McDonald's terokai dunia dengan burgernya dan kali ini Burger Ayam Portugal !

by - Jumaat, Julai 05, 2019

Sesuatu yang cukup menarik ! Ketika aku diberitahu akan kehadiran citarasa terbaharu ni, aku yang salah seorang peminat burger McDonald's pastinya teruja nak mengetahui dan merasai keunikan burger mereka. 

Dan semalam , bertempat di McDonald's Kota Damansara secara rasminya memperkenalkan Burger Ayam Portugal atau Portuguese Chicken Burger d dan menandakan bahawa seluruh cawangan McDonald's akan menjualnya. Dan ianya boleh didapati dengan set bersama French Fries dan juga air pilihan samada Fanta Grape McFreeze yang sedap bagi aku atau Coke biasa dengan harga RM16.99


Burger Ayam Portugal adalah item menu yang kedua diperkenalkan sempena kempen  'Discover the  World 2019' oleh McDonald's Malaysia. Disajikan bersama kepingan daging ayam yang digoreng enak, dicelup ke dalam sos piri-piri unik, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh ban yang mengandungi emping cili terbaharu. Hasilnya, satu hidangan yang mengecurkan air liur, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah-ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal. 

Untuk info rakan pembaca , McDonald's  sebelumi ini telah pun menyajikan citarasa menarik dari negara-negara  seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand dan mendapat sambutan hangat. 


Manakala untuk pencuci  mulut pula,  sila dapatkan Dinosaur McFlurry  yang popular, penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat.. yang pastinya memberikan kepuasan tak terhingga ! 


Disamping itu.. haaa , bagi mereka yang suka main game di telefon pintar , nahhhhh.. ini ada sesuatu yang amat berbaloi untuk korang ! Ditambah lagi jika korang suka penjimatan , hehehee.. Sila main game menarik dari McDonald's ni ! 

Dinamakan 'Catching Nonando ', yang mana pelanggan hanya perlu tangkap seberapa banyak yang  mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat bagi mengumpul mata. seterusnya akan menerima ganjaran dengan serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal, bergantung kepada bilangan Nonando yang ditangkap. Dan untuk menjadikannya lebih menarik, satu ‘leaderboard’ akan diperkenalkan di seluruh negara untuk menjejaki pemain yang berada   pada kedudukan   teratas di mana  pemenang tempat pertama akan memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points!

" Aku dah rasa.... korang camana pulak ? "

Untuk maklumat lanjut , sila layari www.mcdonalds.com.my.

You May Also Like

6 comments