Face mask yang sesuai ketika outdoor atau berada di kawasan terbuka !

by - Isnin, November 15, 2021

Memakai pelitup muka atau face mask di kala pandemik Covid 19 ni sangatlah penting. Umum tahu kenapa kena pakai kan ? Dah masuk 2 tahun kita diserang virus yang tidak kelihatan ini. Dan kebelakangan ni , kes positif kembali naik. Punca ? Antaranya.. tak patuhi SOP ! Alasan ? Ada macam macam. Antaranya , lemas pakai face mask ! 

Nah.. 

Ini cadangan aku. Aku dah gunakan ketika berada di luar rumah. Di kawasan terbuka dan ketika bersenam di gym. Walaupun ada yang tak gunakan langsung ketika bersenam tapi bagi aku.. mengambil langkah berjaga jaga adalah kemestian. Melainkan tempat tu memang takda orang langsung. Huhuh.. 

Baru baru  ni aku berikan beberapa keping  pada mak aku. Aku minta dia pakai bila berada di luar rumah dan ketika berbual dengan jiran tetangga. Daripada dia tak pakai langsung.. baik dia pakai dan sangat selesa dek kerana ada filter. Selesa untuk bernafas. 

Bila guna yang ni, masih perlu penjarakan sosial yer. Jarakkan diri dengan orang lain ketika berbual. Peratusan untuk menapis virus tu tak diketahui. Tapi bagi aku.. lebih baik guna dari tidak guna langsung terutama di tempat terbuka.. kan kan ?

Ni aku beli lagi untuk mak aku... dia suka guna. Senang nak bernafas katanya.







Jika berada di dalam bangunan , maka gunakan medical face mask dan disusuli dengan face mask ni.  Jangan pakai yang berfilter ketika berada di dalam tempat ramai orang dan tertutup. Tidak digalakkan yer. 

Dan yang ni pun.. harganya murah jer. Dapatkan di Lazada. 

You May Also Like

1 comments