BEN ASHAARI




Alhamdulillah... dulu aku tak amik kisah bab halia ni walaupun dalam masakan harian , memang ada wife letak mahupun jika makan di luar. Bagi aku , halia ni sekadar penyedap makanan jer. Tak tau akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Jika aku nak khasiat , aku gi farmasi dan beli je suppliment yang ada sehinggalah media sosial di zaman ni menjadi penyebar ilmu ilmu kesihatan yang bermanfaat. 

Sekarang.. seluruh keluarga aku, wajib minum air halia seteguk setiap pagi dan sebelum tidur. Masing masing akan minum sebelum bersarapan pagi ke sekolah. Kandungan mineral di dalam air halia sangat berkhasiat antaranya magnesium dan vitamin D. 

Musim hujan sekarang ni.. anak anak kita mudah selsema , batuk dan demam jika mereka kerap terdedah pada hujan. Tips aku , setiap kali mereka kena hujan.. aku akan suruh mereka mandi terus kemudian minum air halia. Aku tak nak galakkan mereka ambil suppliment yang bukan asli. Jika 'terpaksa' , baru aku akan berikan pada mereka. Dalam erti kata lain , mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi jika tiada pilihan... baru serah pada doktor. Gitulah.. 

Amalkan setiap hari, InshaAllah..banyak manfaatnya. Khasiat Air Halia: Kenapa Ia Baik Untuk  Kesihatan : 

1. Mencegah Loya dan Muntah. Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut

2. Membantu Mengurangkan Keradangan.

3. Membantu Menurunkan Paras Kolesterol. 

4. Membantu Menurunkan Berat Badan. 

5. Mengandungi Antioksidan.

6. Mengurangkan kesakitan haid

7. Menguatkan imuniti

8. Membantu penghadaman

9. Mencegah pertumbuhan sel kanser

10. Dapat melegakan selsema, batuk dan sakit tekak

11. Mengurangkan sakit kepala

12. Mencegah kuman dalam tubuh badan

13. Memastikan kitaran darah normal

14. Mencantikkan kulit wajah

15. Mengurangkan rasa sakit selepas bersenam 

16. Halia membantu mencegah demam biasa

17. Meredakan rasa kembung perut

18. Dapat membantu penghidap osteoarthritis

19 .Khasiat halia dapat bantu kurangkan sembelit

20. Kajian klinikal mendapati penggunaan serbuk halia pada dos 3 g sehari selama 30 hari dapat turunkan gula dalam darah.

21. boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan sel barah, khususnya barah ovari dan barah usus besar.

Berminat ,  sila  whatsapp ke  https://halia1.wasap.my/
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Alhamdulillah... FlyHigh Education dah pindah ke bangunan yang lebih selesa dengan memberikan fokus pada bengkel bengkel bersemuka pada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting pada setiap tahun. 

Bengkel kendalian mereka bukan sekadar bengkel biasa tapi senantiasa mengandungi pelbagai tips , teknik dan juga cara cara menjawab dengan lebih efiktif dan padu. Tenaga pengajar pula terdiri dari mereka yang berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang mereka dan juga kerap mengajar di Didik Tv. Antaranya GB Shahril , Ustaz Azhari , Cikgu Bob , Cikgu Shukry , Teacher Janna , Cikgu Zul , Cikgu Danial dan ramai lagi ! 

Untuk pengetahuan korang yang belum tahu , Flyhigh memfokuskan pada kelas secara dalam talian tapi bukanlah secara rakaman. Semuanya secara langsung bersama guru. Dan guru guru ini jugalah yang terlibat dalam bengkel bengkel bersemuka. 

Jika para peserta ramai , bengkel akan dibuat di dewan yang besar. Di ekslusif , Flyhigh akan buat di bilik kuliah mereka sendiri di Shah Alam. 








Antara mereka yang pernah menghantar anak anak mereka ke bengkel ilmu FlyHigh ni ialah  Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor , angkasawan negara dan juga pelakon terkenal Rita Rudaini. Rasanya sepanjang tahun ni , setiap kali ada bengkel anjuran Flyhigh pasti anak anak mereka turut serta. 

Yang  terkini adalah kelas UPKK 8 A oleh Ustaz Azhari. Segala info atau maklumat lanjut , korang boleh tengok di Facebook rasmi FlyHigh. Panjang cerita kalau nak aku tulis kat sini. Dipendekkan cerita, kalau korang nak anak anak korang cemerlang... cubalah sertai FlyHigh. InshaAllah akan ada perubahan positif buat mereka. 

Facebook : FlyHigh Education CentreFlyHigh Education Centre
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dulu, aku rajin pakai deodrant dek kerana bau ketiak terutamanya lepas bersenam. Sendiri bau pun boleh pitam apatah lagi kalau orang lain yang berdiri di sebelah terutama di dalam bas mini. Hahaha.. Bas mini.. pergh ! Untung budak zaman sekarang tak menikmati bau ketiak orang lain terutama dalam bas yang padat. Kan kan ?

Macam macam jenama aku cuba. Kesannya ? Ketiak jadi hitam. Adeh.. jadi segan lak bila nak angkat ketiak. Tapi dek kerana nak hilangkan bau ketiak tu, terpaksa la pakai juga. Dari yang murah hinggalah yang ke mahal , aku dah cuba. Bau ketiak tu hilang tapi tak lama. Dan paling menakutkan ialah..bila dapat tau kandungan dalam deodrant berjenama ni. Hurmm.. Itu korang kena google dan baca sendiri. Kang aku tulis sini, aku kena saman lak. Zaman baru ni, rakyatnya rajin saman menyaman. Kan kan ?

Teringat mak aku dulu, rajin bawa masuk limau purut ke dalam bilik air. Katanya untuk hilangkan bau ketiak. Patutlah aku tak pernah nampak dia beli deodrant pun. Barang mekap dia ada pun cumalah bedak muka dan gincu.

Maka aku pun cubalah guna lemon disebabkan aku rajin beli lemon untuk kegunaan harian. Buat air halia lemon di pagi hari. Tambah chia seed. Bagus woo  untuk kesihatan terutamanya perut. Jangan main main dengan perut ni. Kalau dia rosak , kita boleh jadi gila ! Tak caya ? Tu anxiety tu datang dari mana ? Depression ? Haa... majoriti berpunca dari perut dulu laaa...



Camana nak guna lemon ni untuk hilangkan bau ketiak ? Oh ya.. sebelum ni aku pernah kasi tips guna teh hijau. Nampak melecehkan guna cara tu. Aku rasa  guna lemon ni tips yang paling mudah. Caranya , potong atau hiris lemon ni sehingga 5 bahagian. Satu hari satu bahagian je guna. Amik dan gosokan di ketiak tu ! Perah sedikit jus dia. 

Yer... jus lemon tu tinggi kandungan vitamin C yang mana bagus untuk kulit kita dan mampu menghilangkan kehitaman pada ketiak kita tu laa.. Tak tau ? Aku pun baru tau. Rajin rajin la membaca dari menonton ! Huhuh.. 

Nah... Gosok dan biarkan sekurang kurangnya setengah jam. Kalau malam tu , aku biarkan sampai esok harinya. Satu bahagian tu korang boleh guna untuk pagi dan malam.  Jimat dah kan ? Amalkan setiap hari selama seminggu atau dua. Tengok apa kesannya selepas itu. Aku juga gunakan saki baki lemon tu untuk gosok di bahagian leher dan belakangnya. 

Dan pastikan juga korang jaga pemakanan. 


Kalau korang malas , boleh cuba guna mandian Azyma Care ni. Gabungan bahan bahan di dalamnya memang bagus untuk kegunaan seisi keluarga. Selamat untuk digunakan tanpa perlu risau pedikkan mata. Aku dah bertahun tahun guna. Alhamdulillah... 

Oh ya.. gel mandian Azyma Care ni pun bagus untuk mereka yang ada masalah kulit seperti gatal gatal dan juga ekzema. Ramai dah cuba dan berikan testimonial positif. Alhamdulillah.





Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setiap kali ke Pantai Timur, pasti akan nampak tanda arah ke Bandar Al Muktafi Billah Shah , Dungun ni. Sering kali aku tertanya gak... camana agaknya bandar ni  ya ? Oh ya..nama bandar ni diambil dari nama Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-17. Baginda memerintah dari tahun 1979 hingga tahun 1998.

Kalau dari KL tu, cuma mengambil masa dalam 3 jam lebih je la. Tu pun memandu dalam sekitar 80-100kmj jer. Ketika masuk ke bandar ni, korang akan lalui satu pintu gerbang mengalukan kedatangan korang. Masuk je ke sini , aku cam.. Woww ! Bersih , tenang dan teratur. Bayangkan pada hari kerja pun , macam hari cuti jer ! Tak banyak kenderaan tapi ada je orang yang memeriahkan bandar ni. 

Aku sekeluarga menginap di Hotel Ketengah. Hee... amik suite. Baru RM160. Bab makan kat sini , tak susah. Boleh lintas jalan je gi makan. Masjid besar selesa terbentang luas di depan mata. Ada perpustakaan awam juga berhampiran hotel. 

Bandar ni tak jauh dari Cherating dan Dungun mahupun bandar sekitarnya. Dalam sejam lebih perjalanan gitu. Kalau nak jenjalan tepi pantai , ke sana jer.  Bandar ni terletah di kawasan tinggi. Cuma takda la sejuk macam Cameron tu. Namun udara segar memang terasa sangat la setiap masa. 

Bandar ni ada hotel 3 bintang , sekolah , bangunan penjawat awam , balai bomba , balai polis , pasar , stesen minyak , bank , masjid dan banyak lagi. Bandar terancang. Jalan raya teratur. Bab makan, jangan risau la. Makanan kat sini pun bagi aku sedap sedap. 

Menariknya , kat sini korang takkan jumpa warga asing. Semoga bandar  mereka tidak 'dijajah' . Hahahaha.. realiti di negara kita sekarang ni kan ! 














Cafe kopitiam sini pun ok la nak lepak lepak tenangkan kepala otak sambil layan kopi secawan dua. Aku layan keow teow jer. Hee... Harga , standard KL. Ok la bagi aku. Kalau nak murah lagi , kena gi pusing sana sini. Ada banyak kedai makan sini cuma kena rajin mencari jer. 

Hujan sepanjang dua hari kami di sini. Tak perlu risau banjir. Tempat tinggi. Hujan pun lebat dan renyai sesekali. Bosan.. leh keluar gi lepak kedai. Atau gi jogging jer.. Heee...



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Akhirnya , aku singgah juga di sini. Biasanya tengok je dari dalam kereta. Macam best ! Meriah.. tapi tak terbuka nak singgah makan sebab aku kan tak makan nasi. Hahaha... Wife aku lak, dia kan pernah ada sejarah hitam lepas makan masak lemak ni. Dia kena gastrik teruk. Yelah, perut kosong pastu gi sumbat makanan pedas. Melambung la asid perut tu ! Sejak tu, memang aku tak kasi dah dia makan makanan pedas pedas ni. 

Semalam, adik ipar wife aku sekeluarga datang rumah. Katanya dia mencari port sedap makan salai. Biasanya aku akan ajak ke Kuala Pilah tapi memandangkan pada waktu ni , cuti umum.. pastinya sana menjadi kunjungan ramai.. highway pun mesti sesak punya ! Maka untuk elakkan dari semua tu berlaku, aku cari je di kawasan berhampiran. Banyak sebenarnya ada di kawasan Nilai/ Sepang ni. Kena rajin membaca jer. 

Dari rumah aku, amik masa 12 minit jer. Huhuh.. dekat rupanya. Selama ni dok mencari makanan sampai ke Putrajaya gitu. Walhal kalau ke arah Nilai, bersepah port port makanan yang sedap sedap dan murah !! 

Serius murah sini. Lepas makan 2 keluarga , tak sampai RM100 pun. Yer, tengok apa yang diambil juga la. Macam kami , ayam goreng , ikan keli , masak lemak... ulam tu pastilah. Kenyang semua. Tapi harga tu tak termasuk air kelapa yang 2-3 bijik diambil. Kalau campur tu, RM100+ jugalah. Namun masih dalam lingkungan murah.










Tempat letak kereta , besar. Surau , bersih dan selesa. Cepat kemas meja bila pelanggan beredar. Kalau beratur panjang untuk amik makanan , pantas. Meja makan banyak. Tempat terbuka dan tak panas. Angin senantiasa bertiup. Tempat basuh tangan pun banyak.  Dakan erti kata lain, aku terkejut gak la tempat ni rupa-rupanya best ! Hahahaha. adoilah.. 

Pasni nak gi try Auntie Ainie punya lak.. katanya situ no 1 di Nilai ! Huhuh.. tapi kena booking 3 hari lebih awal ! Adeh.. ni yang aku malas.. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes