'Kenapa SWIPEL Tetap Menjadi Pilihan Selama 20 Tahun?' - Keunikan formulasi dan inovasi produk

by - Isnin, Ogos 04, 2025




Ulangtahun ke 20 tahun

Pejam celik pejam celik, dah 20 tahun produk  bumiputera terkenal jenama  SWIPEL  keluaran AFY HANIFF yang berasal dari Melaka ni berada di pasaran negara dan juga antarabangsa ! Kekal relevan walaupun ada pesaing. Kenapa masih kenal relevan dan menjadi pilihan utama walaupun ada persaingan terutamanya yang 'hampir' sama dengannya ? Kualiti ! Haa.. nanti kita kupas pasal tu. 

Pertama sekali , aku nak ucapkan tahniah buat AFY HANIFF GROUP ( M ) SDN BHD kerana menyambut ulang tahun ke 20 pada tahun 2026 ni. Bermula pada tahun 2006 di Melaka , dengan 2 produk saja tapi sekarang telah pun menghasilkan 37 produk yang berkualiti dan laris di pasaran ! Perghh.. dasat ! Bukan calang calang. 37 wooo.. Kira dah level antarabangsa dah. 

Produk produk AFY HANIFF seperti SWIPEL, D’MENC & PLASH ni dijual di lebih 2,000 pasar raya dan kedai runcit moden di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Thailand. Di Malaysia saja korang boleh cari di rangkaian besar seperti Giant, Mydin, AEON / AEON Big, Jaya Grocer, Tesco dan juga KK Mart . Tak pun , boleh cari secara online. Ada je jual di Shoppee dan Lazada. 

Antara produk yang menjadi pilihan para suri rumah termasuklah aku ! 


Kelebihan SWIPEL @ Serai Wangi Insect Repellent  Afy Haniff

Pastinya zaman sekarang ni ramai yang mementingkan produk yang dihasilkan atau diformulasikan  berasaskan bahan semula jadi dan juga herba seperti serai wangi yang mana pastinya lebih selamat, halal, mesra alam  dan juga mesra keluarga. Dalam erti kata lain kalau digunakan dalam rumah , kita tak perlu la nak risau sangat ianya bolem memudaratkan anak anak kita amnya.. kan ? 

Untuk pengetahuan , produk mereka telah pun diiktiraf untuk teknologi pembersihan yang bertujuan untuk menghilangkan minyak degil dan tahan lama untuk penggunaan harian jimat. Murah tapi berkualiti serta menjimatkan. 

Bersihkan carpet

Bersihkan bahagian belakang kereta selepas pulang dari pasar

Kegunaan SWIPEL 

Kelebihan SWIPEL ni terletak pada  bahan kandungan semulajadi yang telah pun melalui ujian makmal dan terbukti selamat , bentuk botol yang dinamik, kualiti botol yang tahan lasak tapi mesra alam dan pastinya ada GMP , Safety Data Sheet serta HALAL untuk digunakan. 

Dan pastinya menjadi kepercayaan para suri rumah sejak 2016 lagi. Yang menariknya , produk Afy Haniff ni dipasarkan sebagai produk tempatan premium yang mampu bersaing di hypermarket dan pasaran antarabangsa yang mana dah cukup lama terkenal dengan fungsi sebagai penghalau serangga semula jadi berasaskan 100% serai wangi. 







Dapatkan yang terbaik !

Ada banyak produk serupa bentuk , warna dan juga nama seperti produk SWIPEL ni. Kekadang ramai keliru dan terbeli jenama lain pastu bila guna , kesan tak sama seperti yang pernah dia gunakan. Bila tengok semula , tersalah beli ! Adeh.. Tu belum tengok lagi warna dan baunya. 

Itu satu hal... Satu lagi lagi botol yang digunakan ada yang kualiti rendah. Berbeza dengan botol SWIPEL. Pegang pun dah sedap. Keras dan mantap botolnya. Bila digunakan , takda isu. Nak simpan pun mudah. Tak mudah rosak. Kualiti premium tapi harga marhain jer. Rugi la kalau salah beli. Kan ? 

Paling bahaya ialah... bahan kandungan. Kita cari yang menggunakan bahan semulajadi tapi rupa rupanya terbeli yang.. haa ! Ini sangatlah bahaya. Bukan apa.. kita nak jaga ahli keluarga kita dari menggunakan bahan bahan yang mampu menjejaskan kesihatan. Kan ? Pastinya nak guna produk yang mesra alam semulajadi. 


Tak perlu risau dengan kualiti dan HALAL ! 

Kesimplannya... sebelum nak membeli , pastikan jenama SWIPEL oleh Afy Haniff ! Belek betul betul.. baru beli dan bayar ! Ok ?  Jangan tertipu dengan warna , bentuk dan ejaan ! Bukan apaa.. risau nanti bila guna , takda kesan dan tak sesuai untuk persekitaran rumah korang juga nanti. 

Buat AFY HANIFF , selamat ulangtahun ke 20 ! Moga sampai ke 100 tahun hendaknya. 




You May Also Like

0 comments