10 dos cucuk pun tak guna kalau macam ni !

by - Khamis, November 04, 2021


Aku rancang nak bawa anak anak pergi bercuti tapi.. aku tengok sekarang ni , nak masuk kedai pun takda orang nak check MySejahtera mahupun suhu badan pelanggan yang nak masuk tu ! Setakat yang aku pernah gi , rasanya pernah sekali dua je seperti di Alamanda dan juga Aeon Nilai. Lain dari tu.. memang takda la ! Termasuk la ke pusat gym ! Haih... 

Aku bukan apa.. aku nak pastikan mereka yang masuk dalam premis tu , adalah mereka yang sihat sejahtera. Yang tak sihat tu, duduk la di rumah. Kasi sihat dulu. Barulah keluar. Bukan susah pun ! Kang kalau keluar, naya pada orang lain. 

Di premis premis yang jadi tumpuan seperti kedai makan dan juga pusat kecergasan.. aku nak tergelak je tengok sikap orang yang masuk dalam tu. Bayangkanlah.. dari luar kau beria pakai face mask.. bila masuk je dalam restoran atau gym , terus tanggal face mask. Nak tanya, virus memang dilarang masuk eh ? Automatik tertinggal di luar ? 

Cuba buat macam ni.. Bila masuk ke dalam restoran , jangan tanggalkan lagi face mask tu. Sehinggalah makanan ada di depan mata , barulah makan. Dan bila makan.. jangan cakap ! Makan kasi abis. Pastu pakai kembali face mask tu ! 

Begitu juga dalam gym.. aku dapati takda pulak had orang dalam gym sejak kebelakangan ni. Selagi boleh sumbat.. sumbat ! Bila nak masuk.. kena pakai face mask.. dah masuk, terus tanggal ! Pastu main dengan partner ! Eh.. ko tau ke partner ko tu sihat ? Hari ni dia jumpa sapa ? Dengan sapa dia lepak tadi eh ? Takda rasa risau ke ? Kalau nak berpartner sekali pun.. pakai la face mask atau pelitup muka tu ! Bila nak buka , jarakkan dengan orang ! Jaga keselamatan diri dan kawan kita tu juga ! 

Kita ke fasa endemik ! Bererti kena hidup dengan Covid 19 ! Selagi takda ubat untuk mengubati di pasaran , berhati hatilah. Pada yang amik vaksin, tolong tingkatkan antibodi badan dengan makan makanan yang berkhasiat ! Bukan dah dapat Covid baru nak makan makanan berkhasiat ! Salah dah tu.. Cegah ! Pada yang tak ambil , pun gitu. Amalkan pemakanan yang sihat dan banyakkan bersenam. Cergaskan diri. Jangan pulak memasing sibuk nak jadi food hunter ! 

Oh ya.. korang kena tau makanan makanan yang mampu menurunkan antibodi korang ! Tak guna bedal pelbagai vitamin tapi tak jaga makan.  Antaranya ialah , makanan atau minuman yang tinggi gula , minuman  berkarbonat , makanan yang tinggi lemak , garam , dan juga makanan bergoreng ! Banyakkan minum jus buahan yang kaya dengan vitamin C ! Buat sendiri yer.. Lebih padat dan padu intipatinya ! 

Cuti sekolah... ramai pergi bercuti dan balik kampung. Huhuh.. memang aku tak hantar lagi la anak aku ke sekolah minggu depan. 

 

You May Also Like

1 comments