Cipta kenangan terindah dengan bijaksana !
Alhamdulillah... Hari ni sudah masuk hari ke 5 selepas trip gelembung pelancongan bersama Ben & Nash Adventure Holidays. Sejujurnya , aku memang agak gementar nak ikut trip ni. Maklumlah, dengan peningkatan kembali kes positif Covid 19 , sapa tak takut kan ? Bukanlah takut mati tapi kita tak nak membawa pulang penyakit ni ke rumah dan seterusnya menjangkiti ahli keluarga yang lain mahupun kenalan kita ketika di tempat kerja. Tapi aku yakin, sahabat aku , Mr. Nasarudin atau Mr. Nash dapat memastikan para peserta trip mematuhi SOP dengan sebaiknya. Untungnya yang pergi trip ni , semua jenis bijaksana. Mereka adalah tour guide yang berpengalaman di dalam dan di luar negara.
Sepanjang trip ni, aku dapat lihat sendiri la keadaan semasa di beberapa tempat awam. Ketika di hotel, bagaimana pihak kakitangan hotel yang begitu komited menjaga SOP. Begitu juga ketika makan di luar atau dine in. Sesungguhnya aku pertama kali nak dine in setelah berbulan bulan tak dine in di luar ! Gementar nak tanggalkan face mask serupa nak tanggalkan baju di khalayak ramai ! Hahahaha.
Malah ketika beriadah di tempat terbuka, aku masih berusaha untuk memakai face mask. Walaupun dikatakan selamat untuk membuka face mask ketika beriadah , aku tidak berani sama sekali mengambil risiko. Memilih jalan selamat, adalah yang terbaik untuk aku buat masa ini. Dan sebaiknya, aku tak nak leka sama sekali. Maklumlah, kang dah sedap buka.. terasa selesa sampai terlupa nak pakai kembali ! Biarlah begini..
Dan sepanjang perjalanan trip tu, aku memandu bersama rakan aku. Di dalam kereta , kami masih lagi memakai face mask dan cermin tingkap diturunkan agar ada pengudaraan. Begitu juga di bilik hotel. Pintu dibuka untuk memastikan ada pengudaraan yang baik sebelum face mask ditanggalkan. Jarak memang dah jarak. Alhamdulillah.. Kita jaga kita.
Cuma sayangnya.. apa yang aku nampak ialah punca punca kenaikan kes Covid 19 ni adalah bermula dari kelalaian orang awam sendiri. Sudahlah buka face mask kemudian berkumpul di tempat ramai orang ! Sudah la ramai orang pastu tempat tu tertutup dan tidak luas ! Contohnya , di dalam restoran atau tempat riadah. Dah tau ramai orang , carilah tempat lain atau pakailah face mask tu !
Walaupun kita tau.. ramai kenalan kita yang dah pernah dijangkiti Covid 19 ni, sembuh tapi janganlah kita lupa yang setiap hari , berpuluh puluh orang terkorban kerana virus durjana ini ! Jangan pandang ringan. Tak kira la samada dah ada vaksin atau tidak, teruskan jaga SOP kita. Walaupun dengan orang yang sihat , kita tetap kena jaga. Kita tak tau apa yang berlaku 5 hari sebelum ini. Hari ni dia sihat , esok lusa tiba tiba dia demam.. rupanya dah dijangkiti 2-3 hari lepas cuma belum ada simptom ! Baru kita nak kelam kabut !
Cuti sekolah akan datang. Pakar kesihatan dah bagitau , kes akan kembali naik ! Yer.. tak mustahil. Balik kampung.. bercuti sana sini ! Fikirlah untuk hari mendatang. Tunjuk contoh yang baik pada anak anak kerana mereka akan lakukan ketika di sekolah nanti ! Kita sebagai ibu bapa , wajar tunjukkan pada anak anak bagaimana nak melindungi diri di zaman pandemik ni.
Biarlah orang nak gelakkan kita dek kerana kita ikut SOP. Kita , teruskan jaga supaya orang lain selamat kerana tindakan kita.. Mulakan tahun 2022 dengan senyuman.. cukuplah 2 tahun kita dalam kegelapan... itu pun jika kita nak ubahnya.. atau kita akan terus bawa tahun 2021 ke tahun 2022 !
1 comments
kalau kita semua berdisplin jaga SOP, InshaAllah kita akan selamat
BalasPadam