Bijak mak si Bilal !

by - Khamis, Oktober 13, 2022

Bukan Bilal

Termenung seketika aku. Dari dulu memang bijak si selebriti ni. Aku tak tau la kat mana kelebihannya dalam dunia hiburan tapi yang aku tau dia bijak memanfaatkan dunia media sosial. Kesannya , dia kaya raya. Yang bijak amik peluang , dapat la habuan skit. Menumpang rezeki. Yang lain ? Ada yang dapat pahala dan ada yang derma pahala. 

Bak kata wife aku setiap kali aku buka perbincangan dalam kereta mengenai artis ni , " Biarlah dia bang. Takda manfaat kita bincangkan hal dia tu. Kita jaga hal kita jer. ". Gitulah lebih kurang. Alaaa.. aku kan blogger ! Sesekali nak borak isu panas. Bila dah dimatikan dengan ayat sebegitu , maka aku buka cerita pasal Halia je la. Hahahaa...

Bab anak ni... hurm.. serius, aku pun sensitif ! Jangan kata anak je.. mak, ayah, pasangan kita.. bila orang luar maki atau kritik walhal takda kaitan pun dalam isu yang dibangkitkan , memang bengang la kan ! Kalau bengang ngan kita, maki hamun kita dah la. Yang nak dikaitkan dengan orang lain dah kenapa ? Bukannya kita tak boleh balas tapi kita ada akal. 

Tapi tu la... orang gini jangan dilayan. Kalau dapat identiti dia, screenshot pastu saman jer ! Abis cerita. Baru dia ada akal. Kat mahkamah nanti , reti pulak nak cakap kat hakim, pendapatan dia cuma kais pagi makan pagi tapi mulut cam celaka ! 

Itulah media sosial. Ada baik dan banyak yang buruk. Tak kira la kita camana punya tahap keimanan . Selagi kita 'berkawan' rapat dengan media sosial , memang akan terjangkit sedikit sebanyak. Nak selamat , mudah jer... Post dan blah ! Tak payah nak baca komen bagai. Tapi pastikan posting kita tu , bukan jenis post yang meminta dosa. Haaa.. faham ? 

Haaa.. ni satu lagi aku nak bagitau korang. Aku tahu yang suka baca bab anak ni, mak mak orang jer. Korang ada anak di sekolah rendah ? Rasa rasa pelajaran diorang camana ? Jangan main rasa jer. Kena test diorang gak. Sekarang ni dah takda exam ! Haaa.. Kang bila ada exam , baru nak tepuk dahi. Kan ? Jangan sampai gitu. Sian diorang. 

Ni aku nak bagitau korang , sediakan payung sebelum hujan lebat ! Amik kelas tuisyen malam untuk anak korang tu. Dari Tahun 3 hingga Tahun 6 ! Ramai anak lemah karangan BM , BI dan Matematik. Jangan biarkan mereka begitu. Sian diorang. Nanti masuk sekolah menengah , terkial kial mereka. Huhu.. 




Berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut ?  Pm admin sekarang ‼️ Sila tekan mana mana nombor yang menarik di mata anda. InshaAllah , mereka akan jawab dengan pantas. Kalau lambat jawab, bagitau aku. Biar aku lak yang jawab. Heee..



You May Also Like

5 comments

  1. Banyak lagi program dalam fly ni…asas dlm pelajaran mmg kena kuat, kalau akar tak kuat.. mmg akan tumbang pokok tu … sbb silibus makin lama makkin susah

    BalasPadam
  2. wahhhh...pandai pancing pembaca buka....hahaha....bagus ada kelas mcm ini dapat menaikkan lagi prestasi anak2 dalam pembelajaran.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Ramai sahabat saya hantar anak2 ke tuisyen Fly High, bagus kualiti ticer2 nya.

    BalasPadam
  4. Ha betul-betul. Pasal anak-anak memang MakMak lebih sensitif. Bab pelajaran memang kalau dibiar lelama naya je kalau ketinggalan terutama yang nak masuk sekolah menengah nanti

    BalasPadam