La' Cottage Cafe and Chalet di Kampar , Perak menarik pengunjung cintakan kedamaian !

by - Jumaat, November 10, 2023


Sejak aku dipelawa join Facebook La' Cottage Cafe and Chalet yang terletak di Kampar , Perak  ni terus aku jatuh cinta. Aku menanti masa yang cukup sesuai untuk ke sana bersama keluarga tersayang. Baru seronok tengok anak anak seronok. Ketika mereka masih kecil la nak tengok mereka benar benar gembira bersama kita. Tiada perasaan palsu gitu.. kan kan ?

Berdasarkan dari posting pengunjung pengunjung yang dah berkali ke sana , aku rasa tempat ni memang best sangat. Pemilik tempat ni sama macam di  Kemensah tu.. hee.. Tau ? Tempat tu memang dah padat setiap hari. Padu ! 

Tarikan tempat ni ? Korang boleh mandi siang malam ! Hee.. kalau tak hujan lebat la.. Kaki tangan tempat ni senantiasa menjaga dan mengawasi bagi memastikan keselamatan pengunjung pengunjung yang datang mahupun yang menginap di sini. 

Antara menu makanan yang dihidangkan

Tak nak mandi sungai, kolam pun ada ! 

Ceria di malam hari


Bagi yang nak berjalan jalan di Kampar tu , korang bolehlah melawati beberapa tempat menarik berhampiran. Tak jauh pon kalau ada kenderaan. Kalau jalan kaki tu, sampai tu sampai la tapi nak balik semula ke chalet , mungkin berpeluh la ketiak sedikit.. heee... 

1. Gua Tempurung. 15 minit.
2. Kellie's Castle. 30 minit.
3. Lata Kinjang. 20 minit.
4. Taman Herba. 30 minit.
5. Gaharu Tea Valley. 30 minit.
6. Mural Art Kampar. 15 minit.
7. Muziumn Gopeng. 30 minit.

Dan banyak lagi tempat yg boleh di lawati termasuk lah Bandaraya Ipoh dan Bandar Batu Gajah dalam masa 30-45 minit sahaja.

Haa.. ini cam best jer ! Menurut admin mereka di Facebook ..jika malas nak memandu, boleh naik ETS, mereka boleh ambil di Stesyen keretapi. Tak ada masaalah. Cenggitu kau !! Apa apa korang kena tanya semula la yer. Harga sebilik berapa ? Semua tu kena tengok hari apa korang nak gi. Cam biasa la kan.. 


Lokasi : Jalan Menduk Sahom,Kg Sahong Kampar, Perak.

You May Also Like

0 comments