BEN ASHAARI




Sahabat rapat aku mesej. Katanya ibu bapanya di kampung dijangkiti Covid 19. Aku telefon dia. Dan dia pun bercerita. Mereka ni peniaga kedai runcit. Memang dari golongan berisiko tinggi. Ibu bapanya sudah berusia. Runsing ? Memang la. Tapi dia bersyukur sangat ! Kenapa ? Kedua ibu bapanya sudah mengambil vaksin. Ibunya , lengkap dua dos. Manakala bapanya satu dos dan sepatutnya dalam minggu ni dapat dos kedua
. Kedua duanya vaksin jenis Pfizer.

Gejala bermula dari ayahnya yang demam secara tiba tiba dan juga keletihan. Hari kemudian, dah sihat. Ibunya pula cirit birit. Sekali jer. Pastu takda apa apa dah. Anak anaknya menasihati mereka untuk membuat swab test. Demi untuk keselamatan semua. Dan ya, mereka positif. Punca ? Tak tau dari mana tapi menurut si ayah tu.. memang dalam satu minggu tu , ubat demam laris di kedai ! Huhuh..

Mereka dihantar ke pusat kuarantin. Sedih ? Ya.. mestilah. Masing masing risau. Tapi bersyukur, si ayah takda gejala dah. Manakala ibunya pula cuma selsema skit.  Gejala lain takda. Alhamdulillah. Mereka di tempat yang betul di bawah pemantauan kakitangan perubatan di sana. 

Semalam Aidiladha. Rakyat Malaysia dengan cerita tersendiri. Si ayah di pusat kuarantin dapat solat sunat Aidiladha berjemaah dan makan beramai ramai di sana. Ada ramai kawan kata si ayah. Macam macam golongan ada. Suara kegembiraan kata kawan aku ni. Begitu juga ibunya. Juadah raya dihidangkan. Berselera makan masing masing. Dari duduk rumah takda sapa sapa.. anak cucu tak dapat balik. Kesedihan. Nah... di pusat kuarantin , ada ramai kawan kawan sebaya. Alhamdulillah... lega di hati anak anak. Namun mereka masih memantau keadaan kesihatan setiap masa.

Baca juga SELAIN MENGAMBIL VAKSIN , INI LAGI YANG PERLU ANDA LAKUKAN LAGI !

Swab test kontak rapat.. anak dan cucunya yang tinggal bersebelahan. Alhamdulillah, negatif tapi masih perlu dikuarantin dan tunggu untuk swab test kedua. Baru boleh merdeka. Gejala, tiada. Alhamdulillah. Lega masing masing. Menangis si ayah mengetahui berita tu. Bersyukur sangat. Yer, risau ! Apatah lagi bila melibatkan anak anak kecil. 

Bagi aku, hikmah buat mereka. Kedai ditutup seketika. Mereka dapat rehat. Dapat solat berjemaah. Ada teman teman bicara. Terubat kerinduan. Nah... ditambah lagi dengan keadaan sekarang ni  yang mana ada perantau yang 'berjaya lepaskan' diri  pulang ke kampung. Kita tak tahu kondisi mereka bagaimana. Apatah lagi jika mereka tu dari Kuala Lumpur atau Selangor yang sedang panas dengan varian Delta ! Allahuakhbar ! Dan bayangkan jika mereka ini singgah di kedai runcit mereka ! Tak kena pada mereka, kena pada pelanggan lain ! Camana tu ? 

Dan ini satu lagi kes melibatkan kawan rapat aku. Dia seorang AJK masjid. Lengkap 2 dos Pfizer. Latar belakang, ada penyakit darah tinggi dan juga kencing manis... seingat aku. Alhamdulillah.. sihat sampai sekarang. Nak dijadikan ujian buatnya, salah seorang AJK masjid dia , tak sihat. Disuruh buat swab test , takut. Tak nak ! Akhirnya dia sendiri yang bawa kawan dia tu ke Klinik Kesihatan untuk membuat swab test. Tapi BERSYARAT. Walaupun dia dah ada vaksin , SOP KETAT dilaksanakan. Dia pakai double facemask dan pakai pelindung muka. Begitu juga kawan tu. Duduk dibelakang. Buka tingkap kereta.  Dan selepas selesai urusan, dia bersihkan keretanya betul betul. 

Kawan tu, disahkan POSITIF Tahap 4 ! Dimasukkan ke dalam wad. Manakala kawan aku tu buat swab test... NEGATIF. Dan yang paling penting, kawan yang dijangkiti tu, dah pun sembuh. Jika terlewat hantar.. entahlah nasibnya...

Apakah kerana VAKSIN ? Vaksin tu cuma membantu. Yang penting ialah kita sendiri. Minta perlindungan  dari Allah.. berdoa dan kemudiannya , kita patuhi SOP ! InshaAllah.. bukan kita je selamat.. tapi ramai orang akan terselamat. 

Mak aku sendiri pun dah lengkap 2 dos. Dia sama tarikh pengambilan vaksin dengan aku. Kami dah pun lebih dari 14 hari yang mana menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, dikira lengkap vaksinasi namun aku jaga SOP setiap kali keluar dari rumah !




Tak kira la dekat atau jauh.. mahupun dihantar sampai depan rumah , aku masih ikut perlu berhati hati. Bukan saja mampu lindungi aku dan keluarga tapi jiran tetangga juga aku perlu  jaga. Kita kena jaga kita ! Jika kita nak kembali 'merdeka' dengan norma baru.. ini sajalah caranya. Dan aku selesa dengan cara begini sebenarnya. Pelik ? Lama dah aku pakai face mask. Sejak jerebu. Udara tercemar dengan kekotoran yang manusia sendiri buat ! Huhuhu..

Nasihat aku.. jika korang ada gejala , cepat cepat buat swab test ! Kemudian kuarantin diri ! Ini penting sangat untuk dilakukan. Jangan takut. Tindakan awalan adalah sangat penting. Jangan tunggu dah melarat baru nak dapatkan bantuan. 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Setiap kali ada kes melibatkan vaksin, aku jadi cuak ! Alamak... camana ni ? Nak ambil ke tak ? Aduh... takut ? Mestilah.. Macam macam cerita ada pasal mereka yang dah amik vaksin ni ! Bila ada baca kes kematian atau mereka dimasukkan ke dalam wad kerana vaksin, aku nekad tak nak amik dah ! 

Tapi bila aku tengok rakan rakan yang juga barisan hadapan dah ambil dua dos.. mereka hidup jer sampai sekarang ! Takda masalah pun ? Termasuk juga sahabat aku yang juga dah selesai dua dos. Alhamdulillah. Sihat jer. Rezeki buat mereka. 

Aku nekad selepas tu.. aku setuju untuk ambil vaksin. Sesungguhnya aku ambil vaksin tu bukan sebab takut nak mati tapi nak bantu kerajaan untuk putuskan rantaian Covid 19. Dan yang penting , aku bukan bergantung harap pada vaksin tu untuk pastikan aku terus hidup tapi pada diri aku sendiri ! 

Berkali kali aku baca di media sosial mengenai pesanan KKM ! Selepas dapatkan vaksin, teruskan ikut SOP sehinggalah rantaian  Covid 19 benar benar terputus. Tapi aku nampak ramai yang leka dan lalai. Tengok saja Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia setiap kali live di media. Dia dah ada lengkap vaksinasi tapi masih tetap ikut saranan menjaga SOP. Dua pelitup muka dan juga pelindung muka ! Alhamdulillah.. Menteri ? Sapa suruh ikut diorang... Kita ikut yang bijak pandai jer. 


Perlu kita tahu, kita masih boleh dijangkiti virus. Peranan vaksin bukanlah melindungi tubuh daripada virus tetapi mengurangkan tahap keseriusan jika berlakunya jangkitan Covid-19 yang boleh membawa kematian. Sekiranya kita dijangkiti Covid-19 selepas menerima vaksin, jangkitan tersebut tidak seteruk seperti kebiasaannya. Sekiranya jangkitan itu sederhana, ia akan mengurangkan kadar kebolehjangkitan kepada pihak lain dan seandainya berlaku juga jangkitan, ia berlaku pada kadar lebih sederhana, 

Apa yang aku kena buat selepas dah lengkap vaksin ialah tingkatkan penjagaan kesihatan yang berterusan. Jaga makan itu yang penting. Kerap bersenam. Jangan stress stress ! Kena senantiasa pantau tekanan darah dan denyutan nadi. InshaAllah. 


Bukan apa.. aku nampak di media sosial,  ada yang dah amik vaksin.. serupa dah merdeka ! Makan tak jaga. Bersenam jauh sekali. Kemudian serabut dengan kehidupan harian. SOP ? Ke laut dalam.  Lagilah.. Jap ikut , jap tak. Lebih pada takut nak kena kompaun dari kena virus ! Hurm... Nak tegur ? Siapalah aku untuk menegur. 

Aku masuk di satu chanel Telegram. Aduh.. pening kepala aku. Sibuk dok kata dah dapat dua dos , untunglah. Dah dapat Pfizer.. untunglah.. Boleh pergi cuti sana sini ! Adeh.. itu dalam kepala dia ke ? Selagi dunia belum selamat... kena tolak tepi semua tu. Takkan nak gi bercuti dengan pakai tangki oksigen kot ?

Aku bagi nasihat ni bukanlah tanda aku dah betul dah. Sekadar ingatkan jer. Andai aku nak pergi juga, maka pergilah. Tapi janganlah disalahkan kerana vaksin. Kita sendiri nak kena tau kemampuan diri kita. Kalau rasa tak sihat atau tak sesuai.. masa nak cucuk tu, kasi tahu la kondisi badan kita. Pastu jagalah kesihatan. Kita bukan cucuk ilmu kebal dalam badan. Sekadar membantu untuk melindungi dari kena jangkitan. Selebihnya kita berserah pada Allah.. Banyakkan berdoa. Yang penting kita bukan nganga dan tunggu SIHAT tu sampai depan mata.

Jaga SOP. Jaga KESIHATAN. Makan tu , perlu seimbang. Elakkan makanan yang mampu beri kemudaratan. InshaAllah. Ingat. kita bukan saja lindungi diri kita tapi juga keluarga tersayang.

Semoga Allah lindungi kita semua. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Terasa lega sedikit di hati. Setiap pagi aku naik ke bilik atas dan menikmati cahaya mentari dan menghirup udara segar. Rindu nak brisk walk pagi pagi. InshaAllah.. Mukim aku ni pun dah 'dilepaskan' dari PKPD dan dibenarkan untuk berjogging bersyarat. Tak pe.. janji boleh berjalan untuk hilangkan kemurungan. Yer, kemurungan sebab melihat ramai kenalan seorang demi seorang.. termasuk keluarga disahkan positif. 

Tapi semalam, KKM keluarkan data terperinci. Menarik nafas lega aku. Yelah , selama ni aku ingat kes berbelas ribu ni semuanya dalam kategori merbahaya. Dirujuk pada gambarajah yang disertakan.. Alhamdulillah.. tahap 1 dan 2 tu yang buat berbelas ribu. Dan tahap 1 dibenarkan kuarantin di rumah.  Yang tiada bergejala. Diharap mereka ikuti SOP yang diberikan. InshaAllah.



Walaubagaimana pun. kita kena tetap berhati hati terutamanya varian Delta sekarang ni yang dikatakan sangat merbahaya. Mampu menjangkiti orang lain dalam tempoh 15 saat jer. Maka gunalah face mask , kerap cuci tangan , jarakkan diri dari orang lain untuk elakkan diri dari dijangkiti. Bukan apa.. aku baca status kawan kawan , ramai yang kata tak tau dari mana dapat.. ada yang duduk rumah je pun dapat tapi kita kena tau... mesti ada punca ! Bukan senang senang dia nak mai masuk rumah gitu je. Mesti ada yang bawak masuk. Haa ! Apa pun kena 200% berhati hati. Tak kena , Alhamdulillah. Kena , memang serabut ! Kalau tidak melibatkan orang lain , ok la.. Sian pada yang ada anak kecil tu je la nanti. 

Berdasarkan gambarajah , kluster yang bikin naik tahun ni adalah dari kluster komunti. Balik kampung masa cuti sekolah , Ramadan dan Raya hari tu memang bikin negeri negeri hijau menjadi merah. Kemudian menjangkiti mereka yang bekerja. Nah... memang naya tul ! 

Maka, Raya Haji bakal menjelang... ada yang cuba nak balik kampung tu.. tolong la jangan kasi mereka sampai ke depan rumah. Perembat mereka balik ke tempat asal ! Tak kisah la dia sihat sekali pun.. suruh je diorang balik ! Cukuplah pengalaman Raya Aidilfitri yang lepas dijadikan pengajaran. Contoh yang aku dengar di satu tempat ni. Memang jadi kluster berbulan bulan dek kerana satu hal jer ! Ramai kehilangan nyawa lak tu. 




Sama sama kita teruskan berdoa. Semoga Allah lindungi Malaysia tercinta ini. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Semalam wife terpaksa keluar untuk ke Pusat Pemberian Vaksin di Sepang. Macam macam peringatan aku berikan pada dia berdasarkan pengalaman aku. Walaupun situasi aku dengan dia pasti berbeza tapi sedikit sebanyak akan dapat membantu dia. 

Jangan sesekali buka face mask ! Pakai double !  Guna face shield ! Aku rasa dia lebih arif dari aku sebab dia yang kerap keluar rumah untuk ke pejabat berbanding aku yang keluar gi beli roti untuk anak anak.




Jangan berbual di sana. Jangan pegang apa apa termasuk telefon pintar orang lain walaupun dia mintak tolong amikkan gambar ! TERPAKSA ! Keutamaan diri ketika ini sangatlah penting. Kita pun nak tolong dia juga. Elakkan dari terkena jangkitan. Katanya ada yang mintak tolong ambilkan gambar tapi dia terpaksa menolak dengan baik. Terasa kejam katanya. Aku pujuk dia mengatakan tindakan dia dah betul. Walaupun dia mungkin akan sanitize telefon tu.. tapi apa akan terjadi jika dia terlupa ? Sedangkan ketika mengadap Allah pun kita boleh terlupa rakaat.. ni kan pulak nak buat benda yang jarang kita buat..sanitize handphone ! 

Dan paling penting kerap cuci tangan dengan sanitizer bila berada di sana. Borang vaksin pun dia dah isi dari rumah lagi. Senang. Tak payah nak buang masa kat sana. Katanya orang ramai tapi segalanya berjalan lancar.

Sejujurnya , jantung aku berdebar. Takut.. risau.. macam macam ada. Setiap hari aku membaca posting kenalan yang positif Covid 19. Bukan dia saja. Malah ahli keluarga turut terlibat. Aku pandang muka anak anak... Ya Allah ,kita sedang berperang dengan musuh yang tidak terkelihatan ! Senantiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan si isteri dan lindungi dia.

Hanya ini saja wife mampu jadikan kenangan. Nasib baik dia bukan jenis suka bergambar.

Anak anak lak.. aku tak memaksa sangat berPdPR. Belajar je ikut masa tertentu dan biarlah mereka bermain sesama mereka. Si Aariz kerap dok datang tanya pada aku bila boleh pergi hotel lagi. Kesian dia. Dia paling jarang dapat bercuti ke hotel berbanding abang dan kakak dia. Huhuh.. 

" Nanti virus dah takda, kita pergi yer.. " pujuk aku. 

" Ooooo... ada virus banyak yer ? Takutnyaaa.. " Terus dia tutup hidung dia. Dalam hati aku, sebak. Terus aku usap kepala dia. Ya Allah... lindungilah kami dari wabak yang merbahaya ini. 

Aku buka Telegram. Di situ aku sering baca perkembagan terkini. Ada yang hantar video Tik Tok Hari Raya. Rindunya suasana tu. Kalau dulu , kita akan sedih sebab tak dapat pulang beraya.. tak dapat beraya dengan mak ayah yang telah pergi dahulu tapi kini suasananya amat berbeza. Seperti berperang ! Duduk rumah diam diam. Keluar bila nak cari barang dapur atau yang terpaksa bekerja demi sesuap nasi , mereka 'berkorban nyawa'.  Semoga Allah murahkan rezeki buat mereka.


Merenung luar jendela.. 45 tahun umur aku. Dulu arwah ayah sering bercerita mengenai waktu kecilnya. Perang Jepun dan juga bagaimana Komunis mengancam nyawa mereka. Setiap kali kenderaan kami melalui Balik Pulau, Pulau Pinang... itulah yang akan dia cerita.  Ketika tu aku masih kecil lagi. Mampu angguk jer. Katanya lagi , ubi kayu jadi makanan utama. 

" Hangpa beruntung. Lani semua dah aman. Damai.. " katanya. 

Kini aku dan anak anak sedang lalui. Walaupun tiada senjata tapi musuh sangat merbahaya dan kejam ! Aku menunduk sayu. Anak anak aku akan ceritakan pada anak anak mereka satu hari nanti bagaimana mereka lalui sangat sangat getir melawan virus ! Tak dapat pergi sekolah. Tak da kawan. Setiap hari buat benda sama. Makan apa yang ada. Tu pun nasib baik ada makanan. Yang terpaksa catu makanan  ? Allahu Akhbar..

Tak pe la nak.. Daddy tak nak paksa korang duduk belajar lama lama depan laptop tu.. Buat masa ni, belajarlah yang asas dulu. Membaca, menulis , mengira , solat , mengaji... InshaAllah, selesai semua ini.. kita sama sama belajar untuk berjaya yer ! 

Yang penting , kita kena 'survive' dulu ! 






Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Alhamdulillah. Panjang umur aku lagi untuk mengadap laptop dan bercerita mengenai isi hati dan perasaan aku. Nak meluahkan segalanya di media sosial , rasanya tak tersampai. Sedih. Pilu. Syahdu. Perasaan bercampur baur. Yer, bukan aku jer. 

Setiap hari aku melihat Memories di Facebook. Apa yang aku buat hari ini , di tahun tahun sebelum. Bawa anak anak pusing taman berbasikal. Gi makan di restoran. Bercuti di hotel.. Keadaan sudah jauh sangat berbeza ketika ini. Mungkin inilah perasaan mereka yang mana negara mereka dalam peperangan ? Mungkin inilah perasaan mereka yang mana hari hari mereka menghadapi kebuluran ?

Tak sangka kan ? Macam dalam filem yang biasa kita tengok. Tu pun masih ada yang 'tidur' dan anggap semua ini mimpi. Yer , bangkitkan aku selepas September berakhir. Mudah gitu... Huhuh...Lebih lebih lagi sekarang kes dah lebih 10 ribu sehari. Kematian sudah beratus ratus sehari. Nak keluar rumah pun takut. Nak jumpa orang pun takut. Dah jadi paranoid. 

Tapi kehidupan perlu diteruskan. Dengan syarat yang cukup ketat ! Cukup ketat. Mungkin untuk 3-5 tahun ? Siapa tahu ? Berapa lama sekali pun , yang penting ialah apa yang ada di depan kita sekarang. Itulah saat yang paling berharga. Jika yang dah berkeluarga seperti aku.. habiskanlah masa dengan anak anak.  Siang hari , didik mereka ala kadar. Jangan ditekan. Jangan dipaksa. Mereka pun ada perasaan dan juga tau erti tertekan. Mereka memberontak tanpa kita ketahui. 




Nak luangkan masa dengan anak anak ni , ada banyak cara. Boleh cipta permainan bersama mereka. Kita kena kreatif. Mereka harapkan kreativiti kita untuk bermain. Jika tidak , gajet akan jadi pilihan mereka kembali. Diorang pun bukan nak main gajet sangat tapi bila dah tengok mak ayah sendiri gitu.. apa pilihan mereka ada. Bermain sesama mereka pulak akan bergaduh. Kita jadi marah. Nah.. camana tu? 

Kita tak tau berapa lama masa kita ada. Esok lusa ? Hargai.. dan nikmatilah dengan sebaiknya. Semoga Allah lindungi kita semua. Kepada semua frontliners , semoga Allah rahmati anda. Kepada mereka yang dipilih rakyat untuk memimpin tapi anda sangat pentingkan diri sendiri... semoga Allah memberi balasan setimpal buat anda.

Ya Allah..
Jika ada di antara kami yang sedang sakit, sembuhkan mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang berduka, gembirakanlah hati mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang dalam kesempitan, luaskanlah rezeki mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang buntu, berikanlah mereka kelapangan fikiran. 
Jika ada di antara kami yang sedang mencari pekerjaan, berikanlah mereka pekerjaan yang halal.
Jika ada di antara kami yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, kurniakanlah mereka rezeki anak soleh dan solehah buat mereka.
Jika ada di antara kami yang keras hatinya dalam mengerjakan ibadahmu, lembutkanlah hati mereka. Jika ada di antara kami yang sesat dan keliru, tunjukkanlah mereka jalan yang benar.. 

Ya Allah.. 
Angkatlah wabak Covid19 ini dengan kadar segera.. kami semua ingin kembali ke beribadah di masjid, menjalani kehidupan seharian seperti biasa, bersilaturahim dan berada dalam ketenangan tanpa wabak ini.. 

 Ya Allah.. Makbulkanlah permintaan kami ini.. Aamin ya Rabbal Alamin 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes