Gelembung pelancongan oleh Ben & Nash Adventure Holidays capai matlamat !

by - Ahad, November 14, 2021


Rombongan  pelancongan domestik berbentuk gelembung dari Kuala Lumpur ke beberapa lokasi pelancongan tempatan terpilih sekitar Seremban yang dikendalikan Ben & Nash Adventure Holidays , Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam memberi satu pengalaman baru buat mereka. Walaupun boleh pergi sendiri tapi bila kita pergi beramai ramai dalam satu gelembung , ternyata lebih menyeronokkan apatah lagi dengan keadaan pandemik Covid 19 sekarang ni ! 

Konsep gelembung pelancongan ni mudah jer. Korang duduk dan jaga SOP jer. Selebihnya , akan diuruskan. Segalanya dipastikan berjalan dengan lancar. Peserta rombongan cuma beri kerjasama je. Contohnya menepati masa , jaga SOP dan patuhi arahan demi kebaikan bersama. Mudah je kan ? 

Ok... Segalanya bermula di KL Sentral jam 8 pagi. Para peserta rombongan yang menyertai trip ini WAJIB membuat swab kendiri terlebih dahulu. Mereka perlu memberikan keputusan swab sebelum bas bergerak.  Kesemua 19 peserta , negatif dan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah. Baru boleh melancong dengan senyuman.. kan kan ?


Trip ini bergerak menggunakan bas pesiaran atau bas pelancongan. Mematuhi SOP adalah keutamaan ! Wajib memakan face mask atau pelitup muka ketika berada di dalam bas. Duduk ikut jarak yang ditetapkan. Bas besar dan luas. Sistem pendingin hawa berfungsi dengan baik. 

Gelembung pelancongan ini diuruskan oleh Mr. Nasarudin Moiden , selaku Pengarah Besar Ben And Nash Adventure Holidays dan beliau juga merupakan pemandu pelancong yang cukup berpengalaman dari aspek pentadbiran , kaya dengan infomasi dan  juga sangat peramah ! Tolong jangan berbual dengan dia atau kita akan kehilangan masa.. Hahaha.. Gurau gura. Beliau  senantiasa membantu malah tak henti henti memberikan maklumat kepada para peserta. Rombongan ini juga turut sertai oleh team Pesona Seremban sendiri. 

Tepat jam 8 pagi , rombongan bergerak dari KL Sentral menuju ke Seremban. Kami singgah sebentar di ikon  Pesona Seremban. Orang kata , kalau ke nak masuk melancong ke Seremban , wajib singgah sini dulu. Bergambar kat sini haaa  ! Memang menarik kalau nak bergambar kenangan di sini. Hijau dan warna warni. Bukan saja untuk bergambar tapi turut mempunyai maklumat maklumat penting yang wajib pengunjung ambil tahu. 




Kemudian rombongan terus dibawa melawat ke Jabatan Kebudayaan Negeri Sembilan untuk menyaksikan Colours of Malaysia. Ha , jangan ingat walaupun kita rakyat Malaysia dan dah selalu tengok di tv tarian kebudayaan ni , maka tak perlu ambil tahu ! Salah tuuu ! Kena masuk tengok... dengar dan tonton ! Automatik kaki dan tangan, mata akan tertarik dan terasa nak turut sama menyanyi serta menarik. 

Selepas menyaksikan persembahan kebudayaan , rombongan ke Muzium Negeri Sembilan. Di sini, mereka yang selalu tertanya tanya mengapa SEMBILAN dan juga sejarah adat adat di Negeri Sembilan, akan terjawab. Sangat berinfomasi dan menarik. Walaupun boleh baca di buku atau dapatkan maklumat di internet , tapi berada di dalam muzium ni.. memang berbeza sekali perasaannya. Melihat sendiri barangan bersejarah serta infomasi yang lebih tepat , memang membuatkan kita sendiri tergamam. Terasa macam otak tiba tiba disumbat dengan sejuta maklumat yang sangat menarik. 












Makan tengahari kami , makan beradat. Makan Beradat ini dihidangkan di atas dulang (jamba) yang bertutup kemas dengan tudung hidang bertekad. Setiap hidangan mengandungi 4 jenis lauk, lauk pauk yang dihidangkan merupakan makanan tradisional Negeri Sembilan.

Keistimewaan makan beradat ini ialah menghormati tetamu yang menyandang pesaka adat seperti Dato' Lembaga Buapak Besar. Di samping itu, majlis ini mewujudkan suasana selesa, harmoni dan mesra. Perlaksanaan makan beradat ini berlangsung diserambi rumah dan menggunakan alat kebesaran adat iaitu tabir lingkungan, tabir langit-langit, kain silang gunting, tilam pandak, tikar rompok, tepak sirih, dan peminangan yang bertutup.

Selesai makan tengahari dan solat , para peserta rombongan dibawa mengimbau kenangan masa kecil satu tika dulu ATAU memberikan kenangan buat mereka yang tidak pernah mengalaminya ! Nah... walaupun nampak macam biasa biasa jer tapi bila dah duduk dan mula mengayuh, secara automatik akan tersenyum dan seronok ! Bagi aku , mereka yang perlukan masa berkualiti tanpa perlu gangguan, nah... bolehlah ke Tasik Seremban ni. Pastu bolehlah , sewa water bike ni. Silalah duduk dan mula mengayuh. Pastu berbuallah . Tiada siapa akan menggangu korang ! Senaman kaki pun ya. Memang terasa laa sangat pembakaran kalori berlaku di situ.





Selepas puas mengayuh dan berbincang projek juta juta  harganya , tiba masa untuk melihat bangunan keagamaan bersejarah di sekitar Seremban. Jejak Warisan nama diberi. Melihat masjid , tokong, kuil  serta gereja yang dibina sebelum tahun 1900 serta mengetahui sejarah pembinaan , memang seronok. Sebab tu bila kita ada pemandu pelancong dalam trip melancong ni , ianya menambahkan lagi keseronokan. Dengan anak anak kita yang mula membesar , mereka akan bertanya berjuta juta soalan.. MENGAPA, KENAPA DAN DI MANA ! Jangan sekadar bergambar dan berjalan. Tapi tiada infomasi ! Adoi.. tak syiokkk gitu.. kan kan ? 

Penat ? Yer.. memang terasa tapi berbaloi ! Bukan jalan jalan kosong, tau !  Tiba masa untuk bersihkan diri dan berehat. Para peserta rombongan dibawa ke Klana Resort Hotel , Seremban . Bersihkan diri , solat sebelum keluar makan malam. Lokasi makan malam , memang unik. Ke Benteng Walk gitu ! Menikmati makanan gerai yang ada pelbagai pilihan yang disediaka oleh rakyat Nismilan sendiri. Peniaga bukan calang calang. Masakan mereka sudah ada pengemar setia. 

Kami bukan saja duduk makan tapi turut dihiburkan dengan petikan gitar serta suara mirip penyanyi Salem Iklim. Terubat kerinduan Best ! Benteng Walk ni bermula petang hingga tengah malam.  Dan jangan lupa untuk bergambar di sini !!







Hari ke dua.. tungguuuu ! Jika berminat untuk melancong menggunakan perkhidmatan Ben & Nash Adventure Holidays , jangan segan segan hubungi kami yer.. Selepas ni ada banyak lagi pakej pelancongan secara gelembung akan dibuat. InshaAllah.. Tunggguuu ! Antaranya ? Tunggu la aku cita lagi... Hee...

You May Also Like

5 comments