Kesilapan kebanyakkan rakyat Malaysia di setiap pagi...

by - Sabtu, November 20, 2021


Malaysia , negara yang cukup kaya dengan pelbagai jenis makanan. Dari yang tak pedas, hinggalah ke panasnya membakar lidah ! Dari tak sedap , hinggalah ke menjilat jari. Dari murah  hinggalah terpaksa basuh sinki ! Dari pagi hinggalah ke malam hari.  Dari dalam rumah hinggalah ke dalam tong sampah. Kita boleh jumpa pelbagai jenis makanan. Makan, makan dan makan ! 

Makan tu tak salah. Makanlah. Takda sapa nak larang. Duit kamu. Cuma yang salah ialah kuantitinya ! Bila sedap , kamu bertambah tambah. Dan pulak bila makan, seolah olah tiada hari esok dah. Belasah sampai buncit perut. Tak kira dah apa yang masuk ke dalam perut.. isi selagi boleh. Huhuh.. kan kan ? Pastu kata.. " kang petang aku gi gym la. Eksais. Bakar balik ! " . Kamu pikir semudah itu nak bakar kalori yang masuk dalam badan kita ?  Dan lagi menarik, lepas bersenam..makan tak ingat dunia ! Recovery konon ! Adeh..salah sungguh konsep tu.

Selain dari masalah obesiti , makanan berlebihan apatah lagi tidak sihat mampu mengundang pelbagai jenis penyakit merbahaya. Dan sekarang ni, kita nampak ramai di kalangan kawan kawan kita malah ahli keluarga kita mendapat penyakit kanser ! Kalau korang rajin membaca, carilah di internet apakah makanan yang kita makan setiap hari mampu mengundang kanser. 

Kemudian , jika kita ada anak anak.. didiklah anak anak kita makan dengan betul. Jangan ajar makan sehinggalah terlalu kenyang. Mulakan dengan makan ala kadar. Letak jumlah makanan yang sedikit. Biar mereka belajar mengawal selera makan. Jangan biarkan mereka makan ikut apa yang mereka nak. Itu sangat merbahaya. 


Aku suka makan. Makan aku memang tak berkira. Kesannya, aku dapat HYPERTENSION ! Arwah ayah aku dulu dah berpesan bab makan ni tapi aku degil. Bila dah dapat penyakit , yang susah sapa ? Bukan kita.. tapi mak ayah ! Ahli keluarga kita yang susah. Kita dah terbaring atau terlantar. Mereka yang akan bersusah payah mencari ubat untuk kita. Kalau mati terus , senang cerita. Tanam jer. Tapi tak.. kena gi hospital ! Berkali kali lak tu. Sapa susah tang ni ? Haaa.. kita dan keluarga kita. Eh, macam pernah dengar dialog ni kan ? Haaaa...

Tukarlah gaya hidup kita. Carilah makanan berkhasiat bermula dari awal pagi. Jangan main sumbat je masuk dalam perut. Kemudian aktiviti harian kita tu.. banyakkan aktiviti sihat. Kurangkan menonton tv tu haaa... 

Bukanlah aku nak kata aku bagus bab ni. Aku ingatkan korang jer sebab aku dah alaminya. Dan dengan cara ini je la aku boleh nasihatkan korang. Sebagai kawan, teman... kita tukar gaya hidup kita. Jika ada duit, carilah makanan tambahan yang berkhasiat. Atau jika faktor kewangan tidak mengizinkan, tanam je ulam ulaman di rumah kita tu.. Bagus untuk kesihatan kita. 






 Sarapan pagi aku dan juga makan malam, akan bermula dengan VeryGood ! Sangat berkhasiat untuk badan aku. Lepas aku amik tu, barulah makan nasi lemak sebungkus. Yang bungkus kecil tu je. Dah cukup. Kalau aku tak mulakan dengan VeryGood , aku akan makan berbungkus bungkus sebab tak cukup untuk perut aku ! Selagi perut kita tak dipenuhi , selagi tu kita akan makan ! Sebab tu kena mulakan dengan Very Good ! Serupa isi minyak kereta la. Kalau korang boleh dapatkan setengah tangki dan memandu dengan cermat , lagi bagus !!! 

You May Also Like

4 comments

  1. rasa kenyang tengok.....tapi nak mudah memang ambik jer Very Good ni kan ...nanti nak cuba jugaklah sebab aku sekarang tak berapa suka makan berat waktu pagi....

    BalasPadam
  2. oat memang mngenyangkan..bgus la utk diet. btul tu..kalau xkawal. menambah2 la

    BalasPadam
  3. saya sangat concern bab pemakanan.

    sedap mana sekalipun saya mampu makan sikit sahaja kerana bila makan banyak rasa sedap tersebut akan berkurang

    BalasPadam