Gelembung pelancongan oleh Ben & Nash Adventure Holidays sekitar Seremban , Negeri Sembilan

by - Isnin, November 15, 2021


Negeri Sembilan, bagi yang tak tau.. walaupun negerinya kecil tapi sangat kaya dengan pelbagai produk pelancongan. Kalau nak pusing Negeri Sembilan ni ,  kena betul betul plan. Kalau tak, mesti ada yang tertinggal punya. Dan paling best ialah bila pergi melancong tu , kita tau sejarah dan adat kawasan setempat. Barulah melancong sambil belajar. Takda la asyik nak bergambar je kejenya... Hee.. 

Hari kedua, Gelembung pelancongan oleh Ben & Nash Adventure Holidays dengan khidmat nasihat dari  Pesona Seremban  di Negeri Sembilan bawa para peserta beraktiviti lasak. Nak lasak sangat tu, tak la sebab kena ikut faktor usia gak. Tapi bagi mereka , dah kira lasak gak sebab ada yang tak pernah buat lagi sepanjang usia mereka. Ternyata aktiviti yang disediakan untuk mereka , berbaloi dijadikan kenangan dan memori. 

Lokasi hari ke dua , kami ke Kampung JKIN di Bukit Putus.  Lokasi tempat ni sangat strategik untuk mereka yang inginkan kehijauan, kedamaian dan pada masa sama, penuh dengan aktiviti dari pagi hinggalah ke malam hari ! Sebelum aku teruskan , sila baca cerita hari pertama di SINI yer.. 



Di sini , memang bagus untuk buat team building. Bayangkan jika trip dibuat Ben & Nash Adventure Holidays di sertai mereka yang kepala giler giler. Fuh , memang enjoy abis punya la ! Bukan sekadar enjoy tapi turut bermanfaat ! Antara aktiviti yang ada kat sini ialah berATV , flying fox , buaian gantung jungle trecking , hiking , karaoke dan beberap lagi. 

Oh ya.. sini jangan harap level 5 star punya kemudahan tapi tetap tip top ye.. Dan untuk pengetahuan korang , aku dah ke sini 3-4 kali. Tiap kali ke sini , memang mengujakan terutamanya bab makanan , aktiviti dan staff mereka yang peramah ! Lokasi.. jangan cakap la.. Dengan berlatar belakangkan Bukit Putus dan Gunung Angsi. 














Selepas selesai beraktiviti , bersihkan diri dan solat. Lokasi seterusnya ialah ke Bandar Sendayan yang mana di situ terkenal dengan Masjid Sri Sendayan dan juga tempat sukan Xtreme iaitu X Park Sendayan ! Masjid Sri Sendayan yang juga terkenal dengan nama Taj Mahal Malaysia ni adalah masjid yang cukup unik senibinanya. 

Dan menariknya ialah , para peserta rombongan yang bukan Islam turut berpeluang menerokai masjid ini dan melihat sendiri tarikan yang ada di masjid ini. 


Selesai pusing masjid , masa untuk membakar kalori dan juga adrenalin ! Huhuhuh.. Main Go Kart di X Park. Selain Go Kart , di X Park ni ada pelbagai lagi tarikan aktviti membakar kalori seperti AquaWalk, Archery , ATV , BubbleBall , Buggee , Dogdeball , Flying Fox , Glamping , Kiddie Car, Motorcross, Highropes , PaintBall , Pocket Bike , Push Bike , Kayaking , Wall Climbing , Golf dan banyak lagi. Di sini , jangan risau bab makan. Dari pagi hingga malam ada banyak makanan dijual ala ala gerai jalanan tapi sangatlah bersih dan tersusun. Makanan dia, memang sedap sedap ! 



Jam 9 malam , kami bertolak ke Bandar Baru Nilai. Singgah sebentar di Dataran Nilai untuk melihat sendiri kemeriahan tempat tu di waktu malam. Biasanya tempat ni dipenuhi untuk bersantai bersama keluarga. Selepas tu terus ke Nilai Spring Hotel untuk daftar masuk. 



Alhamdulillah... hari kedua berakhir dengan kegembiraan terpancar di wajah peserta rombongan. Masing masing kepenatan tapi mereka tahu... hari ketiga ada sesuatu yang menarik menanti mereka. Begitulah kelebihan melancong secara gelembung bersama Ben & Nash Adventure Holidays. Bukan saja melancong tapi turut sama belajar menghargai alam dan juga sejarah tempatan. Amacam ? Nak ikut pasni ?





You May Also Like

6 comments

  1. Wah... Syoknya jelajah Negeri Sembilan!

    BalasPadam
  2. Best yer trip melancong sambil belajar.

    BalasPadam
  3. Wah best nya.. bagus ikut travel agensi sbb smua diatur dengan baik 👍

    BalasPadam
  4. Nak ikuttt , tapi malas nak plan sendiri so pikir balik baik ikut agen travel lagi best. Tak penaing nak plan nak pergi mana dan mana selepas ini.

    BalasPadam
  5. Masjid Sendayan tu teringin nak g...

    BalasPadam