Ke Berkat Madinah beli kurma segar dari Madinah !

by - Khamis, Mac 24, 2022

Kalau nak beli barangan dari Tanah Arab ni, memang aku ke Berkat Madinah jer. Apa yang aku nak , memang ada kat situ. Mudah nak cari , harga pun menarik. Pastu boleh tapau kebab kambing dia. Memang terbaik kebab dia. Lembut je daging dan roti dia. 

Ok ok.. aku bukan nak cerita pasal kebab tapi kurma. Ramadan tak lama lagi kan ? Haaa...Mesti ada yang plan nak dapatkan kurma samada untuk sendiri makan atau nak sedekah pada masjid mahupun tempat dia bekerja. Eh, ni masanya nak buat amal jariah. Kita tak tau tahun depan dapat jumpa lagi Ramadan atau tidak. Huhuh.. 

Untuk pengetahuan korang, aku pilih untuk membeli kat sini ada beberapa sebab. Pertama , kurmanya adalah dari musim terkini. Pastu  kurma di Berkat Madinah ni lebih segar dan kualitinya adalah terpilih mengikut piawaian National Center for Palm and Dates. Aku sempat rasa beberapa jenis. Memang makan sebijik dua pun dah puas ! 

Kiranya dari gred yang bagus bagus gitu la tapi yang penting ialah.. harganya ! Nah... harganya memang lebih murah dari tempat lain. Dan buat masa ni , mereka sedang buat promosi dengan potongan harga yang tinggi. Maka bolehlah borong banyak banyak.  Oh ya.. tawaran promosi sehingga 30hb Mac 2022 yer.. Selepas tu , doa doa la kot mereka buat lagi promosi macam ni. Heee.. 

Masa aku sampai tu pun... aku sendiri tengok kurma kurma yang baru turun dari lori dan terus diletakkan di depan kedai. Maksudnya tak simpan dalam stor ! Terus jual gitu. Haaa. Kiranya baru sampai dari Arab pastu terus dihantar ke kedai gitu.. Sebab tu segar segar lagi. 

Dan tak lama kemudian , ramai dah pelanggan mereka datang dan memilih kurma. Memang pakat borong memasing haaa.. Aku sendiri pun gitu gak. Panggil wife aku , dan suruh dia cepat cepat pilih sebelum ramai lagi orang datang . Huhuh.. 



Antara kurma yang ada di sini ialah Ajwa ,Safawi, Sukkary ,Mabroom ,Medjoul ,Deglet nour ,Mariami dan Rotab. Kurma Ajwa di Berkat Madinah ni adalah 100% dari Madinah Al Munawarah dan pastinya ekslusif dari musim terkini manakala Medjoul pula dari Palestin. 

Kurma yang bersiz jumboo ( besar ) , memang bersaiz jumbo ! Begitu juga yang lain.. bukan tiruan atau menukar size.. Jika AA , memang AA dan begitulah seterusnya. Kurma  Jumbo Mabroom hanya boleh didapati di Berkat Madinah saja. Rasanya, memang sedap ! Tak perlu nak makan banyak banyak untuk kenyang. Kiranya masa berbuka, makan satu bijik dia saja dah boleh tenang dan gi solat Maghrib gitu. Pastu baru makan berbuka.. Cenggitu. 





















Jika korang memang gemarkan kurma, jangan sesekali lepaskan peluang ni. Amik berkat ketika berbuka nanti. Kalau nak jaga badan, ni masanya nak tapau banyak banyak kurma. Heee.. Rugi dibiarkan begitu saja. 

Untuk info , boleh layari laman web
Instagram : Berkat Madinah

Cawangan Berkat Madinah di Malaysia
  • Ampang : 17-L1, Ampang Putra Residency, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang Jaya, Selangor
  • Kajang : 22, Jalan Pasir Emas, Taman Berjaya, 43000 Kajang, Selangor
  • Shah Alam : No.46, Jalan Pegaga C U12/C, Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor

You May Also Like

3 comments

  1. Puasa dah nak dekat ni, memang kena beli kurma utk berbuka dan sahur. btw, kalau Ben Ashaari nak beli serunding, DM saya k atau whatsapp 011-62253899

    BalasPadam
  2. kajang ada! boleh pegi beli ni. Kurma takde lagi untuk puasa ni

    BalasPadam
  3. Dekat dengan rumah, memang ke sini la nak cari kurma

    BalasPadam