Semakin ramai mati kerana tak makan nasi di Malaysia !
Pernah dengar tak kenalan korang atau korang sendiri kata gini.. " Aku kalau satu hari tak makan nasi , confirm gigil ! Tak tahan lapar wehh ! ". Mesti ada kan ? Haaa.. Kan kan ? Persoalannya, apakah benar benar lapar atau sebenarnya... kita tu atau korang tu , ketagihan ? Haaaa..
Aku dulu pun gitu gak tapi takda tahap perlukan nasi setiap hari. Aku makan je apa yang ada. Tak bergantung hidup dengan nasi semata mata. Aku bukanlah penagih gula. Ya , nasi tu karbohidrat dan ramai masih tak tau , sumber karbohidrat ni banyak dan mudah je untuk didapati tapi bagi orang yang tak akfit di awal hari , perlu ke nak makan nasi ?
Apa maksud aktif di awal pagi ?? Apakah lepas makan nasi , kita turun ke bendang ? Sawah ? Ladang ? Kebun ? Bekerja menggunakan kederat 4 tulang ? Atau.. lepas makan nasi , duduk atas kerusi atau terbaring mengadap skrin ? Tak kisah la skrin tv atau komputer ? Paling tidak pun , memandu kenderaan dalam jangka masa yang lama ? Korang tergolong dalam kelompok mana ? Apakah yang gunakan tenaga yang banyak ? Atau sikit jer ? Kalau sedikit , perlu ke nak masukkan nasi ?
Aku kasi tips la ya.. Bila terasa lapar, cuba makan makanan yang tinggi protein. Contoh macam telur rebus , ayam , atau makan ikan. Cuba makan tu dulu. Tengok pastu. Apakah korang masih lapar atau terasa muak tiba tiba ? Argh... tak lalu nak makan ? Nah.. ternyata sebenarnya , korang bukan kelaparan tapi keinginan nak masukkan GULA dalam badan ! Mencari sesuatu yang manis untuk diletakkan atas lidah.
Mati ke tak makan nasi ? Ramai komen di Tiktok aku kata , nasi tak bersalah. Kenapa nak skip nasi ! Aku tanya satu soalan je.. Apasal korang tak skip je nasi ? Nasi satu keperluan ? Ianya cuma seperti kita perlu pakai pakaian je. Tak kisah la baju apa.. warna apa.. kain apa.. Asalkan menutup tubuh badan ! Kan ?
Dulu , aku bermasalah dan lepas aku kawal pemakanan aku, Alhamdulillah..
Nak lagi syok , ada pulak suruh makan roti ! Aduh la hai.. Kenyang ke makan roti ni ? Masalah makan roti ni, sekejap je terasa perut tu terisi pastu kelaparan balik. Kesudahannya cari sesuatu yang berat untuk dimakan. Bagi yang kaki nasi , mesti nak makan nasi. Nah, tadi makan roti.. Gula dah. Pastu masuk pulak nasi. Abis makan nasi , cari pulak air manis. Pastu baru nak bersenam. Bersenam berjam jam lamanya untuk membakar semula kalori. Tu belum part amik suppliment untuk membakar lemak atau menangkap carb bagai ! Hahaha.. ada ya !
Kan mudah sebenarnya.. kita makan je makanan yang tinggi protein dan fiber. Kurangkan je karbohidrat. Bukan tak makan langsung karbohidrat tapi pengambilannya dikurangkan. Bergantung pada aktiviti kita pada hari tu. Kalau rasa hari tu korang aktif , makan la karbohidrat tapi tak semestinya nasi. Pisang ada, ubi ada, kurma ada.. eh , banyak laa. Korang leh tanya je Chatgpt atau google jer.
Belajar jangan bergantung pada NASI saja. Korang boleh je hidup tanpa nasi. Kita hanya perlu makan saja..
Mudah !


0 comments