Bukan boikot sebab benci tapi sebab tak menyihatkan badan kita !

by - Ahad, November 12, 2023

Kecoh bab boikot di Malaysia ni ! Macam macam isu keluar. Ada yang sokong. Ada yang tidak. Memang segalanya akan terkesan pada ekonomi negara dan juga rakyatnya. Tapi kalau kita perhatikan semula, banyak kesan positif bila memboikot sesetengah produk ni. 

Aik ??? 

Kenapa ???

Tak perasan ke produk produk yang diboikot kebanyakkan tidak berkhasiat untuk tubuh badan kita ? Aku sendiri adalah pengguna tegar produk produk tersebut satu ketika dulu. Memang setiap kali pergi, confirm beli bawak balik rumah. Anak anak pun suka tengok almari kat dapur tu penuh dengan pelbagai makanan yang tidak menyihatkan seperti roti , biskut dan sebagainya. Dalam peti ais , wajib ada ais krim berbekas bekas !! 

"Kata jaga badan gi gym ? Rilek la.. makan je la ! " 

Aku tahu... ramai kata macam tu ! Ko makan je apa nak makan asalkan bersenam ! Serius.. mereka yang berpegang dengan pendapat gitu , teruskan ! Aku.. tak nak sama sekali dah ! Cukuplah aku rasa sakit sana sini !! Dah lalui sakit pinggang, sakit lutut , sakit siku , tennis elbow , sakit bahu... sakit kepala.. tekanan darah tinggi... aduh , apa lagi ??? Takkan nak tunggu kena penyakit yang terpaksa makan ubat hari hari baru nak ubah gaya hidup ? 




Tiada lagi mee segera ! 

Tiada lagi roti roti !

Probiotik bagus untuk perut

Dark Chocolate bagus untuk otak !

Terbaru... wife yang aku rasa dah mula kena sakit saraf di lengannya , turut ikut sama cara aku diet. Dia dah mula berhenti amik nasi putih. Dua bulan juga la dia sakit di lengannya. Alhamdulillah , seminggu baru berhenti makan nasi putih, tiada lagi sakit di situ dah ! Malah dia lebih bertenaga dari sebelum sebelum ni. 

Menariknya.. sebelum ni kalau dia mop rumah.. dia akan sakit sangat tangannya selepas tu. Dan semalam, katanya takda rasa dah. Aku yang setiap pagi wajib akan urut lengannya, dah tak lakukan semua tu.. 

Aku juga lalui sebelum ni camana dia lalui. Sebab itulah aku suruh dia berhenti dulu ambil nasi putih. Berat badan pun dia pun dah menurun dan kelihatan lebih slim berbanding sebelum ni.. Alhamdulillah.. 

Nah.... janganlah sebab kita boikot sesuatu barangan tu dek kerana orang suruh boikot.. tapi elakkan dari hidup kita 'diikat' lehernya seperti lembu ! Bergantung hidup pada makanan yang bukan makanan asli untuk kita.. Cari real food

You May Also Like

1 comments