Nak ada six pack macam daddy !

by - Khamis, November 02, 2023


Hari hari dia cakap menda ni kat aku. Adeh.. sampaikan bab makan pun , dia dah ikut cara aku. Bukan dia saja.. Qhaliff dan Zahra. Masing masing di rumah , makan nasi sekadar satu senduk jer. Selebihnya ratah lauk seperti ayam dan telur. Masing masing lebihkan protein. Sayur ni masalah sikit pada Qhaliff. Zahra dan Aariz , takda masalah. 

Bab penjagaan perut ni , Aariz paling beria. Setiap hari dia nak ikut aku bersenam di bilik gym aku tu. Pastu tunjuk perut dia. " Dah dapat six pack tak ? ". Aduh.. jenuh nak balas. Dah berkali kali dah jelaskan  pada dia camana nak kasi dapat itu six pack ! Tapi kesungguhan dia di luar jangkaan.. 

Apa yang best sangat bila ada six pack ni ? Takkan nak berjalan bukak baju kot ? Nak tunjuk kat orang ke ? Nak paparkan kat media sosial ke ? Huhuh.. Aku tunjuk tu untuk menaikkan semangat mereka yang sering dilunturkan oleh insan insan pengdengki ! Mereka lebih suka tengok kawan kawan mereka boroi dan tidak sihat ! Biar sama sama sakit ! 

Melatih kekuatan otot perut bukan hanya bermanfaat untuk bagian perut saja. Latihan ini juga mampu menjaga keseimbangan, stabiliti tubuh, membuatkan postur tubuh agar lebih baik dan nampak segak. Maka tak perlulah beria tukar baju mahal , cantik cantik dah ! Pakai baju lama pun tetap segak dan yang penting , sihat ! 

Aku pernah lalui zaman boroi ! Serius penat nak usung perut tu. Nak bangun tidur rasa mengah.. nak berjalan cepat lelah dan paling teruk , bila makan.. payah nak kenyang ! Asyik lapar jer ! Pastu bila tengok cermn... hurm.. Paling best... wife selalu kata pada aku bila aku masuk bilik tidur..

" Abang masuk bilik.. perut nampak dulu. Tau dah tu abang ! " 

Terpukul aku weh ! Walaupun dia main main tapi sebenarnya ada benarnya. Masa bujang dulu.. masa aku mengorat dia dulu , boleh pulak sado. Tapi bila dah beranak pinak , apasal aku tak leh nak jaga badan ? 

Bila jaga perut ni... automatik aku jaga kesihatan. Bukan senang nak dapat six pack kerana ianya bermula dari dapur ! Jika masakan di dapur 'bermasalah' , maka kena makan di luar. Makanan di luar rumah pula camana pilihan kita ? Hurm... 

Perut kita ni.. teras tenaga kita. Segalanya bermula di situ. Jika perut gagal , segalanya kong ! Nah.. sekarang ni dah pakat pakai memboikot itu ini.. Inilah masanya untuk jaga perut kita. 

You May Also Like

0 comments