BEN ASHAARI



Tiba-tiba teringatkan kenangan lalu... yang paling aku ingat ialah minum Lazz Cafe di pagi hari sambil mengadap pohonan pohonan yang menawan di depan mata. Macam layan novel cinta weh ! Hahaha.. Syadu jer.. Tapi panas di dalam walaupun cuaca sejuk. Nah... berbaloi bawak gi Jepun ketika tu. Heee..

Ketika tu , aku bawak sekotak terus. Sebab aku tau.. takkan nak minum sorang je kan ? Kawan kawan nak tengok je kee ??? Hahahaha...  Sedap ok ! 



Stok abis. Nak order , lambat sampai. Malas nak tunggu lama. Tapi terperasan satu posting di Instagram Lazz Susu Kambing baru baru ni ! Apa lagi aku haaa ! Order pagi , petang atau malam agen terhampir dengan kita akan hantar. Haaaa.. Giler mudah kau. Tak payah nak tunggu lama dah. Kan ? 


Jeng jeng jeng.. Agen yang cukup ramah dan mesra. Sebelum datang mereka akan mesej dulu dan hantar terus ke depan rumah kita. Berbaloi kau ! Takda caj tambahan ye. Tu yang menarik tuuu.. kan kan ? 

Aku beli untuk aku , anak anak dan jugak mak aku. Dia pun dah jadi pelanggan setia. Yer , aku tolong belikan untuk dia. Sebagai anak , jangan berkira la. Takkan nak amik duit kot ? Belikan laaa... kan kan ? Lagi pun dia kata sesuai dan sedap untuk dia. Suka minum ketika sarapan pagi. Alhamdulillah.


Dan aku... aku suka Lazz Cafe. Pekena pagi hari bersama biskut oats. Perghhh.. kenyang sampai ke petang. Pastu malam , lepas makan malam.. pekena secawan sebelum tidur ! Terasa sempurna hari selepas layan secawan. Hahaahaaa..

Manakala untuk Qhaliff dan Zahra, aku standby untuk persekolahan mereka nanti. Sarapan pagi bersama Lazz Susu Kambing PraCampuran Kurma. Kasi berisi perut tu. Jangan biarkan masuk angin. Kat sekolah nanti, bersemangat sikit nak belajar.. kan kan ?

Bagus Lazz Susu Kambing ni , kalau nak tau.. Untuk yang sedang susukan anak , Lazz Susu Kambing Asli boleh dijadikan milkbooster. Dulu wife ketika menyusu Aariz , dia amik. Memang meriah la susu untuk Aariz ! Huhuh.. Dan buat mereka yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat , boleh cuba juga tau ! 

Kandungan gula yang rendah tapi khasiat tetap banyak. Maka tak perlu risau part manis ni ! 




Perasan tak ? Haaaa.. Kotak baru yang lebih kecik dan mudah dibawa namun kandungannya tidak berubah cuma dalam bentuk sachet ! Untuk Lazz Cafe memang lama dah dalam bentuk sachet tapi PraCampuran Kurma , yesss !! Aku amatlah alu alukan dalam bentuk sachet ! Senang dan cepat nak bancuh serta nak dibawa ke mana mana saja terutama bila nak travel jauh.. Huhuh..




Alhamdulillah. Korang yang bekerja tu.. tak payah dah nak turun cafe untuk pekena milo atau kopi di pagi hari. Amik je Lazz Cafe ni ! Masa tak dibuang ketika di pejabat. Kerja pun boleh diabiskan dengan cepat dan paling penting.. hilangkan ngantuk ! Huhuhu... 

Tempah sekarang dengan whatsapp ke 018 277 7290 ! Atau layari www.lazzdelivery.com !

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Sebaik saja kita melangkah ke dunia media sosial , kita berada di dunia yang penuh dengan FITNAH. Fuh , menakutkan giler ! Haaa , tepukk !! Hahahaa... Adeh... Dah abis tepuk , sila duduk dan jangan lari yer. Baca dan fahami. Jangan main share tanpa tau pucuk pangkal cerita ! 

Aku malas nak cerita isu isu terkini di media sosial. Terlalu banyak yang CEPAT MELATAH tanpa tau apa kes pun ! Baca tajuk je dah terus meletup ! WHAT ??? Lor ? Pastu dia pm kawan baik dia. Apa kes eh ? Ler... dia melatah dulu baru tanya ? Hurm... Gitulah. 

Maka tak hairanlah , makin ramai rakyat Malaysia yang alami masalah tekanan walaupun sekadar duduk di rumah jer... cam aku ! Kenapa ? Bila baca status status kawan di media sosial , yang ada pelbagai cerita... automatik dia akan jadi HAKIM MAHKAMAH TINGGI ! Bagi komen terus. Serupa jatuhkan hukuman. KAU BERSALAH ! Eh... edit balik. KAU TERBAIK ! Yer , boleh edit selepas dia dapat tau cerita sebenar ! Adehhh... 

Macam bila aku kasi tau pada kawan... 

" Cuba kau minum Lazz Susu Kambing. Ikhtihar untuk dapatkan zuriat. Susu kambing kan bagus dan banyak manfaat. Kurang manis lak tu. Ada kawan aku cuba, ok gak. Pastu testimoni mereka yang pernah guna pun banyak yang positif. Cuba je. Mana tau kan ? Yang sedang mengandung pun sesuai minum. Banyak khasiat dan keistimewaannya. "

Faeebook : https://www.facebook.com/lazzsusukambing/

Respon kawan tu.. terus senyap ! Pastu up status gelakkan kita. Laaaa ! Dia baca pun belum pastu nak terus kondem. Orang begini memang merugikan.Kerjanya memang mengondem/mengkritik jer tanpa asal usul. Baca info pun tidak terus nak bantai orang. Haih , memang merugikan la kehidupan dia. 

Tu baru satu isu. Belum lagi yang sedang viral. Kita yang tak terlibat pun , boleh jadi giler membacanya. Cam aku.. aku amik pendekatan positif. Tunggu dan lihat. Fahami isu.. baru bagi pendapat atau kritik ! 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Entah kenapa.. bila aku post gambar aku 'boroi' , LIKE mencurah curah gitu ! Tinggi LIKE wooo ! Tapi bila aku post gambar aku tengah workout kat gym dengan kesadoan yang menghampiri kekacakan body Ronaldo Portugal (bukan Ronaldo Brazil tu yer) krik krik jer ! Why ?? Why ??? Kenapa semua ini boleh berlaku ?

Sewaktu Ramadan , memang aku dapat bentuk badan yang aku nak. Tapi masuk je Syawal, segala tuk nenek setan 'dilepaskan' maka nafsu makan aku kembali bermaharajalela ! Er, apakah salah setan atau sebenarnya aku yang tak reti nak kawal nafsu makan ? Jawapannya ialah.. kita sendiri ditambah dengan bisikan setan ! Perfect ! 


Di Kelantan , memang meriah makanan. Mak mertua aku masak sedap sedap. pagi , tengahari , petang dan malam.. makan makan makan ! Gym tutup lak tu. Nah... camana tak boroi ?? Boroi cam gambar diatas tu , buruk aih ! Cam gajah jantan bunting ! Haish.. 

Camana nak hilangkan keboroian tersebut ? Mula mula... kita kena pastikan... Apakah boroi tu memang dah bertahun lamanya ? Atau baru jer ? Jika dah bertahun lamanya, maknanya lemak perut tu dah menebal. Bukan mudah nak hilangkan kecuali kena bersenam dengan cara yang betul. Jangan lupa berdetox dengan cara yang betul. Ingat , bersenam bukan saja mampu memecahkan lemak malah mengembalikan stamina. Itu yang penting. Kesihatan pun automatik terjaga. 



Kemudian , pemakanan kena jaga. Cam kes aku.. sewaktu Ramadan lepas aku suka makan biskut oats dengan Susu Kambing Asli dari LAZZ. Kurang gula tapi masih lemak berkrim gituu. Sekarang , aku dah tukar menu tapi masih mengekalkan Susu Kambing Asli Lazz.  Aku makan kurma ! Pagi dan malam aku makan kurma. Tengahari , aku makan nasi. Lauk, wife sediakan. Kurang garam dan gunakan minyak zaitun je bila masak. 

Alhamdulillah.. ada penurunan dan paling penting keselesaan bila berpakaian. Diingatkan kembali , kena rajin bersenam. Jadikan amalan sebab dapat menyekat selera makan kita. Selain dari mengembalikan keyakinan terhadap diri sendiri... kan ? 

Camana nak order Susu Kambing Lazz ? Follow Instagram LAZZ atau ke www.lazzdelivery.com.


Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Perkara yang paling merisaukan aku ialah berat badan aku naik di bulan Syawal. Jika aku berjaya mengawalnya ketika Ramadan , bermakna Syawal takda masalah tapi belum tentu ! Tahun lepas, aku gagal mengawalnya menyebabkan aku kelihatan seperti belon dari depan dan dari tepi seperti mengandung 6 bulan. Buruk benar jika pakai baju yang agak sendat. Comel tu , memang comel tapi keyakinan diri takda melihat diri begitu. Huhuhu.. 

Menjelang raya , banyak makanan sedap sedap terutama di Kelantan. Apa yang aku kena buat ialah kawal nafsu dan banyakkan bersenam. Walaupun gym tutup , aku tetap melakukan senaman di dalam rumah. Kelihatan ringan tapi berat juga nak buat. Berat sebab MALAS ! 

Bab makanan tu, aku atasi dengan pengambilan Susu Kambing Lazz. Aku pastikan aku 'kenyang' dengan susu dulu sebelum makan. Begitu juga di malam hari. Bila lapar jer, aku makan biskut yang dicicah dengan Susu Kambing Lazz ! 


Sebab tu di hari Aidilfitri , aku kelihatan seperti .. hehee.. segak bergaya ! Pakai baju Melayu pun tampak kemas dan mengancam.. Aummm ! Aku taknak la kelihatan berketul ketul. Memadai pakai baju tu , kemas dan smart dah laa.. Kan ? Cukup dapat buat anak dara terpusing tengok .. dah la ! Heee..

Ok la gini kan ?


Bila dah balik KL... open house tu banyak ! Nah , jangan la seperti lembu nampak rumput ! Bedal selagi boleh. Makan tu ala kadar je. Amik sekadar untuk rasa jer. Makan sekadar untuk meraikan jer. Jangan la makan selagi boleh sumbat. Aduh... Kemudian sibuk pikir nak turunkan berat semula. Hurmm.. Salah dah gitu.

Macam aku.... Aku masih lagi amalkan pengambilan Susu Kambing Lazz di siang dan malam hari. Maka dapatlah aku mengekalkan bentuk badan begini.. di usia 42 tahun ! Huuhuhu.. 


Dan satu lagi masalah ialah.. Piala Dunia sedang berlangsung skang ni. Ramai la dok melepak di kedai mamak dan makan sambil menonton. Atau tidak pun , teh tarik tak kunjung putus! Haish... ni bukan saja tidak sihat malah membuatkan badan kembali membulat ! 

Aku layan gak.. Memadai je dari rumah. Tak payah la nak 'berfeel' bagai aih. Kita jatuh sakit , bukan Messi atau Ronaldo nak datang tengok pun. Tuuuu , Ronaldo kat rumah kita tu nanti yang kena jaga gak ! 


Layan bola dengan LazzCafe ! Cerah mata siutt ! Try laa kalau tak caya. Hahahaha.. Boleh dapatkan terus di www.lazzdelivery.com. 
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Aku post satu gambar di gym semalam. Adakalanya aku gi jam 4 petang hingga 6 petang atau aku gi selepas Asar hingga jam 7 petang. Baru balik. Hehehehe.. Syok bakar lemak sebelum berbuka. Kalau lepas Terawikh , dah malas dah. Hahahaa... 

Ada yang tanya.. boleh tahan ke ? Ikutkan aku dulu.. memang tak tahan sebab aku dah biasa bawa air ke gym. Memang bergelen air putih aku telan. Peluh meleleh leleh kuar . Sebab tu perlukan air. Tapi bulan puasa ni , entah camana.. aku boleh tahan walaupun hampir 2 jam dalam gym dan agak berat corak senaman aku. 

Apa yang aku amik ketika bersahur ? Dan selepas berbuka ? Hehehee... Macam aku pernah cerita dulu , aku tak makan nasi ketika sahur dan berbuka. Aku cari alternatif lain untuk ganti nasi ketika berbuka dan untuk sahur aku amik Susu Kambing Lazz. Bagus wooo.. Kurang gula tapi nikmat bila cicah dengan biskut.. Rasa perut tak padat ! Aku tak nak dah padat padat perut ni. Terasa cam kerbau balau je aku ! Huhuhuh.. 




Pastu protein original aku amik... sebelum tu , aku minum Cinch Shaklee. Ini untuk support dan juga protien bagi otot. Dan juga recovery. Lutut aku yang sakit ari tu , makin ok ! Alhamdullillah. Terasa lega. Aku tak sangka part ni sebenarnya. Huhuh..

Waktu berbuka pun gitu gak... Cinch Shaklee dulu baru makan. Sebab tu aku makan skit jer. Perut dah penuh. Huhuhuh.. Berbuka tu , aku cari ayam atau ikan bakar. Kalau ada , memang rezeki aku. Kalau tak.. huhuh.. makan je la apa yang dah dimasak. Kang tak makan ,merajuk lak. Hahahah...



Alhamdulillah.. Aku cuma dahaga sedikit jer. Penat tu , takda langsung. Yang penting , lemak terbakar. Aku tak nak simpan lemak lemak ni dah. Hahahaha.. Tapi aku tak nak kurus sangat. Heheheee... Sado skit ok laa... Terlebih sado pon tak nak. Tak larat nak beli baju baru. hahaha..


Untuk produk Lazz Susu Kambing tu , korang boleh beli dan simpan buat stok di hari raya ! Jangan makan banyak. Jaga kesihatan tu. Makan , makan gak. Tapi beringat. Hehehehe... Boleh je beli secara online di http://www.lazzdelivery.com/ .

Dan Cinch Shaklee serta Perfomance tu dengan Ustaz Nizam. Pm je dia. Nanti dia balas. Cepat gak sampai ke tangan selepas order.  Tu yang penting.. hahahaa.. 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sebelum ni , aku ingat kalau gi gym kena bawa air. Kalau tak bawa , boleh pengsan wooo ! Dan memang di gym , aku kuat minum air. Dan peluh pun mencurah curah keluar. Tapi tahun ni berbeza. Aku tak nak jadi macam tahun lepas... aku berhenti terus gi gym menyebabkan berat badan naik sehingga 110kg ! Berat okkkkk ! 

Dah hari ni , masuk hari ke 11 berpuasa. Dan aku masih ke gym ! Ada yang selepas berbuka dan ada yang sebelum berbuka. Ternyata sebelum berbuka lagi best dari selepas berbuka. 2 jam sebelum berbuka , kita bakar lemak ! Dan berbuka , lemak bertambah lak kan ? Hahahaa.. 

Apakah rahsianya ? Ok... sewaktu sahur , aku amik dua menda ni jer ! Pertama... kurma. Kedua , Susu Kambing Lazz dan cicah dengan biskut je... Order online di www.lazzdelivery.com.my

Sedap. Anak anak pun suka

Ok... selepas minum dan makan ala kadar , aku amik protein. Ni penting untuk mengekalkan otot otot dari mengecut. Haaaa... Ada yang tak tau ni kan ? Main belasah je ke gym tanpa amik sebarang suppliment. Pastu badan tak jadi , terus putus asa. 

Aku amik produk Shaklee.. Cinch ! Beli secara online dengan ustaz Nizam. Cepat je dapat lepas order tu. Tak payah tunggu lama. Whatsapp je ke 013 976 1627.



Rasa latte. Senang je nak bancuh. Hasilnya ? Hehehe.. Alhamdulillah.. kekal sado di usia 40 an ni.. hahahaha... 



Aku bukan bodybuilder ! Bagi aku macam ni ok dah. Tak nak berketul ketul roti bun tu.. Tu tak mampu abam nak buat. Banyak 'kerja' dan kena makan.. Hahahaa... lagi pun dah tua nak buat gitu.. kan kan? Yang penting , badan sihat ! Kan kan ?

Berbuka.. confirm makan sikit jer ! Takda selera nak makan banyak. Minum air , pastu pekena Cinch satu botol. Pastu makan biskut oats dengan susu kambing Lazz. Solat Maghrib... baru makan yang agak heavy.  Aku cari ayam dan kambing jer. Hehehehe...

Kurus abam kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Di Instagram... aku melihat rakan rakan pulun sakan bercuti di tempat tempat menarik di luar negara. Sekarang Autumn kan ? Sangat cantik ! Cemburu melihat diorang. Bukan tak mampu tapi kena berjimat cermat. Membesarkan 3 orang anak sangat sangat memerlukan duit di zaman 'GST PERGI TAK KEMBALI ' ni. 

Rezeki mereka. Aku tumpang gembira. Dapat tengok gambar pon jadi la. Yang pernah ke luar negara pasti tau camana punya cantik kan ? Heee.. Tak pe tak pe.. tunggu anak besar skit , kita gi sekeluarga. InshaAllah. 

Sebenarnya, dalam negara kita pun dah cukup indah. Walaupun tiada Autumn , Spring , Winter tapi cuaca serta keindahan hutan kita yang dipenuhi dengan flora dan fauna pasti akan memukau sapa sapa saja yang melihatnya. Sangat menyeronokkan. Sebab itu aktiviti hiking semakin popular di negara kita. Dan secara tidak langsung , mencintai alam semulajadi.. tak kira dalam atau di luar negara. Harga alam sekitar. 

Menikmati senja di Putrajaya. Cukup indah dah ! 






Tapi sayangnya. Bangsat bangsat yang tak puas dengan kekayaan yang mereka sdia ada , terus berusaha menghabiskan segalanya. Apakah mereka nak tinggalkan cubit rasa untuk anak cucu kita ? Yer.. mereka boleh ke sana sini. Boleh bercuti di luar negara untuk menikmati keindahan alam. Kita??  Nganga dalam negara dan sedut udara hitam ? Silap hari bulan untuk sedut udara bersih pon kena bayar !

Terbaru... baca status yang sedang viral di Facebook. Aduhaiii... sakit hati betul baca ! 

" Tahniah kpd Calon BN, Mr Nice Guy Dato' Ahmad Nazlan Idris kerana kekal sbg calon di Parlimen Jerantut. Tahniah juga kpd Dato' Seri Wan Amizan yg juga kekal di kawasan pembalakan DUN Tahan 😁. Tak dilupakan juga kpd Calon BN DUN Damak, anak kpd pembalak popular Lim Ah Chap. Diucapkan juga selamat membalak di Kg Baru, Som dan Ulu Cheka. "

Hurmmm... Kegilaan apakah ini ? Takkan diorang tak nampak kot ? Nak tinggal apa kat Semenanjung ni ? Hutan tu sumber bekalan air bersih untuk kita. Kalau dah takda , mana nak cekau? Oh... boleh buat air sendiri.. kita bayar je la ! Hurmm.. bijak kan ? Duit tuuu.. duit ! 

Nah... pikir la sendiri. Aku tak larat nak pikir dah tapi aku tetap kena pikir gak. 


Rindu bunyi bunyian unggas rimba ! Nasib baik masih berpeluang. Anak cucu kita ? Hilangkan geram dengan layan Susu Kambing di pagi hari ! Huhhhh... Boleh beli secara online jer di www.lazzdelivery.com  


Sedap !
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Sekarang ni bila di gym , aku akan mulakan senaman dengan layan squat. Tau squat ? Haaa.. tak pe. Aku kasi tau. Gambar di bawah menunjukkan posisi tepat ketika peristiwa berdarah hidung aku ini berlaku. Di luar jangkaan sama sekali !

Biasanya ok je aku buat squat tapi entah kenapa.. mungkin punggung dah pejal dan seksi , maka ketika di posisi gitu , seluar yang aku pakai tu mengeluarkan satu bunyi yang cukup nyaring. Apakah satu gym mendengarnya ? Hahahaha.. aku teringat satu babak cerita P.Ramlee ketika mereka mereka berlatih silat... seluar koyak ! Nasib baik ada Ros ada boleh tolong jahitkan ! Hahahaa.. 


Ditambah lagi , aku lak ketika tu tak pakai seluar kecik.. Nah , memang padan ngan muka aku. Oh ya, aku ada sebab tersendiri. Takkan nak cerita kan ?  Ala.. nak tau gak ke ? Aku ni bila kat gym , peluh yang keluar memang cukup banyak. Metabolism tinggi kata orang. Bagus untuk pembakaran lemak.

Pastu apa lagi.. Jalan kepit ke arah beg aku. Hampeehh ! Biasanya aku bawak hoodie tapi entah sejak badan dah sado ni , tak usik dah hoodie. Hahahaa.. Nasib baik ada towel. Kalau takda ? Memang aku guna beg la untuk cover di bahagian belakang aku tu. Awek dah la pulak ramai semalam. Adeh... 

Aku tengok jam. Baru setengah jam aku di gym.  Arghh.. rugi rugi ! Aku teruskan juga bersenam. Cari mesin yang tak perlu gunakan kaki. Maknanya upper body je la aku buat semalam. Huhuh.. Dapat la sejam.


Nahh... aku teruskan bersenam dengan buat gini ! Mesti diorang ingat aku nak cover bontot aku yang cun tu ! Hahahaha.. Ni kalau abam abam gay nampak.. mesti aummm punya la ! Hahahaha.. Hampeehhh !

Selesai workout. Aku dok pikir camana nak redah orang ramai yang sedang bermain badminton di luar tu. Harapnya tak nampak la. Hahaha.. Kalau nampak , boleh mimpi ngeri bertahun tahun lamanya. Huhuhu..




Hilang 2 kilo dalam seminggu dengan Lazz Susu Kambing ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Alhamdulillah... banyak perubahan setelah rakan rakan blogger #KBBA9 join bengkel videofon minggu lepas. Walaupun ada yang rasa bengkel ni macam... 'ala ,video je kot ? semua orang boleh buat video..' tapi ternyata silap ! Ianya bukan sekadar video ! Nah.... apa yang dikongsikan di dalam bengkel itu ialah.. PENGALAMAN DAN ILMU ! 

Semua orang boleh buat video selagi mana dia ada kamera. Tak kira la kamera besar atau kecik tapi berapa ramai yang ada ilmu mengenainya ? Nah... bila bicara pasal ilmu kamera ni , ianya luas sangat. Setiap orang ilmu serta pengalamannya berbeza. Inilah peluang yang digunakan dengan sebaiknya di dalam bengkel videofon yang dikelolakan oleh team #KBBA9 di MaTic, Jalan Ampang , baru baru ni ! 

Berbaloi. Ternyata selepas bengkel tu , rakan rakan blogger #KBBA9 telah mengubah cara penghasilan video mereka dengan lebih kreatif. Teknik , semua orang tau tapi rahsia serta tips bagi menarik perhatian terutama di media sosial itu penting sangat ! Inilah yang dikongsi oleh Kak Kay, seorang jurugambar profesional. Beliau cukup dikenali di kalangan selebriti. Dengan latar belakang yang mengagumkan , beliau sangat merendah diri orangnya. 

Kak Kay atau nama sebenarnya Kamaliah Kamal , menurunkan ilmunya di bengkel videofon yang mana bagi aku itu cuma 1% dari apa yang dia ada tapi sudah cukup mampu mengubah teknik dan penyampaian video terutama di Instagram oleh  rakan rakan blogger. Yer , aku sendiri aku mereka berjaya melakukan dengan baik sekali. Malah mereka sendiri tidak percaya bahawa mereka telah hasilkan video tersebut ! 




Secara jujurnya , aku sendiri pon kagum dengan ilmunya. Bila kita berkongsi ilmu , dia akan mendengar dan tidak sama sekali berbalah mengenainya. Yearghhh , itu tandanya orang berilmu. Dia akan mendengar dan menghadam kemudian digunapakai dalam bentuk dan caranya tersendiri. 

Ok... Kalau tanya aku , apakah aku akan join bengkelnya lagi ? Jawapan aku ialah.. Giler tak nak ?? Heeee... sememangnya jangan dilepaskan peluang jika ianya berada di depan mata ! Bagi mereka nak mengenali Kak Kay lagi.. boleh add dia di Facebook atau follow jer Page dia yang mana dia senantiasa berkongsi ilmu di situ. Dan bagi yang berminat nak mempelawa Kak Kay untuk beri talk atau jadi tutor , itu amat dialu-alukan sama sekali. 

Nah , sapa nak join ? Heee.. 

Facebook : https://www.facebook.com/kamaliakamal
Fan Page : https://www.facebook.com/KamaliaKamalOfficial/ 
Fan Page 2 : https://www.facebook.com/thephotolicious/
Instagram : https://www.instagram.com/kamaliakamal/

Kalau korang ada bisnis online , atau juga seorang blogger mahupun minat dalam bidang media sosial ni , kalau nak melakukan perubahan... ni la masanya ! 

Terima kasih Kak Kay kerana sudi berkongsi ilmu ! 
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Banyak kali dah aku teringin nak ke Cafe Cerita Kambing, sejak mereka berpindah tempat dari Anggerik Mall. Tapi disebabkan aku tak beberapa gemar akan Shah Alam ni , maka aku hanya menanti masa saja untuk singgah makan. 

Apa yang membuatkan aku nak sangat singgah situ ialah disebabkan makanannya yang memang sedap belaka ! Aku tak tau la orang lain punya tekak camana tapi bagi aku , sememangnya nasi briyani Kambing di Cafe Cerita Kambing ni , power aaahh !

Dan semalam , seperti dijanjikan kepada wife dan adik ipar aku.. aku bawak semua ke sana walaupun ketika tu hari dah agak petang. Janji nak gi jam 2 petang tapi bengkel Videofon #KBBA9 abis lewat sedikit , makanya aku sampai di rumah mereka agak lewat. Heeee...

Terletak betul betul di sebelah Unisel, Seksyen 7 nun di Shah Alam , amatlah mudah mencarinya jika gunakan Waze... Search je Cafe Cerita Kambing dan pastikan alamat di Seksyen 7. Kalau ke sini waktu lunch atau makan malam.. amatlah berpuashati .... cam aku ! Huhuhuh... Berbaloi seharian kelaparan ! 









Ayam salai dia ! Fuhhh.... aku yang betul betul perlukan protein ketika tu , terasa berbaloi ahh ! Hahahahha... Nasi briyani dia , hurm.. tak tau nak cakap camana. Abis aku tambah berkali kali. Ke laut diet aku. Hahahaha.. 

Bukan calang calang tangan orang yang menyediakan makanan ni. Berpengalaman dalam bidangnya bukan sehari dua. Huhuhhh... Sebab tu sanggup gadaikan diet aku kali ni. Padahal dok bila gi review makanan kat hotel , aku menahan je tengok makanan. Tapi kali ni , gagal dah ! Rugi kalau tengok je. 

Satu dulang tu , 4 orang boleh makan. Harga baru RM45 ! Ada ayam dan daging. Set dulang seafood pon gitu gak. Wife aku yang sebelum ni kata Me'nate tu sedap giler , terus berubah pendapat dah. Sekarang dia kata kat sini lagi power.. dan paling penting , murah ! 



Aku pasti akan ke sini lagi ! Haaahaa.. aku tunjuk gambar makanan ni kat adik perempuan aku , terus dia ajak gi.. minggu ni gak ! Ditambah pulak bila tengok harga harganya. Murah aihhh ! Berbaloi baloi gitu.. 

Nasihat aku sebelum datang terutama kalau nak datang beramai ramai.. sila buat tempahan dulu. Parking mudah jer..  InshaAllah , untuk Ramadan nanti akan ada buffet ! 

Alamat : Kompleks Anjung 7 , Jalan Tungsten 7/23 , Shah Alam , Malaysia
Facebook : Cafe Cerita Kambing

**Isnin cuti. Hari lain buka dr jam 1130-2230. 


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes