Jangan tunggu tua baru nak ubah gaya hidup !
Dunia sudah berbeza. Tak tau apa yang menanti kita di masa hadapan. Tapi yang pastinya, kita kena ubah dari sekarang. Aku nampak, kebelakangan ni orang dah bising dengan kenaikan harga barang. Apa pilihan yang kita ada ? Tanam sayur sendiri ? Ternak ayam ? Huhuh.. jenuh !
Tapi jika kita renungkan kembali.. kita ada pilihan ! Pertama.. Yer, manfaatkan masa ! Semakin ramai gemar bercucuk tanam. Rasanya di Facebook ada tunjuk cara cara nak menanam sayuran di ruang yang kecil. Jika ada tanah sendiri yang luas , lagi bagus kan ?
Ok.. tu bab makanan. Tapi paling penting ialah.. kawal pemakanan kita ! Sudah tiba masanya untuk mengisi yang penting penting saja di dalam perut kita. Dan tolong pastikan anak anak kita terlibat sama. Kena ajar mereka makan sedikit tapi yang berzat. Elakkan makan makanan yang sama sekali tidak bagus untuk mereka. Jangan diajar mereka. Seterusnya kita dapat berjimat cermat.
Contohnya.. di rumah aku ni.. anak anak makan masakan mak diorang masak. Aku jadi tukang suap. Kalau tak suap , memang payah nak makan diorang ni. Tapi ada bagusnya. Aku suap diorang ala kadar jer. Bukan makan sampai tahap kenyang. Sekadar makan untuk hidup jer. Dengan cara tu, mereka kawal selera makan dan juga perut mereka. Tapi kekerapan makan tu penting juga. Pagi ,tengahari , petang dan malam. Cuma kuantiti tu je tak perlu banyak.
Dan untuk aku pulak... golongan berumur yang mana ada yang kata tak perlu dah nak jaga badan. Heee.. Ikutlah keperluan memasing. Bagi aku, anak anak melihat apa yang aku buat. Diorang tengok aku rajin bersenam.. mereka pun ikut sama. Si Aariz tu terutamanya , bila makan.. dia tak nak makan banyak. Katanya tak nak belly macam daddy ! Persoalannya.. boroi sangatkah aku ?????
Aku kawal makanan walaupun aku makan apa saja tapi dipastikan makanan tu tidak tinggi garam , tidak terlalu berminyak dan juga tidak manis ! Kesannya.. aku dapat rasakan badan lebih ringan dan mudah untuk bangun awal pagi. Sakit kepala pun tidak ada lagi.
Ubah gaya hidup... tidak lagi tertekan dengan kehidupan. Seterusnya , dapat kawal tekanan darah tinggi. Untuk hilangkan, aku rasa tak mungkin kot. Tapi sekurang kurangnya, tidak bergantung pada ubat ubatan doktor untuk pastikan tekanan darah stabil.
Sebenarnya... seronok bila kita kawal semua ni. Tidak lagi menjadi hamba pada makanan dan juga sibuk mencari makanan sedap sedap setiap hari. Makan je apa yang ada ! Pastikan sihat dan berkhasiat. Tu jer. Nasi putih, ulam dan telur goreng pun dah cukup. Tak perlu ikan patin mahupun sotong goreng. Tu kayangan je tu. Hee..Bonus..slim !
Rajin bersenam walaupun sekadar ringan ringan jer. Buat kerja rumah tu, bukan bersenam. Walaupun membakar kalori tetapi kita stress dalam mengerjakan kerja rumah. Bersenam ni kena enjoy dan rileks. Barulah betul. Sebab tu ada yang bersenam atau beriadah tapi gagal turunkan tekanan darah. Kenapa ? Sebab dia tak jaga makan, kurang tidur dan juga bersenam dengan cara yang salah !
Ubahlah gaya hidup kita. Walaupun mati itu pasti , tapi adalah kewajiban kita untuk menjaga kesihatan kerana ianya juga amanah buat kita. Dapat pahala gak woo..
5 comments
Ada benar tu...
BalasPadamPerkongsian yang menarik
T.Kasih
Setuju, buat kerja rumah bukan kategori dalam bersenam. Kena betul2 bersenam baru enjoy dan seronok barulah kalori elok dibakar. Syabas ben!
BalasPadamnice sharing..btul tu jgn tunggu dh tua sbb nti kita jd makin malas nk ubah
BalasPadamnasihat yang sangat-sangat berguna. TQ BEN selalu ingatkan follower
BalasPadamusahakan untuk sihat sepanjang masa dan sepanjang zaman
BalasPadam