Hanya tinggal memori !
Terkejut kami sekeluarga bila melihat tempat kami berkhemah, ditimpa pokok ! Rasanya bukan baru berlaku sebab mereka dah potong bahagian tengahnya. Aduh ! Betul betul port kitorang lak ! Terus mati mood nak lepak lama kat situ. Tanah tanah kat situ pun lembab jer. Walaupun cuaca cantik, aku tak berani amik risiko.
Dan paling menyedihkan.. tak leh amik gambar cantik dah kat situ ! Kena naik atas sikit untuk bergambar. Huhuhu... Nasib baik ada memori yang lepas. Banyak gak aku amik gambar kat situ. Nampaknya permandangan selepas ni akan berubah. InshaAllah , akan lebih cantik sebab kawasan ni memang terjaga. Cuma aku tak rasa dalam masa terdekat. Bukan senang nak alihkan batang pokok yang tumbang kat situ.
Geng hiking , tetap teruskan perjalanan.
Nak pasang khemah pun takda mood. 2 jam je kat situ. Sebelum hujan turun , kitorang balik. Tapi hujan tak turun pun. Matahari menampakkan diri tak lama kemudian. Tak pe la.. Janji anak anak dah dapat main air dan tangkap ikan walaupun tak dapat ikan ! Hahahaha..
2 comments
sedih bila keadaan alam semulajadi rosak..semoga kembali seperti asal..
BalasPadamsedih..bila kita tahu keadaan asal dengan keadaan terkini.
BalasPadam