Coca Cola Freestyle® di mmCineplexes , pertama di Malaysia !
Wowww ! Nampaknya aku nak menonton wayang kali ni tidak lagi membosankan dengan minum air yang sama. Sambil layan cerita yang best , boleh minum air berperisa yang mana orang lain belum tentu dapat rasa sebabnya.. air tu kita punya citarasa , hasil dari gabungan pelbagai rasa !
Camana tu eh ?
Hehehehe.. Meh aku cerita sedikit kat korang. Baru-baru ni aku ke eCurve Damansara untuk menyaksikan pelancaran Coca Cola Freestyle pertama di Malaysia.
Apa yang menariknya Coca Cola Freestyle ni ?
Pelanggan mmCineplexes berpeluang 'mencipta' resepi air mereka sendiri berdasarkan dari 50 pilihan air 'sparkling' dan minuman tanpa gas termasuklah 30 pilihan rendah kalori atau bebas kalori. Menariknya , lebih 40 pilihan menarik dan unik ini tidak terdapat di mana mana pasaraya dalam bentuk yang sedia diminum.
Dengan paparan berciri sentuh yang mesra pengguna, pelanggan akan memilih dari empat kategori - semua minuman, minuman rendah atau bebas kalori, minuman tanpa kafein atau minuman berperisa buah – dan seterusnya akan memilih jenis minuman ringan dan perisa. Lebih enak lagi, minuman Coca-Cola, Sprite, Fanta, Dasani dan A & W boleh digabungkan dengan perisa buah-buahan seperti ceri dan oren.
Pilihan serba baharu seperti mangga dan laici adalah antara 15 pilihan eksklusif yang hanya terdapat di Malaysia. Juga, antara minuman yang menarik ialah ‘Lychee Sprite Zero’dan ‘A&W Rootbeer Zero Cherry Vanilla.’
Bagi mereka yang kaki contest , mehhh join contest online yang dianjurkan oleh mmCineplexes 'What’s Your Favourite' untuk berpeluang memenangi bekalan percuma Coca-Cola Freestyle® selama sebulan dan tiket wayang percuma !
Hanya perlu ambil foto anda semasa sedang menikmati Coca-Cola Freestyle® nyatakan perisa kegemaran anda berserta sebab, dan kongsi di Facebook atau Instagram. Jangan lupa selitkan hashtag #mmCineplexes, #CocaColaFreestyleMY dan tetapkan akaun anda kepada mod ‘awam’.
Sertai sekarang! Maklumat lanjut di SINI. Contest tutup pada 5hb Disember 2018.
2 comments
Wahhh senanglah dah ada mesin camni, jimat masa nak beratur beli air.
BalasPadamnak rasa la air campur2 ni..hahaa
BalasPadam