Keunikan trip Gelembung pelancongan oleh Ben & Nash Adventure Holidays !
Aktiviti mencabar fizikal sememangnya menjadi tarikan utama dalam trip yang dirancang oleh Ben & Nash Adventure Holidays. Jangan risau... semua peserta diinsurankan ! Termasuk dalam pakej. Dan dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dan profesional. Haaa.. Bukan main cuba dan redah je tau.
Dan yang penting, aktiviti bukan untuk menguji fizikal tetapi memberikan pengalaman baru dan yang berinfomasi. Contohnya , pada hari ke 3 trip ni , para peserta dengan bantuan PESONA SEREMBAN dibawa ke Bukit Melati, Nilai.
Sejujurya.. aku yang tinggal berhampiran Bukit Melati ni , tak tau langsung akan keistimewaan bukit ni pada para pendakinya. Tapi selepas bertemu dan mendengar sendiri dari peneroka Bukit Melati ni iaitu Dr. Joe , barulah aku tahu akan kelebihan dan keistimewaan bukit ini ! Patutlah yang datang sini kebanyakkannya mereka golongan berumur dan ada sakit kronik !
Secara ringkasnya.. trail bukit ini dibuat adalah bertujuan untuk mengubat sakit sakit tertentu ! Haaa ! Terkejut ? Aku pun... Kalau dengan sendiri penerangan dari Dr. Joe , mesti korang akan teruja punya. Pesakit pesakit Dr. Joe akan dibawa ke sini dan mendaki bersama samanya. Sakit jantung , stroke antara penyakit yang dirawati oleh Dr.Joe. Bukan calang calang yer yang datang jumpa dia. Dari luar negara pun ramai. Bayangkan.. ada pesakit stroke dibawahnya, siap dah lepas naik Gunung Kinabalu !
Selepas bersenam sambil belajar di Bukit Melati, para peserta kembali ke Nilai Spring. Di situ, para peserta diberi pengalaman baru termasuk aku skali... main golf ! Huhuuh.. Sekarang , aku dah tau sukan apa yang akan aku join jika aku berhenti workout di gym ! Hahahah.. Sebenarnya dari dulu aku minat main golf tapi dek kerana aku ni kidal... dan penah patahkan iron milik seorang kawan ketika main golf masa kecik kecik dulu.. terus aku takut nak pegang sampai sekarang. Heee.. Gitulah ceritanya.
Ternyata di Nilai Spring ni kalau nak belajar main golf , memang best ! Takda la malu malu gitu.
Di akhir trip.. selepas para pesert daftar keluar , adalah wajib setiap para peserta membuat swab test kendiri bagi memastikan semua dalam keadaan sihat sebelum pulang ke rumah. Alhamdulillah... semua negatif.
Para peserta dibawa kembali ke KL Sentral. Trip gelembung pertama ini selesai dan semua gembira. Pelbagai kenangan tercipta walaupun sekejap dan paling penting.. mereka dapat pelbagai ilmu baru. Jika korang berminat untuk bertanya mengenai trip gelembung pelancongan di bawah Ben & Nash Adventure Holidays, bolehlah hubungi Mr. Nash di 019 395 5120.
1 comments
Bestnya. Nanti nak join boleh? hahahhaa
BalasPadam