BEN ASHAARI




Wife ajak makan di luar dengan anak anak. Biasanya , kami akan bungkus bawak balik. Tapi kerana dah kelaparan sangat hari tu, maka aku bersetujulah untuk dine in jer. Tu pun kena pilih tempat yang  terbuka dan takda ramai orang. 

Aku perhatikan di restoran yang aku masuk ni , kakitangan dia memakai double face mask. Bagusnya ! Tapi yang tak bestnya ialah pelanggan dalam restoan ni ! Makanan belum sampai tapi face mask dah dibuka. Kemudian , berbual sakan. Adoilah... takkan tak paham paham lagi kot ??? Tak kisah la kau tu sihat atau dah siap booster bagai maka boleh je bukak face mask tu ! 

Perlu tahu.. kes Covid 19 ni beribu je setiap hari. Dan kita ni pun tak tau samada kita ni pembawa senyap atau tidak ! Tak nampak virus tu ! Maka kita perlu amik pendekatan selamat.. Kita jaga orang lain sebagaimana orang lain jaga kita. 

Caranya mudah jer... Selagi kita tak makan , jangan buka pelitup muka atau face mask kita tu ! Kita tak sedar.. tiba tiba ada je orang lalu belakang kita. Siap bawa anak lagi ! Dan anak kecil ni , tak pakai pelitup muka. Janganlah kata sapa suruh bawa budak budak gi tempat terbuka.. Jangan gitu ! Sekarang ni kita dah kena belajar hidup begini. Tapi ikutlah SOP yang disuruh tu.. Kau nak berbual, berbuallah.. tapi pakailah face mask tuuu ! 

Dan bila makanan dah sampai.. makanlah ! Bila makan , jangan bercakap. Kasi abis makanan tu dulu.. barulah sambung borak ! Dah abis makan , masa nak selfie.. pakailah face mask ! Mudah jer. Tujuan , kita nak jaga orang lain. Tu jer. Kalau kita buat macam ni, orang lain akan ikut. 

Melainkan jika kita di tempat yang betul betul terbuka dan ada aliran udara yang bagus.. haaa , bukak laaa ! Tapi pastikan bukan di khalayak umum... 

Sedih bila baca posting kawan kawan yang terkena jangkitan dan paling menakutkan... sekarang ni cuti sekolah.. Buka sekolah nanti, apa cerita anak anak kita ??

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 


Mungkin dia setuju untuk sertai Gegar Vaganza kali ni nak tunjukkan pada anak dia yang dia adalah penyanyi. Bukan nak menang sangat pun. Gitulah perasaan seorang ayah. Macam anak perempuan aku la.. tiba tiba nak tengok orang main bola sepak kat stadium. Bila aku kata aku dulu pun pemain bola sepak.. siap pernah wakil sana sini , dia cam.. WHAT ?? Tak cayalah , katanya. Geram pulak nak buktikan kat diorang. Tapi tu la.. Hahahaha.. 

Gegar Vaganza musim 8 dah masuk minggu ke 4.  Peserta perempuan mula menunjukkan belang. Dan aku rasa Top 3 memang perempuan buat masa ni.  Adibah Noor , Nikki , Suki saling bersaing sesama mereka. Memang mantap persembahan dan juga suara. Peserta lelaki , Aliff Aziz bergantung pada mood dia. Namun memberikan cabaran sengit. Ni kira underdog la gitu ! Tak leh caya gak woo.. tiba tiba boleh mengigit ganas ! 

Persembahan Adibah Noor dan Suki semalam... woww !  Macam final Muzik Muzik lak. I loike it beri beri much ! Terpikat dengan Suki gitu. Hahahaa... Mau gak bini aku perambat masuk bilik pasni ! Bukan takut bini.. Malas nak gaduh je. Hahahaha.. Gurau jee ! Tapi serius , aku memang nak sangat Adibah Noor menang malam tadi ! Dan persembahan dia memang tak menghampakan. Dia dah mula temui rentak dia. Kalau dia konsisten , dia boleh berada di TOP 3. Bersaing dengan Nikki dan Suki. 

Bro Azan , kalau dapat lagu slow slow.. dia leh makan ! Bandi Amuk... hurm.. perlu buat kelainan ! SA.YA , lenggok suara perlu mantapkan lagi. Ani Mayuni , dalam senarai nak terkeluar...  

Lepas tengok persembahan Adibah Noor.. terasa nak layan Keroncong lak ketika workout di gym nanti.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Mampu tersenyum baca respon rakan rakan pengguna Twitter membalas tweet di bawah ni. Macam macam respon ada. Dan seperti yang dijangka aku, menghentam lagi ramai berbanding yang mempertahankan. Suasana di Twitter ni berbeza sekali dengan di Facebook. Aku rasa ramai lebih suka membaca dari nak habiskan masa berbahas di sini... macam aku ! Hahahaha.. Penat otak dan bikin stress je !

Aku pernah kerja kerajaan secara kontrak. Pertama , sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih. Alhamdulillah.. pengalaman 2 tahun mengajar  membuka mata aku bagaimana situasi sebenar di sekolah. Gaji, tak sampai RM700 pun tapi dia punya tekanan , perghhh ! Aku mula dapat HYPERTENSION di sini. 

Kemudian di Kementerian Kewangan , rasanya dekat gak kot 1 tahun. Kat sini , kerja aku ialah tukang susun fail, amik fail dan hantar fail pada staff yang memerlukan. Meja aku, dalam bilik fail.. seorang diri ! Hahahaha.. Takda komputer  yer. Maka dari awal pagi hingga petang hari , aku tengok fail jer. Gaji , tak sampai RM800 tapi kena ulang alik dari Cheras. Tapi aku suka sebab impian aku jadi kenyataan. Aku memang teringin nak bekerja dalam bangunan MOF ni sejak di awal awal dibina. Ketika awal Putarajaya dibina, aku rajin lalu sini. Memang bangunan MOF ni antara yang tercantik di Putrajaya. 

Kemudian aku dapat kerja baru di Kementerian Pelancongan Malaysia di PWTC. Impian jadi kenyataan gak ni ! Bangunan PWTC ni , lejen ! Semua pemimpin negara pernah berada dalam bangunan ni. Maka terasa bangga la kerja dalam bangunan ni. Hahahaha.. Dan di sini , aku masih lagi kerja kontrak. Nah , kerja aku kat sini.. boleh dikatakan multitasking la. Cuma tak buat kerja PTD je la. Hahahah.. Dan HYPERTENSION aku berterusan. Alhamdulillah , gaji kecik gak la tapi cukup untuk aku sehinggalah aku dilantik jadi pegawai kontrak. Aku kena uruskan bab IT di sini. 

Untuk pengetahuan, sebelum aku bekerja kerajaan ni, aku dah bekerja di 2 syarikat swasta , sebagai pengaturcara komputer. Gaji memang 4 angka la. Jauh beza dari kerja kerajaan ni. Tapi dia punya cabaran dan level stress pun , padu la ! Hahahaha... Ngeri bila teringat balik. Seronok lagi jadi blogger ! Hahahaha.. 

Di Kementerian Pelancongan, aku pernah jaga kaunter. Memang kami di sini , buat syif. Orang tak putus putus datang ! Tapi masalah yang jaga kaunter ni ialah.. jika pertanyaan perlukan jawapan segera , kena dapatkan dari pegawai atas. Tak boleh suka suka kasi jawapan. Nanti kau bermasalah ! Dan macam macam karenah la perangai orang yang datang. Jika tak suka ngan jawapan kita, nanti diorang report atasan. Kita lak kena menjawab ! Fuh... penat weh ! Kita ni nak jujur dan amanah bila bekerja tapi bila dah main kabel kabel ni.. hurm.. di situlah bermulanya masalah ! Faham kan ? 

Lepas pukul 5 pun masih ada yang datang dan kami masih melayan. Bila tak layan, bisinglah diorang ! Hehehe.. Bila dah tutup kaunter , baru la dapat tarik nafas legaaa ! Pastu sambung buat kerja kerja dalaman skit seperti update data, statistik dan sebagainya. Malam baru balik. Takda OT ye. Berkhidmat untuk kerajaan. Bila dapat arahan kena kerja luar... huhuuh... orang luar kata seronok ! Leh duk hotel bagai. Hahahaa.. Kau nak kerja luar , anak anak camana ? 

Selepas berhenti kerja , Ya Allah.. dia punya nikmat.. lain macam ! Hahaha.. Sebelum berhenti tu, aku ingat lagi.. aku 'kurang ajar' dengan Menteri. Lama dah aku teringin nak buat ! Hahahaha.. Geram punya pasal kat dia tu. Meluaaaat !  

Kerja sebagai penjawat awam ni , kalau merasa dari bawah hingga ke pegawai.. memang kau akan jadi penjawat awam yang bagus ! Tapi bila kau bekerja sekadar untuk dapat gaji.. tu yang ramai tak amanah dan ikhlas. Ketika minta kerja , semua boleehhh ! Maklumlah, belum dapat. Dah dapat TETAP , baru nampak belang memasing. Di sektor swasta tak boleh buat macam ni.. terus kena buang ! Sektor awam tak leh. Kenapa tak leh ? Tu korang kena tanya kawan korang yang keja kerajaan ni. 















Nak betulkan sistem dalam pentadbiran kerajaan ni... bukan susah pun ! Senang jer. Mulakan dengan memilih wakil wakil rakyat yang betul ! Jika wakil rakyat yang dipilih ni betul dan buat kerja dengan amanah dan ikhlas , inshaAllah.. sistem pentadbiran dalam kerajaan terutamanya.. akan cantik dan sempurna. 

Tunggu PRU 15 nanti.. korang ubahlah sendiri ! Benda boleh ubah.. apahal nak kekalkan ? Hahahahaha.. Pastu sendiri bising. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Tahun depan, Qhaliff masuk tahun 4. 2 tahun dia keciciran walaupun sekolah dah bermula. Namun , aku sebagai ayah dan penjaganya.. takkan nak biar dia keciciran begitu kan ? Nasib baik laa ada FlyHigh Training Centre ! Kenapa ? Aku rasa ramai dah tau kot yang FlyHigh Training Centre ni ada buat kelas tambahan sebelah malam.  Sangat berkesan !

Alhamdulillah.. awal awal dulu, Qhaliff macam blur blur jer masa join kelas ni. Terpaksa aku temankan dia. Tapi setelah berbulan berlalu.. dia dah mula boleh belajar sendiri dan selesa dah dengan pembelajaran online ni. Nak bersoal jawab dengan cikgu pun senang. Jumlah pelajar pun tak besar dan memudahkan dia untuk bertanya soalan pada cikgunya. 


Dan aku yakin... ada ibu bapa yang risau anaknya yang juga ketinggalan walaupun dah hantar ke sekolah. Ditambah dengan kes Covid 19 ni tak menentu di Malaysia ni , anak anak pun tak boleh nak fokus sangat di sekolah. Takut takut juga kan ? 

Tak pe la.. Bagi yang kecil lagi tu, ada masa lagi untuk mengejar. Tapi yang di Tahun 6 ni, camana lak ? Sempat ke ? Tak pe.. tak pe... Ada satu bengkel anjuran FlyHigh Training Centre khas untuk  Tahun 6 yang diberi  nama ' Bengkel Impak Impak PKSK dan UKKM ' yang mana menyediakan 4 orang guru cemerlang dimana  2 darinya adalah guru dari DIDIK TV ! 

Apa beza artikulasi UKKM dan PKSK? 



Segalanya akan dijelaskan dalam bengkel yang bakal berlangsung pada 11 Disember 2021 yakni esok ! Sebab tu kena join dan dengar sendiri. Selain tu, pelajar pelajar juga akan belajar cara menjawab soalan-soalan tersebut dengan teknik yang betul dan mudah.

BENGKEL IMPAK PKSK & UKKM  TAHUN 6 2021 SIRI 5::POPULAR BACK ON DEMAND

Mata pelajaran :  BM • BI • MATEMATIK • SAINS (Serendah RM90 utk 4 mata pelajaran  selama 2 hari )

 Khas untuk  Pelajar Tahun 6 :
  • Teras PBD dan DKSP
  • Persediaan Awal ke Sekolah Menengah dan Ke  Sekolah Khusus (SBP & MRSM)

Fokus : 6 KOMPONEN 
  1. ARTIKULASI PENULISAN UKKM  
  2. LITERASI PENULISAN PKSK                                        
  3. MATEMATIK
  4. ENGLISH 
  5. PENYOALAN SAINS   
  6. KEPERIBADIAN
Tenaga Pengajar :
  • GB Shahril 
  • Mommy Deeba 
  • Cikgu Bob
  • Cikgu Shukry 

Jadual Waktu :

Hari Pertama
Tarikh : 11 Disember 2021 ( Sabtu )
.Mata pelajaran : Matematik
Masa :  9.00am - 10.30am

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Masa :  11.00am - 12.30pm

Hari Kedua 
Tarikh : 12 Disember 2021 ( Ahad )
Mata pelajaran : Bahasa Inggeris 

Masa :  11.00 am - 1.00pm
Mata pelajaran : Sains
Masa : 8.30pm - 10.00pm

Yuran Penyertaan ( Ruangan Terhad ) 
RM90 (1 sesi utk 4 subjek)

Untuk Mendaftar , sila klik https://flyhightuition.yzza.io/per8r

Jangan biarkan cuti sekolah anak kita... berlalu dengan habiskan masa begitu saja ! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Terasa sakit kepala tiba-tiba bila menonton television atau gunakan handphone. Pelik gak ! Nak kata tak pakai cermin mata, aku pakai jer. Aku ada bertanyakan pada rakan aku yang juga ada ilmu dalam penjagaan mata ni. Katanya..... Ha ! Ini menarik. Aku tak pernah tahu pun bab ni. 

Ada beberapa punca  jika ianya melibatkan cermin mata yang kita guna hari hari tu ! Pertama , calar ! Jika calar. cahaya masuk menerusi kanta cermin mata dan terkena pada bahagian calar tu.. apa jadi pada cahaya tu ? Mestilah akan pecah dan terbias ! Bila cahaya kena pada anak mata, dah tak tau nak fokus mana.. Secara amnya gitulah.. 

Antara bingkai yang popular sekarang

Keduanya , jika katanya dah lama. Maklumlah , kanta zaman sekarang ni banyak plastik. Jadi bila dah lama.. ianya akan mula pudar dan kabur. Melainkan jika kanta kita tu , jenis berkualiti. Macam aku punya ni jenis biasa jer. Dalam setahun dua memang kena tukar baru. 

Dalam erti kata lain, cermin mata aku ni walaupun bingkainya tip top tapi cerminnya perlu aku tukar. Memang terasa kelabu la penglihatan aku. Adeh...Dan memang ada je kawan kawan aku rajin tukar spek tiap tahun. Katanya sebab ni lah.. Dan juga bingkai kan sekarang murah murah dan banyak design. Duit ada , apa lagi ! Heeee... Takda duit, guna yang biasa biasa tapi mata mesti mau jaga ! Kalau rosak mata.. duit banyak pun tak guna ! Nak operate mata , lagi mahal ! Haa..cenggitu.. 

Betullah gak kan ? Lebih lagi korang yang bekerja tu.. dan ditambah pulak sekarang ni , dengan kereta berlampu putih makin bermaharajalela di jalanan.. tak kira waktu dah pun diorang pasang ! Memang akan butakan mata bagi mereka yang puna masalah rabun silau ni ! Yang takda rabun silau pun akan terasa sakitnya di mata. 

Solusi bagi aku.. Esok kena pergi ke Eyes Vision Group di Sungei Wang. Kat sini je memang cepat siap la spek kalau buat. Harga pun leh kawtim gitu.. Dan paling mudah.. bagitau je berapa bajet kita, diorang akan syorkan mana mana bingkai dan cermin untuk kita. Pastikan ada anti UV dan juga anti silau yer ! Penting sekarang ni.. 


Bingkai tahan lasak. Kena tukar cermin setahun sekali. Cermin bajet ok dah.


Antara yang setia kembali ke Eyes Vision Group kerana servis yang memuaskan hati.

Antara selebriti yang jadi pelanggan setia



Booking sekarang atau walk in je terus ke Eyes Vision Group. Nak berwhatsapp untuk pertanyaan pun boleh. 

Alamat Eyes Vision Group :  Ground Floor G-096, Sungei Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Whatsapp : Mr. Jun ( 0163636464 )








Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes