Tips hilangkan bau ketiak secara natural !

by - Khamis, November 23, 2023

Dulu, aku rajin pakai deodrant dek kerana bau ketiak terutamanya lepas bersenam. Sendiri bau pun boleh pitam apatah lagi kalau orang lain yang berdiri di sebelah terutama di dalam bas mini. Hahaha.. Bas mini.. pergh ! Untung budak zaman sekarang tak menikmati bau ketiak orang lain terutama dalam bas yang padat. Kan kan ?

Macam macam jenama aku cuba. Kesannya ? Ketiak jadi hitam. Adeh.. jadi segan lak bila nak angkat ketiak. Tapi dek kerana nak hilangkan bau ketiak tu, terpaksa la pakai juga. Dari yang murah hinggalah yang ke mahal , aku dah cuba. Bau ketiak tu hilang tapi tak lama. Dan paling menakutkan ialah..bila dapat tau kandungan dalam deodrant berjenama ni. Hurmm.. Itu korang kena google dan baca sendiri. Kang aku tulis sini, aku kena saman lak. Zaman baru ni, rakyatnya rajin saman menyaman. Kan kan ?

Teringat mak aku dulu, rajin bawa masuk limau purut ke dalam bilik air. Katanya untuk hilangkan bau ketiak. Patutlah aku tak pernah nampak dia beli deodrant pun. Barang mekap dia ada pun cumalah bedak muka dan gincu.

Maka aku pun cubalah guna lemon disebabkan aku rajin beli lemon untuk kegunaan harian. Buat air halia lemon di pagi hari. Tambah chia seed. Bagus woo  untuk kesihatan terutamanya perut. Jangan main main dengan perut ni. Kalau dia rosak , kita boleh jadi gila ! Tak caya ? Tu anxiety tu datang dari mana ? Depression ? Haa... majoriti berpunca dari perut dulu laaa...



Camana nak guna lemon ni untuk hilangkan bau ketiak ? Oh ya.. sebelum ni aku pernah kasi tips guna teh hijau. Nampak melecehkan guna cara tu. Aku rasa  guna lemon ni tips yang paling mudah. Caranya , potong atau hiris lemon ni sehingga 5 bahagian. Satu hari satu bahagian je guna. Amik dan gosokan di ketiak tu ! Perah sedikit jus dia. 

Yer... jus lemon tu tinggi kandungan vitamin C yang mana bagus untuk kulit kita dan mampu menghilangkan kehitaman pada ketiak kita tu laa.. Tak tau ? Aku pun baru tau. Rajin rajin la membaca dari menonton ! Huhuh.. 

Nah... Gosok dan biarkan sekurang kurangnya setengah jam. Kalau malam tu , aku biarkan sampai esok harinya. Satu bahagian tu korang boleh guna untuk pagi dan malam.  Jimat dah kan ? Amalkan setiap hari selama seminggu atau dua. Tengok apa kesannya selepas itu. Aku juga gunakan saki baki lemon tu untuk gosok di bahagian leher dan belakangnya. 

Dan pastikan juga korang jaga pemakanan. 


Kalau korang malas , boleh cuba guna mandian Azyma Care ni. Gabungan bahan bahan di dalamnya memang bagus untuk kegunaan seisi keluarga. Selamat untuk digunakan tanpa perlu risau pedikkan mata. Aku dah bertahun tahun guna. Alhamdulillah... 

Oh ya.. gel mandian Azyma Care ni pun bagus untuk mereka yang ada masalah kulit seperti gatal gatal dan juga ekzema. Ramai dah cuba dan berikan testimonial positif. Alhamdulillah.





You May Also Like

0 comments