Face Mask apa yang sesuai untuk perempuan ?

by - Selasa, November 09, 2021

Aku pakai face mask atau pelitup muka ketika bersenam di gym. Kalau ada sorang dua je dalam tu, baru aku buka. Tu pun aku pastikan jarak dengan mereka. Maaf la yer.. dalam keadaan sekarang ni, kita kena jaga diri kita. TERPAKSA. 

Ada beberapa face mask  yang aku gunakan. Dari yang mahal hinggalah murah. Cuma belum mampu beli yang mcm LG tu la.. tu dekat RM1K tu ! Hehehe.. walaupun teringin nak. Maaf , aku memang taksub skit ngan pelitup muka ni. Hee.. 

Jika ke gym, aku guna yang KN95 yang ada filter. Kalau takda filter, boleh pitam weh ! Huhuh.. Atau guna yang kain punya. Atau guna yang Under Armour punya pon ok. Cuma sayang la. Huhuh. Mahai tu. Tapi sedap pakai. 



Dan terbaru.. aku beli pelitup muka keluaran LG ! Korea punya. Saja nak cuba yang ni. Aku memang ada sama design cuma bila aku pakai lama skit , aku jadi sesak nafas. Mungkin material dia tak sesuai untuk aku. 

Yang ni , aku beli kat Lazada je. Harga dalam RM14 untuk 5 keping. Ok ke tak ? Ringan, memang ringan. Nak bernafas pon mudah. Tak kena hidung dan mulut. Kiranya sangat sesuai guna jika ada event terbuka atau meeting bersemuka. 







Kualiti memang disyorkan. Cuma jika nak digunakan untuk harian tu, bergantung pada poket masing masing. Jika berkemampuan, beli banyak banyak. Jika tidak , beli je untuk kegunaan yang penting saja.  Macam aku , akan gunakan untuk trip bersama agen travel. Kena naik bas beramai ramai.  Maka kena guna pelitup muka yang berkualiti untuk jaga diri. 

Dan sangat sesuai untuk mereka yang kaki mekap ! Heee.. selamat mekap anda.

You May Also Like

5 comments

  1. Saya suka pakai mask jenis KF tu sbbnya hidung kite mancung. Klau pakai yang mask biasa rs penyet hidung tu..nk bernafas pun ssh..haha

    Sejak hari2 kene pakai mask. mekap pun kurang dh.. makeup tang mata je..haha

    BalasPadam
  2. lagi berkualiti Facemask maka lagi sedap untuk dipakai

    BalasPadam