Kawal tekanan darah tinggi dengan cara mudah !

by - Selasa, November 16, 2021

Alhamdulillah... dikatakan mereka yang punya hypertensi dan juga diabetis antara golongan berisiko tinggi jika dijangkiti virus Covid 19. Maka dengan itu, kita digalakkan jaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Bukan susah nak jaga.. Malah menjimatkan duit kita bila kita jaga kesihatan ni. 

Ada kawan kawan yang mesej tanya aku bagaimana aku jaga tekanan darah tinggi. Aku rasa korang pun tau yang aku ni dulu, ada tekanan darah tinggi level Hypertension ! Walaupun aku gi gym setiap hari tetapi aku masih lagi punya Hypertensi. Level tahap wajib kena tahan di hospital dah dan juga kena makan ubat. Tapi aku tak nak sebab aku tau punca aku dapat Hypertensi ni. 

Jangan sesekali memandang ringan penyakit tekanan darah tinggi ni yer. Ianya boleh membuatkan kita dapat pelbagai penyakit merbahaya yang lain. Antaranya kita boleh dapat stroke. 

Punca-puncanya : 
  1. Makanan ! Bukan sebab mak masak letak garam atau berlemak tapi disebabkan aku suka makan di luar ! Lepak di kedai makan.. pastu order nasi kandar , nasi goreng pataya, tom yam , roti canai, megi goreng dan macam macam ! Tu belum lagi makanan segera yang jadi pilihan utama.
  2. Masa tidur yang tak betul ! Di kala orang tidur , aku melepak dengan kawan kawan sampai awal pagi ! Balik rumah baru nak tidur sampai ke tengahari ! Nah... sangat sangat tidak sihat. Jangan pandang ringan bab ni !
  3. Stress !! Bila tidur tak betul... makan makanan yang tidak sihat , nah... pastinya badan kita di satu kedudukan yang tidak normal ! Emosi mudah terganggu. Skit skit naik angin. Skit skit nak marah. Bila dah jadi macam ni, ko rasa... tekanan darah kita tu camana ? Nak cantik ? Huhuhu..
Cara untuk kawal : 
  1. Makanan - Elakkan makan makanan di luar. Jika boleh , masak je sendiri. Bila kita masak sendiri , kita tau apa bahan yang digunakan. Berapa sukatan yang nak diletakkan. Contohnya garam , jenis minyak masak. Nah... korang kena tau bab sukatan ni. Macam aku , garam memang aku mintak wife tak letak dalam masakan.  Begitu juga dengan gula. Kurangkan makanan berproses di rumah. Baik untuk anak anak juga. 
  2. Masa tidur - Jam 11 dah kena lena. Kul 5 lebih jaga. Pastikan sebelum tidur, jauhkan diri dari media sosial. Jangan amik tahu hal hal remeh temeh. Tak penting untuk kepala otak kita untuk fikirkan hal orang lain yang tak beri manfaat buat kita. 
  3. Stress - Kawal tekanan dengan perbanyakkan aktiviti sihat di siang hari. Contohnya, bersenam seperti brisk walk , hiking , jogging,  jump rope dan sebagainya. Cari yang menjimatkan. Macam aku,  brisk walk pagi pagi memang menenangkan. Sambil berjalan , kita boleh berzikir dan berselawat. Bayangkan jika dapat 5 ribu langkah selama sejam berjalan. Kan dah banyak tu ?



Ubah gaya hidup kita demi orang yang tersayang. Jangan kita susah payah cari duit dan kemudian laburkan ke doktor ! Kos rendah je jaga kesihatan ni. Makan makanan yang sihat , rajin bersenam dan elakkan diri dari menyusahkan diri ! Haaa.. Faham ? Nak enjoy makanan tu boleh.. tapi sederhana. Sekadar untuk rasa... bukan penuhkan perut ! 

Semoga bermanfaat.

You May Also Like

0 comments