Cukuplah Sungai Chongkak . Kita ke Tangga Putrajaya pula !

by - November 26, 2021

Sabtu datang lagi ! Nak gi mana pulak minggu ni ? Minggu lepas , dah pergi ke Sungai Chongkak buat kali ke 4 sejak rentas negeri dibenarkan. Dan kali ni pergi dengan 2 matlamat utama. Pertama , nak sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 dan yang ke 2, nak tangkap ikan ! Bukanlah nak tangkap ikan untuk bawa pulang ke rumah tapi lebih pada tangkap dan lepas. Saja nak buat aktiviti dengan anak anak. 

Sungai Chongkak ni cantik sangat bagi aku. Mendamaikan. Menenangkan terutama bila lepas hujan. Syok sangat ! Dan kelebihan Sungai Chongkak Park & Resort ni ialah boleh bawa masuk kereta hingga ke dalam. Parking di mana kita nak kemudian , beriadahlah. Nak masak ke.. nak mengoreng ke.. nak pasang khemah ke.. silakan ! Tapi jaga kebersihan yer.

Pada hari yang aku pergi tu, tak ramai orang. Pelik juga. Tapi aku rasa mungkin orang dah ramai pergi bercuti di luar kawasan. Banyak pilihan sekarang ni. Walaupun kes positif Covid 19 naik turun, ianya tidak menghalang rakyat Malaysia dari pergi beriadah.

Tapi satu je kelemahan di sini.. Jalan rayanya ! Aku dah mula malas nak ke sini dek kerana jalan raya dia la. Cukup teruk ! Aku dah buat komplen terus ke Tourism Selangor beberapa minggu lepas yakni pada riadah kami yang ke 3.  Ketika pergi masa riadah ke 4 tu, takda lagi perubahan. Mungkin mereka baru amik maklum. Harapnya mereka boleh baiki dengan secepat mungkin. 







Kesejukan Sungai Chongkak ni memang syok ! Nak mandi pun pikir 3-4 kali. Tapi mana tahan tengok air kan ? Hahaha.. Tapi nampaknya , kembali ke sini.. mungkin tahun depan je la kot. Dah terasa jemu terutama jalan masuk ke dalam tu. Jika dah ok , memang terbaik la tempat ni ! 

Nampaknya.. minggu ni kita beriadah di Tangga Putrajaya jer ! Naik turun tangga ni pun mampu bakar banyak kalori. Ada 250 tangga kesemuanya. Dapat berlari naik turun , confirm leh pitam jap. Hahaha.. 

Tempat ni dibuka jam 7 pagi hingga 7 malam. Pakai face mask kat sini walaupun korang di sini atas status beriadah.





You May Also Like

1 comments