Sudah tiba masa untuk anda tukar cermin mata baru !
Baru baru ni aku ada buat pemeriksaan mata secara lengkap. Ketika buat pemeriksaan mata, tahap kerabunan aku tidak jauh beza berbanding dengan yang lalu. Maksudnya mata aku dalam keadaan yang baik. Cuma aku pelik kenapa sebelah malamnya, kena lampu kereta , silaunya menyakitkan ! Apakah kerana mata aku atau sudah tiba masa untuk tukar cermin mata baru ?
Jawapannya ialah.. aku perlukan cermin mata baru ! Kanta aku tu, dah lebih setahun usia. Maka , tolonglah tanyakan mak ayah kita tu juga. Jika cermin matanya dah 'lapuk' , tukarkan la kepada yang baru. Sian diorang. Nak membaca Al Quran , kelabu je nampak. Kan kan ?
Berikut adalah tanda tanda cermin mata perlu ditukar baru :
- Mata terasa sakit
- Sakit kepala
- Silau yang keterlaluan
- Perlu duduk jauh dari komputer
- Loya loya
- Mengecilkan mata
Maka bawa cermin mata lama korang tu ke pusat kaca mata yang korang percaya yer. Sebaiknya yang biasa korang pergi dan harganya mampu dibayar. Aku pernah pergi buat cermin mata dan harganya cukup membunuh aku. Ketika tu aku tak percaya pada kedai cermin mata biasa ni. Sebab pernah kena tipu hidup hidup ! Dalam erti kata lain.. pergi kedai yang berjenama tinggi pun leh kena tipu.. yang biasa biasa pun sama gak ! Maka , aku pergilah ke kedai yang kawan kawan syorkan. Di situ, senang nak cerita. Kita jual je nama kawan kita. Mereka kenal dan insyaAllah akan beri penerangan dan juga harga yang baik untuk kita. Paling menarik, bagitau je kita punya bajet berapa ! Senang.
Dan sekarang ni tak macam dulu. Ada banyak pilihan. Bergantung pada kewangan kita. Kalau nak bingkai bagus, kalau nak cermin dia bagus.. semua ada. Kalau bajet kurang, cari la yang biasa biasa je. Ada duit nanti. buat lain. Paling tidak pun satu spek tu boleh tahan setahun dua. Bila sampai masa.. tukar la yang baru !
Bawa mak ayah kita untuk buat pemeriksaan mata dan juga periksa cermin mata diorang. Kesian kat diorang. Kita ada duit , labur labur la skit untuk diorang sebelum gi holiday tu yer.. Hee.. Aku ingatkan jer.
Kalau tanya aku la, kat mana kedai cermin mata yang aku percaya.. aku suruh je ke Sungei Wang. Situ memang legend la dari aku remaja dulu. Mereka yang biasa buat cermin mata kat sini , mesti akui punya. Dan tempat letak kereta pun banyak.
Di Sungei Wang , korang boleh ke EYES VISION GROUP, di Level G. Cari Mr. June, cakap je korang dapat tahu pasal kedai ni dari Ben Ashaari. InshaAllah akan dibantu dengan baik. Buat spek jauh dekat dan juga tukar gelap ! InshaAllah membantu dalam keadaan sekarang ni.
Whatsapp : Mr June - 016 3636464
3 comments
Kalau ben nak tahu, juju kt pejabat kalau buat kerja wajib hari2 guna pelindung kaca mata khas utk tgk pc, lega mata dapat pakai pelindung dari kedai yg ben rekemen dekat juju tau. Kawan2 sepejabat juju pun ramai dah ke kedai ni. Diorang cakap oppa william tu nice guy sgt, dia treat us like a king and queen. Terbaik ben !
BalasPadamKALAU DAH START SAKIT MATA ADALAH TAK KENA TANG POWER MUNGKIN
BalasPadamnak spek baru aben..hehehe..tapi dah jauh..xdapek..hee
BalasPadam