Menariknya Tangga Putrajaya Steps !

by - November 28, 2021

Sabtu.. 
Persoalan biasa. Nak pergi mana ? Hahahaa.. Bercuti di luar kawasan ? Ah,  aku dna anak anak malas nak redah kesesakan lalu lintas. Hahaa.. Hotel area KL lak, harga memang di luar kemampuan. Hahaha.. Terpaksa berjimat cermat sekarang ni. Tak tau apa ada di tahun hadapan. Setiap sen, berharga. 

Ada dua pilihan untuk bergerak bersama keluarga. Kalau sorang diri , aku ke gym jer. Senang. Hahaha.. Tapi aku lebih suka dengan keluarga di hujung minggu. Biar anak anak terdidik dengan ikatan kekeluargaan. Dan jangan biasakan nak beriadah , kena cari hotel ! Kena manfaatkan segala tempat riadah percuma yang ada. Heee.. kan kan ?

Pertama.. Bukit Melati , Nilai. Bukit ni memang jadi tumpuan ramai di hujung minggu. Hurm.. Tak sesuai untuk bawa anak anak. Kedua ,  Tangga Putrajaya Steps. Sejujurnya, aku jatuh cinta tempat ni. Luas, bersih dan damai. Kalau datang pagi pagi, bunyian unggas menyerikan telinga aku. Heee.. Sejuk dan tenang. 

Berjalan jalan naik turun dengan keluasan yang aku rasa lebih dari 1km ni , memang membakar kalori. Maka sebelum nak ke sini , aku ke Presint 8 dulu. Kat situ ada satu gerai tepi jalan jual makanan yang siap dibungkus. Nah, makanan dia memang aku suka. Orang kata makanan kantin gitu. Hahaha.. Aku tak suka nak berat berat di pagi hari. 

Tapau siap siap. Lepas beriadah, baru makan. Kat sini boleh makan makan. Pandai pandai la jaga kebersihan yer ! Ada padang kecil kat sini. Boleh bersukan ringan di sini dengan anak anak.  Best !











 Kalau korang sampai di TANGGA PUTRAJAYA STEPS tu, korang boleh lintas ke seberang. Kat sana pun ada tempat bersantai lagi. Aku belum ke sana lagi sebab anak anak dah tak larat. Hahahaha.. Yelah , naik turun tangga, 2 kali. Ikutkan aku , nak buat 4 kali.. tapi diorang merayu suruh berhenti dan kelaparan. Hahahaa.

Saja nak latih diorang dulu kat sini sebelum nak ajak hiking kat Bukit Melati lak.. 



You May Also Like

2 comments