Messi dan Ronaldo dari mata kaca aku

by - Khamis, November 02, 2023

 Dua legenda.. dua corak permainan berbeza.. dua impak.. 



Messi dan Ronaldo... dua dua pemain ini sangat mengagumkan dunia bolasepak. Masing masing ada aura tersendiri. Gaya permainan yang berbeza. Tapi mereka dipisahkan dengan satu jer... bakat ! Messi lebih berbakat dalam permainan bolasepak tapi dia tewas dengan Ronaldo dari satu sudut iaitu semangat ! 

Aku  tak minat Ronaldo ketika dia berada di Manchester United tapi aku kagumi semangat dia. Setiap kali dia berada di atas padang , dia begitu bersemangat dan semangat dia memberi impak pada pasukannya. Dan satu lagi , dia senantiasa bekerjakeras untuk pastikan berada di kemuncak. 

Impak dia pada dunia... dia sudah cukup kaya raya ! Tapi dia menunjukkan satu sikap pada penyokongnya , jangan sesekali anggap diri sudah berjaya ! Pastikan anda rajin berlatih.. utamakan kesihatan dan jangan menyombong diri. 

Part kesihatan inilah membuka mata aku. Gaya hidupnya walaupun sudah berada di usia 38 , dia sangat mementingkan penjagaan makanan dan apa yang dia lakukan ( teringat video Coca Cola ) sangat memberi impak positif.  Tengok saja kualiti badannya... hanya mereka yang rajin bersenam akan miliki badan seperti itu.. Messi dengan tatoo penuh di badannya ? Adeh... 




Aku tak kisah Messi dah menang World Cup manakala Ronaldo tidak lagi.. atau dah menang 8 kali Ballon d' Or kerana bagi aku.. benda benda gini boleh je 'dirancang' memandangkan dunia ini sudah dimiliki 'mereka' yang berkuasa mengawal dunia. Kalau bijak guna mata.. boleh nampak 'permainan mereka'. 

Dan sekarang , Ronaldo di Al Nassr... dia kelihatan begitu berjaya memberi impak semangat  pasukan pada pasukan itu dan paling penting , dunia sudah mengenali Al Nassr berbanding sebelum kehadirannya. Messi di Amerika ? Liga tu sendiri dah nampak macam.. hurm. 

Maaf... aku bukan penyokong fanatik Ronaldo. Dua dua pemain ni aku kagumi tapi sayangnya , mereka dipisahkan oleh 'mereka yang mengawal dunia'.... 

Cristiano Ronaldo sudah pun menawan dunia..

You May Also Like

0 comments