BEN ASHAARI




Member aku , Badrul mesej aku.. Katanya diorang baru balik dari Eyes Vision Optical di Sungei Wang Plaza. Terkejut aku. Aku tanya la kenapa dia gi sana semula ? Bukan ke baru je pergi ? Jawab dia... wife dia nak cermin mata baru jugak ! 

Aik ?? Bukan ke baru je amik ? Dia gelak. Katanya tak aci dia je dapat spek baru ! Nampak kacak lak dengan design terbaru tu. Dia nak gak la. Senyum je la aku. Yelah , aku sendiri pun dah ada beberapa koleksi spek dari kedai tu. Murah kan ? Hahaha.. Tukar tukar la spek. Baru tampak kacak lagi bergaya walaupu rabun. Hahahaha.. 

Aku tanya la dia amik frame camana ? Hari tu amik frame Guess. Dah cukup cun. Kali ni apa lak ? Dia amik yang titanium Korean Design punya. Wuuuu.. KPOP rupanya. Hahahaha.. Terpengaruh gitu. Tapi betul gak la. Ramai je aku tengok gadis gadis pakai design gitu skang ni. Cun jer nampak dari jauh. Dari jauh la. Dari dekat tak berani nak tengok. Kang kata aku gatal lak. Hahahaa.. 

Aku tanya harga.. Dia kata RM250 jer. Huih ?? Frame titanium tahan lasak sekali kanta rabun , semurah tu ? Fuh... biar benar ??? Ni betul punya murah. Mungkin sebab dah selalu beli kot ? Ke memang murah ? Setahu aku memang la murah situ. Kena pandai cari dan bagitau berapa bajet kita. Pastu bodek bodek la skit. Hahaha.. Tu je tips dia. Kalau malas nak bodek , cakap je 'BEN ASHAARI  SURUH DATANG' ... Haaaa.. inshaAllah ok. Huhuh.. Cuba la.. tak cuba tak tau kan ?

Amacam ? Ok tak ? 





Siap dapat free kain pencuci spek anti kabus dan spray. Maklumlah , kan skang ni kena pakai face mask. Berkabus spek haa ! Hahahaa.. Bagus gak tu kan ? Alang alang dah membeli dapat free gift. Sapa tak nak kan ? Huhuh.. 

Dan best part.. dia pun amik satu lagi. Ray Ban ! Adeh.. Betul punya membeli. Tau la murah. Hahaha.. 

Nak tanya lebih lanjut pasal cermin mata , boleh je Whatsapp terus ke Mr. Jun. Lokasi di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. 

Eyes Vision Optical : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur

Follow : 
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Ketika Qhaliff usia 7 tahun, aku masukkan dia ke kelas badminton dan renang. Dua dua dia minat dan benar benar bagi komitmen. Tapi antara dua tu, dia lebih suka berenang. Main la tu. Budak mana tak suka main air kan ? 

Tapi sejak Covid 19 ni , kelas renang dia dah tergendala dan kelas badminton dia , aku dah batalkan sebab kelas dia tak beberapa tetap jurulatih. Asyik bertukar jer. Letih la anak didik nak ikut. Coach asyik tukar. 

Tiba-tiba lalu iklan ni kat Facebook. Qhaliff memang aku tau pun dia minat memanah walaupun tak pernah cuba. Ala.. dia semua minat asalkan bermain ! Cuba suh belajar ? Berpusing anak mata tu ha. Huhuh.. Tapi dia suka la belajar cuma tak la tahap taksub. Hehehe.. Sehari sekali je boleh. 

Ok.. SAAD ARCHERY SPORT CENTRE ni terletak di AEON Mall , Shah Alam. Jauh dari rumah aku tapi kalau kelas seminggu sekali , ok je kot ? Heeee.. Kasi dia belajar fokus dan lebih berkeyakinan. Dan lebih tepat lagi , belajar erti kekalahan. Macam aku. Lebih lagi kalau ada awek cun lalu depan mata. Hilang terus fokus. Bukan sebab nak ngorat tapi sebab dia cun. Nak salah sapa kan ? Hahahaha.. Aku suka tengok sesuatu yang cantik. 

Ahaa.. ada 10 lanes katanya. Besar la kan ? Ni kalau buat gathering blogger kat sini..fuh, mantap ! 






Katanya, bukan jurulatih calang calang yang ajar kat sini. Kata sapa ? Kata di web mereka la. Heheheh.. Aku tak gi lagi. Maka tak leh nak komen lebih. Last aku memanah  berparut kat lengan aku. Hahahaha.. Teknik tak betul la tu kot ? 

Harga ? Aku tak jumpa lagi. Jadi ahli murah la kot ? Tak pe, tak pe.. nanti aku cuba gi usha kat sana. Dapat seround dua memanah pon best gak, kan ? Kena bawak Qhaliff gi try sama. 

Web : https://www.saadarchery.com
Facebok : https://www.facebook.com/SAADarchery/

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Mula-mula aku ke Sungai Tekala. Dari Sepang, ikut Bangi Lama kemudian ke Semenyih dan seterusnya ke Sungai Tekala. Hari ni cuti umum. Jalan lama dipenuhi dengan geng basikal. Hurm.. Geleng kepala je la. Dah macam geng rempit lak ! Maaf la yer.. Diorang bergerak berkumpulan. Bayangkan jalan lama tu kecik dua lorong. Kalau diorang dah amik jalan kita, nak tak nak kena masuk lorong bertentangan. Faham faham je la situasi ni. Penat nak cerita. Tunggu ada kes kemalangan , baru ada pihak nak buka mata.. Selagi belum ada , lantak la kan ? Tak kena kat kita.. ok laa.. 

Sampai Sungai Tekala.. Ramai dah. Kereta parking di luar. Sungai Tekala ni aku suka sebab kenangan sewaktu kecil. Arwah ayah aku suka bawa sini berbanding Sungai Congkak. Tak dinafikan Sungai Tekala gempak skit pada aku ketika tu sebab banyak ikan. Boleh tangkap ikan dan udang. Heee.. Sekarang tak tau la..

Sayangnya , kereta kena parking luar ! Aku rancang nak bukak khemah kat sini. Anak anak suka berkhemah. Saja la tanam sikap cintai alam semulajadi pada diorang. Maka terpaksalah bergerak ke Sungai Congkak. Amik masa dalam 40 minit lagi. Huhuh.. Matahari dah mula naik. Aku harap tak ramai kat sana dan hari tak hujan. 

Dan sampai... Chalet chalet kelihatan penuh. Tapi aku tak nak lepak chalet.. Terus masuk ke bahagian dalam. Kena daftar dan bayar RM17. Nak cari port tak ramai orang. Heee.. senang. Tak bergaul dan risau part Covid 19 tu.. Heee.. kena amik kira gak tu kan ? 


Beratur untuk daftar dan bayar yuran masuk 




Syoknya.. korang dibenarkan memasak di sini dan juga pasang khemah . Disediakan tempat berkhemah dan juga memasak. Bagus kan ? Tong sampah disediakan.  Plastik sampah kelihatan baru. Maksudnya terurus la tempat ni. Bersih ! Tandas je aku tak pasti camana keadaannya. Heee.. 

Makanan... awal pagi wife dah masak. Aku tak plan nak masak kat sana. Saja tak nak. Kalau nak masak , mesti masak makanan yang segera atau mudah. Nak BBQ , kena ada geng ramai.. Baru syok.. kan ? Huuuhu.. 

Alhamdulillah.. ramai je orang dan masing masing menjaga kebersihan. 




Tak boleh nak mandi sangat aku. Airnya terlalu sejuk ! Mengigil dibuatnya. Si Qhaliff dan Zahra seronok abis. Aariz ? Hahahaha.. mamat ni mana tahan sejuk. Mengigil abis dia tapi tak nak naik. Tapak tangan dah membeku. Huhu.. Camana la nak bawak gi Jepun macam ni.. 

Sungai Congkak ni terletak di Hulu Langat. Dah cukup lama tempat ni. Rasanya aku usia 10 tahun dah wujud tempat ni. Dan airnya tetap bersih dan jernih. Sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga ke sini. 

Gerak balik dalam jam 1 petang. Tak lama pun sebab tak nak budak budak ni demam. Main air skit skit dah. Hee... Saja tunai janji bawak ke sini. 





Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Tu dia ! Bila aku post gambar ni di Facebook , ada yang mesej tanya bagaimana aku lakukan ? Huhu.. Begitu ketara kan ? Dengan perut membulat sebegitu sekali.. hilang jadi rata ! Apakah dalam seminggu ? 

Jawapannya.. tak ! Aku lakukan dalam masa seminit jer ! What ???? Camana ? Alaa... kembungkan je la. Bukan susah. Tahan nafas dan snap la gambar sekeping. Nah , mesti ramai percaya punya ! Dan ada yang ketawa sebab perubahan ni berlaku. Maklumlah.. ehehe... paham paham je la kan. 

Gambar boroi tu , tahun 2018 seingat aku. Ketika tu gi review sebuah hotel. Baru lepas lunch. Makan banyak... Tapi tak la banyak mana pun. Cuma mampu buat bila aku kembungkan perut tu, nampak begitulah. 

Tapi yer.. aku pernah boroi satu tika dulu. Sebab aku stop gym untuk beberapa bulan selepas kelahiran Zahra. Tunggu Zahra besar skit , pastu baru kembali ke gym. Apakah yang aku lakukan ? Sebenarnya bersenam bukanlah keutamaan dalam menurunkan berat badan. Kita kena faham yang tu. Masalah berat badan naik ni berpunca dari cara diet pemakanan kita. 

Apa yang kita makan dan bagaimana kita membakar kalori itu ! Haaa.. ni kita kena faham ! Kalau tak faham yang ni, maka boroilah kita. Kemudian , barulah bersenam. Tak perlu gi gym pun. Kat rumah boleh dah.


Fahami kalori. Penggunaan dan bagaimana nak membakarnya. Tengok gambar diatas ni dan bayangkan jumlah masa diambil untuk membakarnya. Bayangkan betapa lamanya bersenam untuk membakar sejumlah kalori ! Dan bayangkan jika makanan yang kita amik ari tu, walaupun kecil tapi kalorinya tinggi !

Amil contoh la.. Makan french fries jenama popular tu. Tau berapa tinggi kalorinya ? 312 kalori. Berapa lama korang nak kena berjalan kaki untuk membakar semula kalori yang masuk dalam tu ? Haa.. cer kira. Apa jadi bila kalori tak abis dibakar ? Haa, tu la dia... jadi lemak dalam badan.

Cer tengok cara nak membakar kalori dalam badan kita...



Kena rajin buat kajian sedikit mengenai apa kita nak makan. Bukan tak boleh nak makan pun.. Makanlah. Tapi berpada pada dan kena tau apa yang kita nak makan terutamanya bila nak turunkan berat badan. Disiplin pemakanan tu nombor satu. Kemudian barulah bersenam. 

Hindari makanan makanan proses terutamanya. Masak sendiri dan pastikan bahan yang nak digunakan tu, bahan yang berkualiti seperti minyak zaitun untuk masak. Kemudian , kurangkan gula dan kalau boleh stop buat sementara waktu.. Stop untuk selamanya pun lagi bagus. Sesekali je amik. Dan elakkan makan di luar. 

Paling penting... makan selepas jam 6 petang. Lihatlah perbezaan kalori. Dan apa kita makan sebelum tidur ! Bahaya kalau salah makan. Amik je buah buahan jika lapar. Tidur awal sebaiknya. Dapatkan rehat secukupnya. 





Jaga makan dan awal pagi tu.. bawak bawak bersenam sedikit selepas solat subuh. Tak perlu lama pun. Sekejap je. Amik yang mudah seperti Jumping Jack , Burpree dan High kness. Oh ya, Mountain Climber pun bagus sangat. Google je. Bersepah ada video mengenainya. 


Kemudian belajar sedikit mengenai kandungan pemakanan yang tertera di label bungkusan makanan tu. Jangan main bedal je beli. Tengok kandungan gula , lemak dan sebagainya. Banyakkan membaca dari menonton untuk memahami.

Itulah tips serba ringkas. Kalau serius nak turunkan berat badan, dapatkan sifu. Biar betul sedikit ajaran. Biar turun berat badan disertai dengan kecergasan. Baru nampak fit dan mantap. Jangan turun berat dengan badan yang gelebeh. Tak cantik.

Ok ? Korang boleh punya.. Jangan lepak malam dan hindari kawan kawan yang tak support kita. Heee. Ramai kaki jarum ! Ingat.. bila kita sakit , mereka datang ziarah ketika dah nazak je. Huhuhu.. Tu pun untung dia datang time tu.. Ada yang tak datang langsung. Heee..



Pandai pandai pilih yang terbaik untuk diri kita. Ingat, menjaga kesihatan juga adalah ibadah. Dan ingat yer.. sabar dalam menurunkan berat badan. Bukan sehari dua hasilnya. Yang penting , kita sihat. 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Wife tunjuk gambar ni kat aku. Ketika tu ada sale di Lazada. Harga dalam rm186 kalau tak silap aku. Tapi aku tak nak lagi. Masih mahal. Kalau bawah RM100 , baru leh angkat ! Hahahaha.. Bukan tak pernah beli bawah RM100 pun.. Tapi masa tu kat JPO kalau tak silap aku.  Murah la.. Dan syok pakai. 

Kelmarin , aku ternampak sandal jenama ni di Lazada. Uih... tu dia ! Murah benar. Tapi aku berhati hati. Selepas baru ni aku beli snow cap Under Armour di Lazada dengan harga murah , aku memang perlu berhati hati dengan seller dari China ni. Kena baca betul betul ! Atau.. hampa ! Yer , snow cap aku dapat tu, menghampakan. Adeh.. 

Aku baca review dari mereka yang pernah beli sandal ni.. Yang harga murah ni. Yang harga atas tu , memang dapat review bagus tapi yang bawah ni.. heheee... Memang mendukacitakan sama sekali. 




Amik kau ! Satu bintang dia kasi. Hahahah.. Sah sah la bukan original ! Tapi dia punya harga.. huhu.. Leh tahan mahal. Kalau harga bawah RM50 ok la.. Dah la tu, letak gambar gitu. Aish.. Ada je seller dari China ni yang jujur. Bagus jer. Cuma kena hati hati memilih. Salah pilih , tepuk dahi ! Heee..

Di Lazada , makin banyak barang tiruan. KPDNHEP tak leh nak pantau kalau gini. Tapi apa pun , tetap perlu ada pantauan. Sebab macam macam ada jual termasuklah barangan permainan seks ! Hurm.. bayangkan anak anak bawah umur kita yang dah pandai tu, beli tanpa pengetahuan mak ayah. Camana ? 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes