Kebaikan halia jika diamalkan !

by - Selasa, November 28, 2023


Alhamdulillah... dulu aku tak amik kisah bab halia ni walaupun dalam masakan harian , memang ada wife letak mahupun jika makan di luar. Bagi aku , halia ni sekadar penyedap makanan jer. Tak tau akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Jika aku nak khasiat , aku gi farmasi dan beli je suppliment yang ada sehinggalah media sosial di zaman ni menjadi penyebar ilmu ilmu kesihatan yang bermanfaat. 

Sekarang.. seluruh keluarga aku, wajib minum air halia seteguk setiap pagi dan sebelum tidur. Masing masing akan minum sebelum bersarapan pagi ke sekolah. Kandungan mineral di dalam air halia sangat berkhasiat antaranya magnesium dan vitamin D. 

Musim hujan sekarang ni.. anak anak kita mudah selsema , batuk dan demam jika mereka kerap terdedah pada hujan. Tips aku , setiap kali mereka kena hujan.. aku akan suruh mereka mandi terus kemudian minum air halia. Aku tak nak galakkan mereka ambil suppliment yang bukan asli. Jika 'terpaksa' , baru aku akan berikan pada mereka. Dalam erti kata lain , mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi jika tiada pilihan... baru serah pada doktor. Gitulah.. 

Amalkan setiap hari, InshaAllah..banyak manfaatnya. Khasiat Air Halia: Kenapa Ia Baik Untuk  Kesihatan : 

1. Mencegah Loya dan Muntah. Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut

2. Membantu Mengurangkan Keradangan.

3. Membantu Menurunkan Paras Kolesterol. 

4. Membantu Menurunkan Berat Badan. 

5. Mengandungi Antioksidan.

6. Mengurangkan kesakitan haid

7. Menguatkan imuniti

8. Membantu penghadaman

9. Mencegah pertumbuhan sel kanser

10. Dapat melegakan selsema, batuk dan sakit tekak

11. Mengurangkan sakit kepala

12. Mencegah kuman dalam tubuh badan

13. Memastikan kitaran darah normal

14. Mencantikkan kulit wajah

15. Mengurangkan rasa sakit selepas bersenam 

16. Halia membantu mencegah demam biasa

17. Meredakan rasa kembung perut

18. Dapat membantu penghidap osteoarthritis

19 .Khasiat halia dapat bantu kurangkan sembelit

20. Kajian klinikal mendapati penggunaan serbuk halia pada dos 3 g sehari selama 30 hari dapat turunkan gula dalam darah.

21. boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan sel barah, khususnya barah ovari dan barah usus besar.

Berminat ,  sila  whatsapp ke  https://halia1.wasap.my/

You May Also Like

1 comments

  1. halia ni memang bagus amalkan..lagipun dalam masakan pun memang selalu guna kan

    BalasPadam