Ketagihan kopi dan gula ? Nak ganti apa ?

by - Khamis, November 06, 2025


Masalah aku satu tika dulu ialah ketagihan kopi dan minuman manis seperti milo , 100 Plus dan sebagainya. Pagi pagi dah wajib layan air gini yang kononnya bagus untuk kesihatan terutamanya kopi dan milo. Adehh... 

Betullah kata orang tua dulu dulu.. " Nanti hang umur 40an , tau la camana sakitnya " dan ternyatalah mereka bukan sekadar cakap kosong malah ramai je belum pun jejak 40 an , dah mudah jatuh sakit ! Sistem imun rendah pun ya juga kesan dari gaya hidup dan diet pemakanan yang tidak sihat. 


Nak ubah tu mudah tapi camana nak hilangkan ketagihan ? Itulah masalah aku dan ramai lagi. Ketagihan ni nak hilangkan bukan sehari dua ! Makan masa wo. Ramai mampu buat dua tiga hari atau paling lama pun seminggu pastu kembali semula ketagihan. Kan kan ? Segelintir je berjaya tapi mereka ada alternatif ! 

Aku pulak camana ? Aku bermula dengan minum air halia setiap pagi untuk hilangkan ketagihan dan pada masa yang sama , berhenti amik gula putih. Air kotak , air botol , air tin..sama sekali tidak ! Minum air cacao dicampur halia pada waktu pagi ada banyak manfaat, terutamanya untuk tenaga, penghadaman, dan kesihatan keseluruhan. Ni antara manfaat utamanya 👇

 1. Beri tenaga semulajadi

Cacao kaya dengan theobromine dan sedikit kafein — bantu bagi tenaga lembut, tak macam kopi yang boleh buat jantung laju.












Halia tingkatkan peredaran darah, jadi badan rasa lebih segar dan “panas” semulajadi waktu pagi.


 2. Tingkatkan metabolisma

Halia bantu aktifkan sistem metabolik, jadi badan lebih cepat bakar kalori.

Gabungan cacao + halia bantu kurangkan rasa letih dan bantu turunkan berat kalau diambil konsisten.


3. Baik untuk jantung & tekanan darah

Cacao kaya flavonoid yang bantu lancarkan aliran darah dan turunkan tekanan darah.

Halia bantu kurangkan kolesterol “jahat” (LDL).


 4. Tingkatkan fokus & mood

Cacao merangsang penghasilan serotonin dan dopamine — hormon gembira.

Gabungan ni bantu elak rasa murung, stress dan buat otak lebih fokus waktu mula hari.


5. Baik untuk penghadaman

Halia bantu kurangkan angin dan rasa mual.

Kalau minum lepas bangun pagi, perut jadi lebih “ringan” dan tak cepat rasa kembung.


6. Tingkatkan imun badan

Kedua-duanya kaya antioksidan — bantu lawan radikal bebas dan kuatkan sistem imun, jadi badan tak mudah kena selsema atau batuk.

Nah... kan dah ada penganti yang lebih selamat ! Bukan saja selamat tapi berkhasiat dan bermanfaat untuk tubuh badan. 

Beli cacao : https://BenJualKokoPowder.wasap.my
 

You May Also Like

0 comments