Black Friday di Mitsui Outlet Park , KLIA Sepang

by - Ahad, November 28, 2021

Aariz dapat tajaan kasut dari seseorang yang tak dikenali. Seorang sahabat diamanahkan untuk menyampaikan pada aku. Aku pulak kena tunaikan amanah tu. Maka bawak la si Aariz mencari kasut. Tepat pada masanya sebab hari sebelum tu , dia terjatuh ketika berlari di jalan raya. Sandal Adidas yang baru dibeli, agak besar sedikit. 

Nak ke sini , kena datang betul betul ketika dia buka. Kalau tidakkk.. memang beratur panjang la nak masuk. Dan benarlah.. ketika kitorang sampai jam 10 pagi tu.. orang memang dah beratur nak masuk. Tapi belum ramai lagi. Rezeki kitorang , terus dapat masuk. Takda nak pusing pusing pun. Cari outlet Adidas terus. 

Di tingkat bawah, tak banyak pilihan. Naik ke tingkat atas lak. Kat atas ni ada banyak. Aku tertarik dengan dua outlet sukan di sini.. Puma dan Under Armour. Aku masuk ke UA kejap sementara wife beratur nak masuk ke Adidas. 

Dalam UA, yang menarik perhatian aku ialah kasut kasutnya. Memang lawa lawa. Harga pun ok jer.  Dalam RM100+ tu boleh dapat cantik cantik dah. Tergoda tapi takda keperluan. Maka tak perlu nak beli. Lagi pun baru je beli kasut ari tu. Pakai la dulu sampai rosak. Huhuh.. 

Di Adidas tingkat atas ni, ada jumpa yang berkenan. Tanya Aariz.. dia nak yang mana ? Dia pilih yang putih ala ala kasut sekolah ! Pelik kami. Punya banyak yang menarik seperti Marvel Adidas tapi dia tak nak. Dia nak putih tu gak. Maka betullah tekaaan kami.. dia ni jenis pembersih ! Malah baju atau seluar dia, tak boleh nak kena air ! Kalau basah... dia akan tanggalkan dan jemur hingga kering. Begitu juga jika terkena kotoran.. terus menangis dan mintak tukar yang baru. 






 Alhamdulillah... dapat dua pasang ! Harga pun murah je selepas potongan. Rezeki diorang sebab size tu yang tinggal. Dapat , terus keluar dari situ sebab orang semakin ramai. Di Coach , ramai beratur panjang. Outlet lain.. ok ok je.  Di luar , kereta semakin banyak masuk dan semakin meriah orang beratur nak masuk ke dalam Mitsui. 

Kepada yang sponsor kasut tu, terima kasih yer. Semoga Allah murahkan rezeki buat anda sekeluarga.

You May Also Like

0 comments