BEN ASHAARI



Alhamdulillah... Hari ni sudah masuk hari ke 5 selepas trip gelembung pelancongan bersama Ben & Nash Adventure Holidays. Sejujurnya , aku memang agak gementar nak ikut trip ni. Maklumlah, dengan peningkatan kembali kes positif Covid 19 , sapa tak takut kan ? Bukanlah takut mati tapi kita tak nak membawa pulang penyakit ni ke rumah dan seterusnya menjangkiti ahli keluarga yang lain mahupun kenalan kita ketika di tempat kerja. Tapi aku yakin, sahabat aku , Mr. Nasarudin atau Mr. Nash dapat memastikan para peserta trip mematuhi SOP dengan sebaiknya. Untungnya yang pergi trip ni , semua jenis bijaksana. Mereka adalah tour guide yang berpengalaman di dalam dan di luar negara. 

Sepanjang trip ni, aku dapat lihat sendiri la keadaan semasa di beberapa tempat awam. Ketika di hotel, bagaimana pihak kakitangan hotel yang begitu komited menjaga SOP. Begitu juga ketika makan di luar atau dine in. Sesungguhnya aku pertama kali nak dine in setelah berbulan bulan tak dine in di luar ! Gementar nak tanggalkan face mask serupa nak tanggalkan baju di khalayak ramai ! Hahahaha. 

Malah ketika beriadah di tempat terbuka, aku masih berusaha untuk memakai face mask. Walaupun dikatakan selamat untuk membuka face mask ketika beriadah , aku tidak berani sama sekali mengambil risiko. Memilih jalan selamat, adalah yang terbaik untuk aku buat masa ini. Dan sebaiknya, aku tak nak leka sama sekali. Maklumlah, kang dah sedap buka.. terasa selesa sampai terlupa nak pakai kembali ! Biarlah begini..







Dan sepanjang perjalanan trip tu, aku memandu bersama rakan aku. Di dalam kereta , kami masih lagi memakai face mask dan cermin tingkap diturunkan agar ada pengudaraan. Begitu juga di bilik hotel. Pintu dibuka untuk memastikan ada pengudaraan yang baik sebelum face mask ditanggalkan. Jarak memang dah jarak. Alhamdulillah.. Kita jaga kita.

Cuma sayangnya.. apa yang aku nampak ialah punca punca kenaikan kes Covid 19 ni adalah bermula dari kelalaian orang awam sendiri. Sudahlah buka face mask kemudian berkumpul di tempat ramai orang ! Sudah la ramai orang pastu tempat tu tertutup dan tidak luas ! Contohnya , di dalam restoran atau tempat riadah. Dah tau ramai orang , carilah tempat lain atau pakailah face mask tu ! 

Walaupun kita tau.. ramai kenalan kita yang dah pernah dijangkiti Covid 19 ni, sembuh tapi janganlah kita lupa yang setiap hari , berpuluh puluh orang terkorban kerana virus durjana ini ! Jangan pandang ringan. Tak kira la samada dah ada vaksin atau tidak, teruskan jaga SOP kita. Walaupun dengan orang yang sihat , kita tetap kena jaga. Kita tak tau apa yang berlaku 5 hari sebelum ini. Hari ni dia sihat , esok lusa tiba tiba dia demam.. rupanya dah dijangkiti 2-3 hari lepas cuma belum ada simptom ! Baru kita nak kelam kabut ! 


Cuti sekolah akan datang. Pakar kesihatan dah bagitau , kes akan kembali naik ! Yer.. tak mustahil. Balik kampung.. bercuti sana sini ! Fikirlah untuk hari mendatang. Tunjuk contoh yang baik pada anak anak kerana mereka akan lakukan ketika di sekolah nanti ! Kita sebagai ibu bapa , wajar tunjukkan pada anak anak bagaimana nak melindungi diri di zaman pandemik ni. 

Biarlah orang nak gelakkan kita dek kerana kita ikut SOP. Kita , teruskan jaga supaya orang lain selamat kerana tindakan kita.. Mulakan tahun 2022 dengan senyuman.. cukuplah 2 tahun kita dalam kegelapan... itu pun jika kita nak ubahnya.. atau kita akan terus bawa tahun 2021 ke tahun 2022 !  





 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aktiviti mencabar fizikal sememangnya menjadi tarikan utama dalam trip yang dirancang oleh Ben & Nash Adventure Holidays. Jangan risau... semua peserta diinsurankan ! Termasuk dalam pakej. Dan dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dan profesional. Haaa.. Bukan main cuba dan redah je tau.

Dan yang penting, aktiviti bukan untuk menguji fizikal tetapi memberikan pengalaman baru dan yang berinfomasi. Contohnya , pada hari ke 3 trip ni , para peserta dengan bantuan PESONA SEREMBAN dibawa ke Bukit Melati, Nilai.

Sejujurya.. aku yang tinggal berhampiran Bukit Melati ni , tak tau langsung akan keistimewaan bukit ni pada para pendakinya. Tapi selepas bertemu dan mendengar sendiri dari peneroka Bukit Melati ni iaitu Dr. Joe , barulah aku tahu akan kelebihan dan keistimewaan bukit ini ! Patutlah yang datang sini kebanyakkannya mereka golongan berumur dan  ada sakit kronik ! 

Secara ringkasnya.. trail bukit ini dibuat adalah bertujuan untuk mengubat sakit sakit tertentu ! Haaa ! Terkejut ? Aku pun...  Kalau dengan sendiri penerangan dari Dr. Joe , mesti korang akan teruja punya. Pesakit pesakit Dr. Joe akan dibawa ke sini dan mendaki bersama samanya. Sakit jantung , stroke antara penyakit yang dirawati oleh Dr.Joe. Bukan calang calang yer yang datang jumpa dia. Dari luar negara pun ramai. Bayangkan.. ada pesakit stroke dibawahnya, siap dah lepas naik Gunung Kinabalu ! 






Selepas bersenam sambil belajar di Bukit Melati, para peserta kembali ke Nilai Spring. Di situ, para peserta diberi pengalaman baru termasuk aku skali... main golf ! Huhuuh.. Sekarang , aku dah tau sukan apa yang akan aku join jika aku berhenti workout di gym ! Hahahah.. Sebenarnya dari dulu aku minat main golf tapi dek kerana aku ni kidal... dan penah patahkan iron  milik seorang kawan ketika main golf masa kecik kecik dulu.. terus aku takut nak pegang sampai sekarang. Heee.. Gitulah ceritanya.

Ternyata di Nilai Spring ni kalau nak belajar main golf , memang best ! Takda la malu malu gitu. 





Di akhir trip.. selepas para pesert daftar keluar , adalah wajib setiap para peserta membuat swab test kendiri bagi memastikan semua dalam keadaan sihat sebelum pulang ke rumah. Alhamdulillah... semua negatif. 

Para peserta dibawa kembali ke KL Sentral. Trip gelembung pertama ini selesai dan semua gembira. Pelbagai kenangan tercipta walaupun sekejap dan paling penting.. mereka dapat pelbagai ilmu baru. Jika korang berminat untuk bertanya mengenai trip gelembung pelancongan di bawah Ben & Nash Adventure Holidays, bolehlah hubungi Mr. Nash di 019 395 5120. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Zahra dan Aariz , peminat brownies di rumah aku ni. Kalau ada, memang tak henti henti nak makan. Aku pulak, nak beli brownies ni kena tengok testimoni dari para pembeli. Setakat ni , Alhamdulillah.. berbaloi baloi kesedapannya. 

Terbaru , aku cuba dari BNA Brownies selepas tengok di Facebook dan Tiktoknya. Tergoda gak la nak rasa. Walaupun aku jaga badan tapi sesekali makan, apa salahnya kan ? Heee.. Jangan sampai tolak semua yang Halal. Sesekali layan.. tak salah pun. 

Bila beli makanan secara online terutama jenis jenis yang mudah rosak ni, aku amatkan pentingkan kualiti pengeposannya. Ada pernah yang aku beli.. sampai di tangan.. abis rosak bagai ! Sayanglah kan. Walaupun sedap tapi tak leh nak bergambar dengan makanan tu. Hehehe... kan kan ?

Bila sampai barang melalui courier ni  , perkara pertama kena buat ialah... bersihkan terlebih dahulu. Jangan lupa sabun tangan selepas pegang yer. Pastikan jadi amalan setiap kali memegang barangan dari luar. Huhu.. Covid 19 masih menganas. 

Oh ya.. selepas buat order direct , memang cepat sampai. 




Walaupun dah beberapa kali rasa , yang ni aku rasa cam.. senang nak dikemudikan. Hahaha.. Nak potong pun mudah. Dia nampak macam dah kering gitu tapi bila dah masuk mulut.. woww ! Sedapnya ! Terus aku menjauhkan diri.. Hahaha.. Takut aku makan abis semua. Ditambah lagi ada dipping sauce ! Memang berhantu la.. 

Aariz dan Zahra terus 'berumah' atas meja. Mintak aku potong.. diorang je makan. Aku dah simpan skit untuk wife. Kang kempunan dia lak.  Ternyata memang berbaloi la makan. Alang alang nak makan , biar sedap ! Kan kan ? 





Tergoda ? Boleh beli terus  di : 60106551286 dan shopee.com.my/bna.brownies
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Alhamdulillah... dikatakan mereka yang punya hypertensi dan juga diabetis antara golongan berisiko tinggi jika dijangkiti virus Covid 19. Maka dengan itu, kita digalakkan jaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Bukan susah nak jaga.. Malah menjimatkan duit kita bila kita jaga kesihatan ni. 

Ada kawan kawan yang mesej tanya aku bagaimana aku jaga tekanan darah tinggi. Aku rasa korang pun tau yang aku ni dulu, ada tekanan darah tinggi level Hypertension ! Walaupun aku gi gym setiap hari tetapi aku masih lagi punya Hypertensi. Level tahap wajib kena tahan di hospital dah dan juga kena makan ubat. Tapi aku tak nak sebab aku tau punca aku dapat Hypertensi ni. 

Jangan sesekali memandang ringan penyakit tekanan darah tinggi ni yer. Ianya boleh membuatkan kita dapat pelbagai penyakit merbahaya yang lain. Antaranya kita boleh dapat stroke. 

Punca-puncanya : 
  1. Makanan ! Bukan sebab mak masak letak garam atau berlemak tapi disebabkan aku suka makan di luar ! Lepak di kedai makan.. pastu order nasi kandar , nasi goreng pataya, tom yam , roti canai, megi goreng dan macam macam ! Tu belum lagi makanan segera yang jadi pilihan utama.
  2. Masa tidur yang tak betul ! Di kala orang tidur , aku melepak dengan kawan kawan sampai awal pagi ! Balik rumah baru nak tidur sampai ke tengahari ! Nah... sangat sangat tidak sihat. Jangan pandang ringan bab ni !
  3. Stress !! Bila tidur tak betul... makan makanan yang tidak sihat , nah... pastinya badan kita di satu kedudukan yang tidak normal ! Emosi mudah terganggu. Skit skit naik angin. Skit skit nak marah. Bila dah jadi macam ni, ko rasa... tekanan darah kita tu camana ? Nak cantik ? Huhuhu..
Cara untuk kawal : 
  1. Makanan - Elakkan makan makanan di luar. Jika boleh , masak je sendiri. Bila kita masak sendiri , kita tau apa bahan yang digunakan. Berapa sukatan yang nak diletakkan. Contohnya garam , jenis minyak masak. Nah... korang kena tau bab sukatan ni. Macam aku , garam memang aku mintak wife tak letak dalam masakan.  Begitu juga dengan gula. Kurangkan makanan berproses di rumah. Baik untuk anak anak juga. 
  2. Masa tidur - Jam 11 dah kena lena. Kul 5 lebih jaga. Pastikan sebelum tidur, jauhkan diri dari media sosial. Jangan amik tahu hal hal remeh temeh. Tak penting untuk kepala otak kita untuk fikirkan hal orang lain yang tak beri manfaat buat kita. 
  3. Stress - Kawal tekanan dengan perbanyakkan aktiviti sihat di siang hari. Contohnya, bersenam seperti brisk walk , hiking , jogging,  jump rope dan sebagainya. Cari yang menjimatkan. Macam aku,  brisk walk pagi pagi memang menenangkan. Sambil berjalan , kita boleh berzikir dan berselawat. Bayangkan jika dapat 5 ribu langkah selama sejam berjalan. Kan dah banyak tu ?



Ubah gaya hidup kita demi orang yang tersayang. Jangan kita susah payah cari duit dan kemudian laburkan ke doktor ! Kos rendah je jaga kesihatan ni. Makan makanan yang sihat , rajin bersenam dan elakkan diri dari menyusahkan diri ! Haaa.. Faham ? Nak enjoy makanan tu boleh.. tapi sederhana. Sekadar untuk rasa... bukan penuhkan perut ! 

Semoga bermanfaat.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Negeri Sembilan, bagi yang tak tau.. walaupun negerinya kecil tapi sangat kaya dengan pelbagai produk pelancongan. Kalau nak pusing Negeri Sembilan ni ,  kena betul betul plan. Kalau tak, mesti ada yang tertinggal punya. Dan paling best ialah bila pergi melancong tu , kita tau sejarah dan adat kawasan setempat. Barulah melancong sambil belajar. Takda la asyik nak bergambar je kejenya... Hee.. 

Hari kedua, Gelembung pelancongan oleh Ben & Nash Adventure Holidays dengan khidmat nasihat dari  Pesona Seremban  di Negeri Sembilan bawa para peserta beraktiviti lasak. Nak lasak sangat tu, tak la sebab kena ikut faktor usia gak. Tapi bagi mereka , dah kira lasak gak sebab ada yang tak pernah buat lagi sepanjang usia mereka. Ternyata aktiviti yang disediakan untuk mereka , berbaloi dijadikan kenangan dan memori. 

Lokasi hari ke dua , kami ke Kampung JKIN di Bukit Putus.  Lokasi tempat ni sangat strategik untuk mereka yang inginkan kehijauan, kedamaian dan pada masa sama, penuh dengan aktiviti dari pagi hinggalah ke malam hari ! Sebelum aku teruskan , sila baca cerita hari pertama di SINI yer.. 



Di sini , memang bagus untuk buat team building. Bayangkan jika trip dibuat Ben & Nash Adventure Holidays di sertai mereka yang kepala giler giler. Fuh , memang enjoy abis punya la ! Bukan sekadar enjoy tapi turut bermanfaat ! Antara aktiviti yang ada kat sini ialah berATV , flying fox , buaian gantung jungle trecking , hiking , karaoke dan beberap lagi. 

Oh ya.. sini jangan harap level 5 star punya kemudahan tapi tetap tip top ye.. Dan untuk pengetahuan korang , aku dah ke sini 3-4 kali. Tiap kali ke sini , memang mengujakan terutamanya bab makanan , aktiviti dan staff mereka yang peramah ! Lokasi.. jangan cakap la.. Dengan berlatar belakangkan Bukit Putus dan Gunung Angsi. 














Selepas selesai beraktiviti , bersihkan diri dan solat. Lokasi seterusnya ialah ke Bandar Sendayan yang mana di situ terkenal dengan Masjid Sri Sendayan dan juga tempat sukan Xtreme iaitu X Park Sendayan ! Masjid Sri Sendayan yang juga terkenal dengan nama Taj Mahal Malaysia ni adalah masjid yang cukup unik senibinanya. 

Dan menariknya ialah , para peserta rombongan yang bukan Islam turut berpeluang menerokai masjid ini dan melihat sendiri tarikan yang ada di masjid ini. 


Selesai pusing masjid , masa untuk membakar kalori dan juga adrenalin ! Huhuhuh.. Main Go Kart di X Park. Selain Go Kart , di X Park ni ada pelbagai lagi tarikan aktviti membakar kalori seperti AquaWalk, Archery , ATV , BubbleBall , Buggee , Dogdeball , Flying Fox , Glamping , Kiddie Car, Motorcross, Highropes , PaintBall , Pocket Bike , Push Bike , Kayaking , Wall Climbing , Golf dan banyak lagi. Di sini , jangan risau bab makan. Dari pagi hingga malam ada banyak makanan dijual ala ala gerai jalanan tapi sangatlah bersih dan tersusun. Makanan dia, memang sedap sedap ! 



Jam 9 malam , kami bertolak ke Bandar Baru Nilai. Singgah sebentar di Dataran Nilai untuk melihat sendiri kemeriahan tempat tu di waktu malam. Biasanya tempat ni dipenuhi untuk bersantai bersama keluarga. Selepas tu terus ke Nilai Spring Hotel untuk daftar masuk. 



Alhamdulillah... hari kedua berakhir dengan kegembiraan terpancar di wajah peserta rombongan. Masing masing kepenatan tapi mereka tahu... hari ketiga ada sesuatu yang menarik menanti mereka. Begitulah kelebihan melancong secara gelembung bersama Ben & Nash Adventure Holidays. Bukan saja melancong tapi turut sama belajar menghargai alam dan juga sejarah tempatan. Amacam ? Nak ikut pasni ?





Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes