Apa dah jadi dengan Langkawi ??

by - Khamis, November 09, 2023


 Wah... teringat zaman PKP. Bila 'pintu' sempadan dibuka , pakat pakat terjah ke sana untuk healing ! Ramai stress duduk rumah lama lama. Yelah , yang berkemampuan.. memang akan ke sana. Yang tak mampu , macam aku ni.. takat gi lepak Sungai Congkak je la. Heeee.. 

Pengalaman lama aku ke Langkawi, bab hotel dan makan ni.. memang boleh bikin gugur rambut. Tu zaman sebelum Covid 19. Kalau tau kawasan sana, mungkin boleh dapat harga rahmah la kot. Kalau jenis macam aku yang malas mencari ni.. memang akan tutup mata dan bayar. 

Apa yang best sangat Langkawi ni ? Hurm.. bagi aku la.. Langkawi ni best banyak sebab la. Antaranya pantai yang cantik , tenang dan malamnya meriah. Tak seperti pulau pulau lain.. malam dah sunyi sepi. Mereka yang bercinta suka la part sunyi sunyi ni. Time ni nak layangkan kata kata cinta.. Kan kan ?

Antara komen komen dari rakan Facebook berkenaan Langkawi ni : 





Banyak lagi komen komen dari rakan rakan tapi tu la.. banyak negatif dari positif. Hurm.. aku pun tak tau la nak kata apa. Harap pihak Tourism dan Kementerian Pelancongan dapat berbuat sesuatu. Kalau tidak, boleh terkubur Pulau Langkawi.  Nasib ada LIMA jer.. 

Dan satu lagi.. ada terbaca part sewa kereta tu. Katanya banyak pengusaha dari orang luar ? Benarkah ? Hurm.. jangan sampai jadi macam tu. Sian orang tempatan ! 

You May Also Like

1 comments