Gegar Vaganza 2021 menarik !
Kali ni, Gegar Vaganza menarik ! Kenapa ? Aku nampak niat baik Astro kali. Terbaik. Malah artis artis yang join kali ni, memang padu padu. Cuma sorang dua je la. Dah boleh nampak bakal terkeluar awal. Punya bakat tapi rasanya pertandingan ni bukan untuk diorang la..
Drama dah bermula tapi bagi aku bukanlah drama yang dibuat buat. Aku follow sorang artis ni dan memang mengetahui kesusahan dia sejak awal PKP hari tu. Ditambah pula dengan baru baik dari serangan satu penyakit yang sering menyerang rakyat Malaysia. Kesian. Semoga Allah permudahkan dia dan murahkan rezeki buatnya selepas ini. Jangkaan aku TOP 3.
Tertarik dengan penyertaan Apek dan Yassin (SA.YA). Antara punca aku nak tonton Gegar Vaganza kali ni. Peluang ke peringkat akhir memang nampak sebab mereka berusaha ke arah situ. Cuma , yelah.. mereka ni kan pelawak bukannya penyanyi. Moga ada rezeki buat mereka.
Suki Low.. Hehehe.. terpikat lak aku dengan dia. Comel gitu.. Hahaha.. Suara dia padu. Kalau tutup mata dan dengar dia menyanyi.. mesti ingat gadis melayu jati yang menyanyi. Ditambah lagi dengan senyuman dia.. perfect !
Aliff Aziz... wow ! Ni satu lagi pesona Gegar Vaganza kali ni. Aku pernah ada job dengan dia sekali. Orangnya memang baik, peramah dan tak banyak bunyi. Ketika dia 'jatuh' tu , aku memang kesian sangat kat dia. Dan bersyukur sangat tengok perubahan dia. Ternyata nampak lain sangat dan begitu matang sekali. Peluang dia untuk juara , memang tinggi jika dia kekalkan momentum dan berpotensi untuk naik semula di industri hiburan.
Upiak Isil , Nikki , Bandi Amuk antara calon calon ke peringkat akhir. Masing masing 'diperlukan' untuk menarik penonton menonton peringkat akhir. Manakala yang lain tu, kena berusaha keras la untuk pastikan diri layak juga. Bukan mudah sebab dari segi populariti ketika pertandingan ni sangatlah diperlukan.
Akhir kata... buat ASTRO , asal hujan.. signal hilang ! Apa jadah ? Abis Gegar Vaganza ni.. aku terminate akaun. Grrr.. Dan buat kak Adibah Nor , saya doakan moga dimurahkan rezeki ye. Anda boleh lakukan.
0 comments