Apa kena buat bila kembung perut ?

by - Rabu, Februari 21, 2024

Lama dah aku tak kena kembung perut. Seingat aku , kali terakhir aku kena ketika gi Pulau Pinang , hujung tahun lepas. Punca ? Makan laksa yang ada letak otak udang. Aku tak tau kenapa otak udang aku dah tak leh makan walhal ketika muda dulu, memang selamba je makan. Mungkin usus dah tak leh nak proses atau ada bahan dalam tu yang perut aku tak leh nak cerna. Maka jadilah kembung ! 

Jumaat lepas.. terjadi lagi pada aku. Punca kali ni, aku makan terlalu lewat malam. Aku makan pun sebab nak abiskan sisa sisa makanan anak anak. Diorang yang terlalu penat akibat berlatih silat , tak sempat nak abiskan makanan yang wife masak. Telur dadar je pun. Biasanya aku makan, takda masalah. Cuma silap aku ialah, makan lewat pastu sesampainya di rumah.. terus tidur ! 

Esoknya aku dah mula terasa kekembungan. Bermula dengan sakit kepala. Aduh.. silap betul ! Pastu bila gi gym.. aku rasa tak selesa di perut. Beikat mula tangkap. Mood nak berworkout dah takda. Mula rasa sebu. Mula rasa malas dah. Terus balik rumah. 

Minum air halia 2-3 kali. Terasa perut memulas. Memang aku akan minum sampai aku mula membuang air besar. Dan bila sampai masanya , aku akan ke bilik air 4-5 kali. Cirit birit ! Memang terasa lega perut cuma angin dah naik kenapa tu jadi masalah. 

Malam harinya , aku mula panas badan. Demam ! Kalau dah cirit birit , aku tak leh dah minum air halia. Kena relaks dulu. Aku minum air kunyit Nadiiku lak yang mengandungi kunyit dan lada hitam. Ianya bertindak sebab paint killer. Aku baring dan cuba tidur. Tapi tak boleh. Ditambah dengan badan yang dah terlalu penat dek aktiviti seminggu yang cukup penuh dengan penggunaan otot dna tenaga.. aku baru terasa akan kelesuan. Akhirnya aku makan ubat penahan sakit yang dah lama aku tak makan. Sebijik. Terpaksa. 

Kesannya... pagi tu bangun dengan kepala berpusing pusing ! Menyesal makan ubat tu semalam. Nak hilangkan kesan ubat , cukup mengambil masa 2 hari bagi aku. Tu baru sebijik jer. Perut aku terasa kekejangan. Aku buat air kunyit Nadiiku. Alhamdulillah ok perut. Demam memang dah kebah sejak pagi. Dengan izin Allah. 

Dan cukup lega.. tiada batuk atau selsema. Kalau dulu, asal demam.. confirm akan batuk dan selsema. Sekarang tidak lagi. Mungkin aku berjaya kurangkan risiko keradangan dalam badan dengan mengawal pengambilan pemakanan harian aku. Dulu.. tinggi gula dan karbohidrat. Dengan kafein lagi ! Aiyokkk !



Alhamdulillah.. Sehari kembung dan semalam demam. Hari berikutnya , aku kembali aktif seperti biasa. Dan teruskan gaya hidup dengan diet pemakanan yang bersesuaian usia aku. Aku tak nak la kata dah tua tua ni kena makan gini. Sebenarnya bukan tunggu tua baru nak amalkan gaya hidup sihat. Tapi dari muda lagi kita kena jaga sayangnya.. syaitan mengoda kita melalui makanan makanan viral yang tak tau apa khasiat untuk tubuh badan kita tapi bersungguh kita nak dapatkannya. Bila sakit , baru nak garu kepala. 

Untuk dapatkan serbuk halia yang berkualiti ,  boleh beli terus di Shopee https://shope.ee/4VEZirdcCi
Manakala untuk prebiotic, boleh dapatkan di https://s.lazada.com.my/s.isN91?cc. Kunyit jenama Nadiiku pula boleh di beli di www.nadiiku.com Yogurt Greek ni boleh beli je di mana mana pasaraya yang biasanya ada jual produk organik. Begitu juga dengan cayenne pepper dan juga apple cider vinegar. 

You May Also Like

0 comments