Pendapat aku mengenai Night Safari @ Zoo Taiping dan Bukit Merah Lake Town Resort !

by - Isnin, Disember 09, 2019

Yer, cerita di Taiping ,Perak lagi. Nasib baik ada Tourism Malaysia ( Wilayah Utara ). Kalau tak , aku hanya tau akan produk produk pelancongan tempatan ni melalui iklan iklan di media semasa terutama di media sosial. Tapi sejujurnya , aku tak berapa nak percaya sangat iklan iklan ni. Banyak kali dah terkena ! Bila pergi jer, indah khabar dari rupa ! 

Dan sejujurnya bagi aku , Tourism Malaysia kali ni bekerja keras akhir akhir ini bagi memanaskan kembali dunia pelancongan domestik yang mana setahu aku la , rakyat Malaysia semakin gemar melancong ke luar negara. Alasannya , kos perbelanjaan lebih kurang jer pun ! Haa, camana tu ?? 

Ok... Zoo Taiping dan Bukit Merah Lake Town Resort ni dah banyak kali aku dengar tapi belum berjaya menarik perhatian aku. Kenapa ? Ramai kata tak best ! Ye ke ??? Aku nekad nak tengok mata kepala aku sendiri. Hehehee.. Bukan tak nak gi support tapi faham faham je la sekarang ni , kena berjimat cermat melainkan berbaloi , aku sanggup keluar duit untuk 'pelaburan kenangan manis' !

Baca juga entri Menarik Di Bandar Taiping

Night Safari di Zoo Taiping

Kali pertama ke sini. Awalnya aku ingat Zoo Taiping ni tak segempak dari Zoo Negara. Maklumlah , nama pun Zoo Taiping dan pastinya lebih kecil dan tak banyak binatang. Tapi jangkaan aku meleset sama sekali !

Teruja nak masuk selepas mendengar pencerahan dari Dr. Kevin Lazarus mengenai binatang binatang yang ada di Zoo Taiping.  Bagi aku , kalau jalan kaki dalam ni , confirm bakar lebih dari 1000 kalori ! Besar betul dan banyak betul binatang liar dalam ni. Budak budak mesti seronok. Bayangkan , malam pun dah seronok.. siang apatah lagi ! Dan sesungguhnya binatang dalam ni terjaga dan keadaan mereka sendiri terkawal dan dipastikan kesihatan binatang binatang ini dalam keadaan baik sama sekali.



Info lanjut , boleh lihat di link yang aku sertakan di bawah ini.

Zoo Taiping & Night Safari

Bukit Merah Lake Town Resort 

Tarikan utama di sini ialah taman tema air , taman eco , taman adventure ,  taman rekreasi , Kampung Air ( Chalet Air ) dan  Pulau Orang Utan . Maka bagi aku , kalau nak seronok dan puas.. bila ke sini pastikan menginap terus semalam di sini. Jangan risau , ada hotel yang selesa di sini ! Booking awal awal sebelum datang .

   


  




Syok sini kalau nak buat teambuilding juga. Boleh dikatakan Bukit Merah Lake Town Resort ni sesuai untuk semua peringkat ! Dari kecik hingga ke besar. Confirm balik dengan satu kenangan terindah dan pastinya nak datang lagi ! 

Info lanjut boleh tengok di link link bawah ni yer.. 

Bukit Merah Lake Town Resort 



You May Also Like

7 comments

  1. Menarik plak bila baca entry Ben ni. Biasa langsung tk tertarik nak pergi. 😊

    BalasPadam
  2. besar ngak zoo taiping ni..menarik. lebih kurang mcm zoo gambang jugak..besar.berjalan mau bkar kalori ngak tu

    BalasPadam
  3. zoo taiping best. tapi suka pergi siang lagi sbb nmpk lg banyak haiwan berbanding safari night

    BalasPadam
  4. Bukit Merah lake town je blom sampai lagi. nanti cuti sem blh try p..nnt uodate MAPS k..nk tgk harga mainan kat dalam tu..masuk free kan?

    BalasPadam
  5. dah berbelas tahun tak pi ke zoo taiping. haha. bila tengok post ni, rasa teringin lak nak pi ^_^

    BalasPadam
  6. Yg best Zoo taiping ini sbb dikelilingi tmn tasik tiket xmahal..xmcm zoo negara tiket mahal tp haiwan byk tido dan xaktif dan xberbaloi.zoo negara ini sbb ada panda je.klaw xde panda org xdtg pn..zoo taiping mmg terbaik dan bkt merah resort pn best jugak tiket masuk xmahal...best

    BalasPadam