Korang nak menang Biskut Emas RM5 ribu dari Cream-O , tak ?

by - Isnin, November 22, 2021

Cream-O Jack N Jill baru mengeluarkan Cream-O Classic Baharu dalam bentuk biskut berlapis dengan krim coklat yang pastinya menjadi tarikan terbaru mereka. Diilhamkan daripada biskut berlapis klasik mereka , maka lahirlah biskut berlapis yang baru yang dengan perisa terkini dan diolah dengan gaya berbeza.' 

Sempena dengan pelancaran Cream-O Classic Baharu ni, mereka mengadakan satu pertandingan mudah untuk peminat peminat setia Cream-O yang mana pemenang nanti akan menerima hadiah yang pastinya lumayan ! 

Apa yang perlu korang lakukan ialah mengambil foto yang O-Some dan kreatif yang menunjukkan diri korang melakukan cabaran 'Gigitan Cream-O Classic Baharu' . Dalam cabaran ini kongsikan 'detik O-Some Classic baharu ' anda seperti menikmati setiap gigitan biskut untuk meraikan detik istimewa , sambil menyerlahkan gaya anda tersendiri. Atau pun korang boleh mengayakan dengan pakaian klasik atau retro berlatar belakangkan lanskap yang moden. 

Kemudian , muatnaikan foto tu ke Facebook dan tag @creamomalaysia dan #CreamOMY. Jangan lupa untuk menghantar mesej peribadi kepada mereka untuk menunjukkan resit pembelian Cream-O korang yang bernilai sekurang kurangnya RM5 dengan pembelian sekurang kurangnya satu pek Cream-O Classic. 

Mudah je kan ? Hadiah ? Pemenang utama akan dapat Biskut Emas bernilai RM5 ribu. Tempat kedua akan dapat Biskut Emas bernilai RM3K dan 30 pemenang saguhati akan dapat hadiah tunai bernilai RM300 setiap seorang. 

Info lanjut di Cream O Malaysia.

Ok .. aku test beberapa keping gambar. Rasa rasa ada harapan tak ? Neh.... takda ! Aku kena amik lagi gambar. Tengah pikir nak cari lokasi mana... Ha ! Tau dahhhhh.. Nak kena bawak anak ke sana ! Huhhu.. Korang jangan tengok jer tau. Rugi tak join. 







 

You May Also Like

1 comments

  1. Okey nanti nak ajak Abg Qi join contest mcm anak ben masuk, kot2 bertuah kan haaa mandi biskut kita hahaha

    BalasPadam