Dah slim dah Ben !
Setiap hari aku tengok cermin , aku geleng kepala. Bila la nak slim badan aku ni. Tapi aku tahu, itu sangatlah mustahil untuk dilakukan kerana aku tak jaga makan. Bukanlah nak kata aku bedal semua jenis makanan.. Tak pun! Aku masih jaga apa yang aku makan kerana jika aku salah makan , aku akan sakit kepala dan juga perut berangin ! Memang kena jaga baik baik. Yang aku maksudkan ialah, apa yang ada di depan aku.. aku makan je. Tak memilih terutama jika isteri yang masak. Sebab tu payah nak dapat bentuk badan yang diidamkan.
Tapi bagi aku , memadai je la dengan sihat dan juga tak boroi. Boroi memang bermasalah pada aku. Nanti aku tak fit. Nak jaga 3 orang anak ni, kena fit mental dan fizikal. Dan anak anak pula meniru kita. Maka kita kena tunjuk pada mereka betapa pentingnya menjaga kesihatan. Jika mereka jaga kesihatan , inshaAllah mereka akan menjauhi rokok mahupun dadah.
Bonus... dapat badan yang slim dan juga awet muda.. Selain jaga makan , kena rajin bersenam. Rehat yang cukup dan betul juga penting. Jika kita buat semua ni, banyak manfaat. Antaranya.. jimat dari sudut kewangan ! Kan kan ? Nak makan sedap sedap.. hujung minggu jer. Hari biasa, memadai makan untuk teruskan kehidupan jer. Gituu..
Ok ok.. aku nak cerita mengenai makanan tambahan yang aku ambil. Selain telur ayam , daging ayam dan juga ikan.. sumber protein aku ialah dari MMX Whey dan juga MMX ISOLEAN. Kedua dua ni dah berbulan bulan aku amalkan. Alhamdulillah.. sesuai untuk aku.
Sebelum ni , aku suka campurkan dengan yogurt , kacang badam dan susu rendah lemak dengan MMX Whey. Terasa badan naik lain macam. Tapi berat badan tetap sama iaitu dalam sekitar 92kg jer . Sekarang aku guna MMX ISOLEAN kerana lebih nipis rasanya berbanding MMX Whey. Kandungan pun berbeza. Rajah dibawah ada aku tunjukkan perbezaannya. Ada yang suka tebal tebal rasa.. ada yang macam aku. Nak rasa nipissss je.. Haaa.. kan kan ?
MMX Isolean
MMX Whey
Sedap bila campurkan ISOLEAN dengan oats. Sebelum ni aku nak telan oats pun tak boleh. Sekarang boleh dah malah sedap ! Untuk pengetahuan korang bagi yang tak tau lagi kebaikan oats ni (yang dah tau, baguslah yer ), oats mampu menjaga jantung kita ! Begitu juga dengan usus , menurunkan kolestrol , mampu mencegah penyakit kardiovaskular dan banyak lagi ! Sebab tu aku amik setiap pagi dan malam.. selepas workout.
Nasihat aku.. kalau korang yang bersukan dengan kerap, kena ambil makanan tambahan seperti whey protein untuk memastikan otot kita sihat. Dan juga memastikan ketika kita dalam proses pemulihan tenaga dan otot tu, dapat sumber bahan yang sihat dan berkhasiat. Bukannya gi kedai mamak, balun nasi kandar sepenuh pinggan. Huhuh.. Kononnya recovery ! Salah konsep dah tu.. Kena pastikan makanan yang masuk tu berkhasiat dan yang penting kita tau berapa jumlah kalorinya.
Sekarang ada sale.. Boleh tengok di NutrionPro.My
1 comments
a'ah Ben dah slim dah sekarang.
BalasPadam