Makanan yang bagus untuk turunkan kolestrol ?

by - Rabu, Januari 03, 2024

Alhamdulillah.. kegatalan aku buat pemeriksaan kesihatan ari tu di farmasi memberikan impak. Yelah.. kalau tidak , aku dok ingat aku sihat sejahtera dan gaya pemakanan aku tu sihat dah. Tapi rupa rupanya perlukan lagi penambahbaikan.

Sebenarnya aku tak pasti la kolestrol aku tu naik atau turun sebab ini pertama kali aku buat pemeriksaan kesihatan. Sebelum ni aku cuma fokus pada bacaan tekanan darah tinggi dan gula saja dan kedua duanya , terkawal berbanding sebelum aku mengubah gaya hidup aku yang mana aku ada tekanan darah tinggi level Hypertension dan punya masalah dengan usus. Cuma bahagian kolestrol ni je la aku tak ambil pusing sangat dek kerana dok ingat hari hari bersenam, ok dah ! 

Nah.. bersenam tu bagus dah tapi aku masih gagal di pemakanan ! Aku tak bukan kaki makanan bergoreng, manis seperti kek , kuih dan sebagainya. Kalau sebelum 2022 tu , yaaa.. Masa tu aku kuat makanan begini dan memberikan kesan buruk pada badan. 

Tapi sejak dua menjak kebelakangan ni, aku banyak makan makanan bergoreng ketika berada di luar rumah. Keow teow goreng , bihun goreng antara kegemaran aku. Manakala bila makan buah buahan. aku akan ambil terlalu banyak yang mana sepatutnya kena amalkan sikap SEDERHANA ! Aduh... satu kesilapan kat situ. 

Maka tahun ni , aku nak ubah part pemakanan bergoreng dan betul betul berdisplin part makan sebelum jam 8 malam ni. Sebelum ni aku lebih fokus pada untuk hilangkan lemak perut dan berjaya. Tapi tergagal part kolestrol. Aku kena pertingkatkan makan makanan yang mengandungi lemak baik yang bertujunan untuk mengawal lemak jahat dalam badan ! Nah.. kalau tak faham, korang boleh tengok je gambar gambar yang aku sertakan ni.. 




Apakah makanan yang perlu diambil ? Buat masa ni , aku teruskan amal air halia dan menambah lagi pengambilan Omega 3 . Aku kena ambil chia seed setiap pagi dan supliment omega 3. Baru je beli serbuk dark choc ( 80% ) dan teruskan ambil olive oil.  Puasa 2 kali seminggu ! Ni penting ni.. Haa....

3 bulan aku berikan masa untuk tengok impak. 






InshaAllah...  korang camana pulak ? Dah buat pemeriksaan ? Ke takut ? Heee... buat jer. Sekurangnya kita sedar diri sikit. Nampak sihat di luar  tapi.. Bukanlah takut mati tapi menjaga kesihatan tu adalah satu ibadah. Bila kena kejar anjing tu, boleh la lari gak.. Hee..


You May Also Like

2 comments

  1. Semoga kita kekal istiqomah menjaga kesihatan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana remind untuk jaga kesihatan. Regular check up tu mmg penting kena buat. Alhamdulillah saya buat

    BalasPadam