyukur sangat pada Allah kerana mendengar doa aku. Aku berdoa agar Allah panjangkan umur ayah untuk melihat dua orang cucunya yang terbaru.. Dan dia dapat melihatnya sebelum memejamkan mata untuk selama lamanya.

Alhamdulillah.. segala urusan berjalan dengan begitu mudah. Cuaca pun cantik. Jalanraya tak sesak. Kena pulak cuti umum. Ramai sedara mara dari Pulau Pinang dapat turun melihat jenazah buat kali terakhir.

Aku mengucup arwah ayah buat kali terakhir di dalam masjid. Tenang wajahnya. Aku bersyukur sangat penderitaannya dah berakhir. Moga Allah ampuni segala dosa dosanya.

Selepas solat Zohor , jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Kampung Batu. Kalau ikutkan pesan arwah , dia mintak ditanamkan di Pulau Pinang jer.. nak sebelah arwah ibunya.Alasan dia mudah jer sebenarnya. Dia nak anak cucu dia balik ke kampung nun di Balik Pulau , walaupun dia dah tiada .. Tak nak putus perhubungan dengan adik beradik.

image

Satu lagi hikmah yang berlaku dan aku amat bersyukur sangat ianya berlaku. Insan yang aku tak gemar sangat sebelum ni , dialah yang banyak membantu keluarga aku menguruskan jenazah ayah. Aku perlu berjumpa dengan dia dan memohon maaf. Bagi aku , kes yang lepas , biarkan la berlalu. Teruskan hidup dalam keadaan yang tenang dan damai.. Nak buat apa ada rasa dendam di dalam hati , kan ?

Aku sebenarnya nak letak gambar ayah aku tapi rasanya.. tak perlu lah.. Lebih pada nak insafkan si perokok. Kesan dari merokok amatlah menyiksakan. Bila dah sekali kena , memang insaf laaa

Dan aku.. sehingga kini aku belum tumpahkan setitis pon air mata. Sesekali sebak datang , aku pandang anak anak.. Terus rasa sebak tu ghaib. Aku bersyukur , dapat juga menjaga dia dulu. Cuma terkilan di saat dia sakit , aku tak dapat nak jaga sangat sebab wife sedang sarat mengandung. Part ni aku rasa sedih sangat. Walaupun sesekali aku dapat gi lawat dia , tapi masih terasa cam.. hurmmm..

Hurm.. semoga Allah cucuri rahmat buat roh ayahku. Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Aamin..

33 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Amin amin Ya robbal alamin

Syasya Sa'adon berkata... [Reply to comment]

Al-Fatihah dan takziah...semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh...

Cik Wan berkata... [Reply to comment]

Innalillahiwainnailaihirojiuunn..Takziah Ben

Hanis Amanina berkata... [Reply to comment]

salam takziah T_T

sy baru kehilangan abg sulung sy minggu lepas :(

hanisamanina.com

tarmizi berkata... [Reply to comment]

Al-fatihah moga arwah dicucuri rahmat

Muhammad Khairuddin Lim berkata... [Reply to comment]

Anda menulis dari hati yang ikhlas.

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Asalam Bro Ben..semoga diampunkan dosa arwah dan ditempatkan di sisi orang2 beriman..alfatihah

Siti Khadijah berkata... [Reply to comment]

innalillahhiwainnalillahhirajiun.... salam takziah....

mas saari berkata... [Reply to comment]

sedihnya baca!
takziah aben.. moga arwah ayah ditempatkan dikalangan org beriman.. amin!

At-Tarmizi berkata... [Reply to comment]

semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

Papa Blogger berkata... [Reply to comment]

Takziah bang ben... Semoga roh arwah dicucuri rahmat ilahi..

Bonda Zahra berkata... [Reply to comment]

takziah abg Ben.semoga Allah terus beri abg Ben kekuatan.

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

Salam takziah dri kami sekeluarga aben..

Lina Stokes berkata... [Reply to comment]

Innalillahiwainnailaihirojiuunn..Takziah Ben Ashaari

mrs kayrul berkata... [Reply to comment]

Takziah abg ben..moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman

Elih Japahar berkata... [Reply to comment]

Salam takziah utk keluarga awk..tabah sungguh, sy dulu dah lama titiskan airmata..hurmm

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

Takziah..

Smoga stiasa tabah..

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Takziah Abg ben, sedekah kan al-fatihah byk2. Didoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Aamin. Moga ben terus tabah

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

setiap yang pergi ada hikmah,
takziah bro.
alhamudlillah semua urusan tiada masalah.

ddfirdaus berkata... [Reply to comment]

Sabar byk2 Ben. Walaupun kite tak la jumpa hari2 borak hari2 mcm time seofis dulu, saya sentiasa follow perkembangan Ben. Hsbn pulak tak perbah Laksa mak Ben. Ralat juga rasa wlpon dekat tak sempat jengah ke rumah arwah. Terlalu taksub dengan urusan duniawi. Dari bait2 post blog n fb Ben, kita semua tau Ben dah tunaikan tbjwb sebagai anak lelaki. Jarak rumah Ben dengan rumah mak ayah bukannye dekat tpi Ben dok ulang alik selamba jer, demi kebajikan ibu bapa. Rezki Ben dan keluarga murah. Insyaallah tu semua keberkatan berbakti pada ibubapa. Dun worry n keep praying for him n ibu yang pastinya memerlukan sokongan anak2 di kala ini.

Mera Hussain berkata... [Reply to comment]

Aamiin... Semoga arwah ayah ben dicucuri rahmat dan ditemlatkan dalam kalangan org yg beriman. Takziah buat aben dan keluarga.. Sebak baca.. Teringat arwah mera tiba2.

Linda Aknoor berkata... [Reply to comment]

innalillahhiwainnalillahhirajiun..
Salam takziah utk Ben sekeluarga..byk bersabar dan redha..setiap kejadian ada hikmahnya..

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan diampunkan sgala dosa2 nya aamin.. Banyakkn bdoa dan doa buat arwah abah..

aziekz berkata... [Reply to comment]

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا ينَقَّ الثوب اْلأَبْيَض مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبر.

eiyra berkata... [Reply to comment]

Allahu.. takziah abg ben.. semoga abg ben dan keluarga terus tabah.. inshaa Allah, mulia tempat arwah disisi Nya..

Izzati Suhaide berkata... [Reply to comment]

sedihnyaaa.. Takziah abg ben. semoga abg ben diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini..

Nurulchumel berkata... [Reply to comment]

Al Fatihah. Takziah abg ben.

Nurul Nadiah berkata... [Reply to comment]

Takziah abg ben..

noorliana zamri berkata... [Reply to comment]

al fatihah

EjamOthman berkata... [Reply to comment]

Salam takziah.
Semoga abg ben dan keluarga tabah, sesungguhnya kehilangan insan tersayang memang meninggalkan kesan tapi saya pasti arwah nak anak2 redha dengan pemergiannya kerana itulah yang terbaik.

Aziey AB berkata... [Reply to comment]

Takziah Abg Ben. Alfatihah..

SyazA berkata... [Reply to comment]

Takziah Abang Ben

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI